30.11.13

CARA MASAK PUDING KAREMEL DARI CHEF BELBEL !

Assalamualaikum all to reader and blogger.
Lama dah kan cik belbel tak membebel ?
jangan rindu..jangan !
hahahaa.
Ok hari ni cik belbel nak cerita la sikit pasal puding karemel ni, 
sebab tadi cik belbel baru pestime buat puding ini and Alhamdulilah menjadi
cuma....
haaa ! tang cuma ni malas nak cerita, haha! cuma dia keras sikit but still boleh makan and rasa dia sedap !

Bahan-Bahan Adunan :
10 biji telur
1 tin susu segar/cair
2 sudu tepung kastard
1 sudu teh asen vanila
1 sudu gula pasir

Bahan-Bahan Gula Hangus :
4 sudu gula pasir
1/2 cawan air
  
Cara-cara memasak puding karemel :

1. Masuk kan 4 gula pasir ke dalam kuali and panaskan sehingga cair dan keperangan

2. Setelah gula keperangan masuk kan 1/2 cawan air kedalam gula dan kacau dengan pantas sebab dia panas sikit.

3. Setelah berpuas hati dengan kecairan gula tersebut masuk kan ke dalam loyang.

4. Pecahkan 10 biji telur kedalam 1 mangkuk adunan dan pukul dengan perlahan. Jangan terlalu kembang
.
5. Kemudian, masuk kan 2 sudu tepung kastard (di ayak supaya tak berketul), 1 sudu gula dan 1 tin susu cair/segar. Akhir sekali masuk kan 1 sudu teh asen vanila. Kacau sehingga sebati.

6. Setelah siap masuk kan kedalam loyang yang telah di masuk kan gula tadi.

7. Kukus puding tersebut dalam 30-40 minit.

8. Setelah 30-40 minit berlalu sejukkan dahulu loyang tersebut dalam masa 10-20 minit barulah diterbalik kan ke dalam pinggan :D

Inilah hasilnya !



Cantik kan? Rasa dia pun sedap ! nyum nyum !
 Selamat mencuba kawan kawan ! :D


1 comment:

  1. Haiiiii..Cakkk!!
    done follow sini no. 3
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu