22.1.15

PENYANYI DI BULI DI DALAM PENJARA

-Assalamualaikum-
Mungkin korang dah tahu berita tentang seorang penyanyi yang legend di Malaysia ditangkap kerana terlibat dengan penagihan dadah. Berita ni cik belbel dapat dari group whatsapp kawan cik belbel ada share tentang video penyanyi ini dipaksa menanyi di dalam penjara dan video nya dirakam. Cik belbel tak share video tu sebab cik belbel tidak mahu mengaibkan penanyi tersebut. Kepada mereka yang merakam video tersebut dia tak terfikir ke atau terlintas sikap kemanusiaan dia. Ye! betul penyanyi tu bersalah kerana ambil dadah. Tapi awak tu manusia juga dan awak kerja mengikut undang undang sahaja !! 
Dalam undang udang tu ada ke suruh awak buli mereka yang duduk dalam penjara tu ? Yang paling sedih bila video tu di muat naik dalam lama sosial. Sampainya hati sanggup mengaibkan mereka yang memang sedia bersalah. 
Bila cik belbel tengok video tu rasa macam nak menangis penanyi tu menyanyi dengan rasa terpaksa. 
Cik belbel tak tahu sama ada pihak polis atau pun bukan yang merakam video tersebut. Tapi cuba kita fikir dengan akal yang waras siapa lagi yang berada di dalam penjara tu ? Apa orang yang dalam penjara tu sendiri yang merakam?
Jadi kita sendiri boleh fikir lah kan. 
Kita tak berhak nak menghukum manusia sebab kita sendiri juga manusia. Allah maha adil insyaAllah suatu hari nanti ada keadilan yang bakal berlaku.
semoga penanyi tersebuk insaf dan menyesal dengan apa yang dia lakukan. InsyaAllah amin.

4 comments:

  1. boleh pulak kan macam tu...memang dah jadi viral video tu,,,

    ReplyDelete
  2. Memang tak patut kan...

    ReplyDelete
  3. Masih dalam lokap tu, ofkos polis yang rakam.

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu