15.2.16

CPUV ONGOING SAHAJA !

-Assalamualaikum-
Hai uolsssss ! Apa khabar semua ? Alhamdulillah kalau semua sihat. Kalau tak sihat cari penawar cepat cepat ye. Harini tak tahu nak update blog pasal apa. Buka Nuffnang tengok CPUV ONGOING alhamdulillah ada lagi yang sangkut dan terus menerus ongoing.


 Ada Penadol Actifast, Rakuten Blogger Project, Huawei Mate ( ada lirik lagu kat kepala), dan yang terbaru Petronas !

Terima kasih pihak advertiser sebab percaya lagi dengan blog cik belbel. Walaupun kadang kadang view kelaut tapi alhamdulillah ada rezeki yang lekat.

Harap minta interview khamis ni berjalan lancar. Amin...
Nak tahu interview apa ?
Check the previous post !

11.2.16

HISYAM HAMID, ISTERI VS TUNANG

-Assalamualaikum-
Selamat sore semua warga blogger Malaysia dan luar negara.
Siapa ada tengok Drama IsteriVSTunang ???
Rumah cik belbel biasalah mana ada astro. So tak dapat lah nak tengok drama IsteriVSTunang ni sebab drama ni ditayangkan di Astro Ria.

Hehe, macam biasa lah kalau cik belbel minat satu drama tu mesti ada buat review drama kan.
Benda ni wajib bagi cik belbel sebab blog ni dibuat adalah untuk share benda yang cik belbel minat. kongsi minat dengan korang lah kiranya ni.

Kalau tengok Drama IsteriVSTunang ni mesti senyum senyum tengok Zaim Azfar dengan Alana Sofea yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid dan juga Scha Alyahya. Macam kena sangat watak Scha kali ni. Nama pun dah macam nama anak dia Lara Alana.




Biodata Hisyam Hamid 
Nama penuh : Hisyam bin Hamid
Nama Glamour : Hisyam Hamid
Asal : Singapura
Umur : 31 Tahun (2016)
Status : Berkahwin
Nama isteri : Rosmawati Hanafi
Kerjaya : Model dan pelakon
Drama popular : Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya, Tuan rumah pembantu rumah, IsteriVSTunang (hot)

Unbelievable !! Hisyam Hamid ni dah kawin rupanyaaa.. (Frust lagi)
Serius sebelum cik belbel syok dengan drama ni tak pun cik belbel nak usha si Hisyam Hamid ni sebab cik belbel start kenal dia masa dia belakon cerita Cinta Ibadah yang beratus episod tu. KIKI

Hisyam Hamid and Wife !
Comel je kan isteri dia ni. Anak anak diaorang pun dah besar rupanya. Tak sangk iolsss i minat suami org sebelum ni. HAHA

Like brother dengan sister pun ada ni. Haha

Ok jangan lupa saksikan drama IsteriVSTunang setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria !!!




Serius best kot drama IsteriVSTunang ni. Dah lah ada 15 episod je pulak tu. Part paling best bila dieorang dah mula start suka sama lain. Alana Sofea please jangan give up dengan Zaim Azfar !!! 
Nak tahu kenapa jangan give up ? tengok lah drama IsteriVSTunang !!

Sumber gambar : INSTAGRAM HISYAM HAMID

10.2.16

PEMBANTU TADBIR GRED N17

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah..
Cik belbel bersyukur sangat harini. Bulan ni macam macam rezeki cik belbel dapat. Rezeki Allah tu maha luas kan.. Kita sebagai makhluk dia cuma perlu sabar dan terus berdoa.

Harini cik belbel dapat satu email dari JohorCareer.com. Dulu cik belbel adalah apply kerja dengan SPAJ ni. Yelah cik belbel sendiri orang Johor so apply lah dengan SPAJ ni.
Alhamdulillah sangat harini cik belbel dapat email dari diaorang yang suruh cik belbel datang interview untuk Jawatan Pembantu Tadbir Gred N17


Tu contoh pada sesiapa yang ada dapat tawaran temuduga untuk SPAJ. Kalau yang dah tahu keputusan cik belbel tak tahu sama ada dia keluar macam ni atau tak.

Pada sesiapa orang Johor yang nak mohon SPAJ ni boleh gunakan link >>>SPAJ<<<
Cik belbel tak pasti sama ada orang luar dari Johor boleh mohon atau tak. Tapi kalau berminat boleh je pergi dekat link tu and belek belek lah.

Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi )

  • Melaksanakan tugas perkeranian dan operasi seperti tugas tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, mengumpul maklumat dan data.
  • Aspek Perkeranian : Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Personel, Pengurusetiaan, Membuat surat rasmi seperti yang diarahkan, Pengurusan rekod, Pengurusan kewangan, dan juga pengurusan fail.
  • Aspek Operasi : Pengurusan Keselamatan dan ketenteraman, Pengurusan kebersihan, Pengurusan Utiliti, Pengurusan tanah dan kemudahan awam, Protokol dan istiadat. 


Untuk maklumat lebih lagi pasal Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) boleh rujuk link ni >>>Tugas Pembantu Tadbir<<<

Jadi korang semua tolong sama sama doakan cik belbel supaya dapat kerja ni. Cik belbel berharap sangat dapat kerja ni. Sebab cik belbel sendiri dah malas nak studyu. Ingat nak buat PJJ je.

KERJA ATAU BELAJAR

-Assalamualaikum-
Bismilahirahmanirahim...
Alhamdulillah untuk tahun ni cik belbel dilimpahkan rezeki yang sangat luas. Semoga korang pun macam tu. *Masa update blog ni tengah main lagu bicara malam - Ippo Hafiz * Haha tu pun nak bagitahu. Yelah biar korang yang baca sama dalam situasi cik belbel.

Macam entry kat tajuk atas. Kerja atau belajar. Macam yang korang tahu kan cik belbel dah habis belajar tahun 2014 and sekarang dah 2016. So makna nya dah setahun cik belbel tinggal kan zaman belajar tu. Cik belbel kerja, setiap bulan duit masuk.

Planning cik belbel masa habis study tu, kalau dapat kerja baik cik belbel akan buat PJJ sahaja untuk degree kali ni. Tapi selama setahun cik belbel tunggu and nothing happend. Ada lah juga dapat interview dari Bank Rakyat tapi cik belbel tak pergi entah kenapa.

And now keputusan untuk sambung degree pun dah keluar. And congrat to me ! But entah cik belbel tak rasa happy. Rasa macam tak satisfied. Mungkin sebab hati cik belbel nak kerja tapi tak de kerja yang baik. And family semua suruh belajar. Degree In Human Resources.


Actually masa hari yang sama cik belbel dapat result ni, pagi tu cik belbel dapat pergi interview untuk jawatan collector dekat Aeon Credit. Untuk tunggu result dapat atau tak around 2 or 3 weeks macam tu. Gaji yang dia offer ok, cuma bila dah duduk bandar tahu je lah kan. Sewa rumah, transport lagi. Cik belbel mana ada transport. Mungkin cik belbel tolak offer tu kalau dapat and fokus on study.


Cik belbel akan bawa notebook ni bersama cik belbel kalau masukm degree !! HAHA
usia notebook ni dah 7 tahun kot !! 

Tapi...
Cik belbel tengah tunggu satu call for interview 



Tu yang dah view 3 times tu bila nak call cik belbel untuk interview !! HAHA
Serius cik belbel harap sangat dapat kerja tu. Kalau dapat kerja tu and gaji ok cik belbel akan buat PJJ !! haahahaa

Ok ni Tips kalau korang nak berhenti kerja dengan honest and bukan cabut! make it clean lah kan.


Awal raya cina haritu company cik belbel memang kana bagi bonus. And disebabkan cik belbel dah setahun kerja so cik belbel pun dapat lah. Lepas dapat bonus baru lah kita bagi surat berhenti !!! HAHAHA
Ni merupakan satu tips macam mana nak berhenti kerja. Kalau bagi surat sebelum dapat bonus entah entah bonus kene potong kan. HEHE




Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu