7.12.18

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

-Assalamualaikum-
Hi selamat pagi !!
Harini cik belbel nak update pasal ujian psikometrik sebab cik belbel pun ada dapat email untuk ujian psikometrik untuk Pertubuhan Peladang dengan kerjasama SPA.

Mula-mula dapat email tu cik belbel macam lost juga apa benda ujian psikometrik ni kan. Tapi sekali baca cik belbel rasa macam ujian psikologi kot. Haha. And cik belbel start lah google apa itu ujian Psikometrik ni. And YES ! ujian psikometrik ni memang spesis ujian spikologi sebab soalan dia semua bukan pasal pengetahuan am ke pasal negara ke, tapi more to diri sendiri.

Ujian Psikologi ni untuk mengesan korang punya personaliti, cara berkomunikasi, kebolehan bertoleransi, cara bertutur dan macam-macam lagi lah. Apa yang cik belbel baca ujian ni tak ada jawapan salah atau betul. Tapi jawapan itu hanya pilihan tentang diri korang je.

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK
 1. Apabila mendapat peluang, kita tidak lagi perlu berusaha
A .Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

2. Walaupun dimana saya berada, saya boleh menyesuaikan diri
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

3. Saya tidak perlu membalas budi rakan baik saya, kerana dia merupakan kawan baik saya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

3 jelah contoh yang cikbelbel boleh bagi sebab cik belbel pun dapat dari google tapi tak pasti sama ada soalan akan dikeluarkan untuk ujian kali ni atau tidak. Tapi kita diberi masa 60 min/1 jam untuk menjawab 90 soalan. HAHAHA gilaaa ahhh

So sesiapa yang akan menduduk ujian psikometrik ini cik belbel wish good luck and all the best semua. Semoga ada rezeki kita nanti.

22.11.18

MY GRADUATION DAY !

-Assalamualaikum-

Allahu.. Dah berapa tahun tak update blog ni kan. Harini tergerak hati nak update blog yang dah lama tersadai ni. Dan terima kasih juga kepada yang masih ada singgah dalam blog walaupun tak ada apa yang menarik dalam ni.

Bulan 10 2018 merupakan hari Graduation untuk cik belbel setelah 2 tahun setengah belajar di Melaka. Sesiapa pernah nampak cik belbel dekat Melaka? Sebab cik belbel rajin juga jogging area river cruise tu kalau petang petang (tu pun kalau mood rajin la). Sebelum ni pun cik belbel ada update tentang belajar dekat Melaka, Apartment Yayasan Melaka semua tu.

Ok cerita pasal Graduation ni, cik belbel sangat tak ada semangat nak graduate sebab my last day viva dekat uitm merupakan hari arwah abah cikbelbel pergi. And im really shock because of that. Tapi 3 hari sebelum sampai date graduation mak cik belbel dah tanya 

"Kau tak konvo ke?"
" Konvo mak, rabu ni"
" Mak kena minta cuti dengan cikgu cikgu ni " 
Disebabkan mak cik belbel dah tanya macam tu cik belbel pun kena lah graduation. Tapi serius untuk graduate cik belbel tak ada prepare apa-apa. Selalunya sebelum nak graduate student akan buat clearance kan? Tapi cik belbel tak buat pun. And yuran pun cik belbel bayar 2 hari sebelum konvo. And cik belbel kena minta ihsan kawan cik belbel untuk ambilkan jubah. Sebab apa cik belbel  kena minta ihsan kawan ? Sebab cik belbel susah nak dapat cuti !!! Hahahaha tak guna kan!

Setelah merayu dan merayu akhirnya dapat juga cuti ( ok merayu tu tipu sebab isi borang je pun). So berkonvo lah cik belbel dan rakan rakan. Tapi disebabkan cik belbel konvo sidang petang, so time nak bergambar tu sangat limited. masuk dewan pukul 2pm. Keluar nak dekat pukul 6. Mana yang nak amek gambar dengan family lagi. Masa sangat limited. Jadi lah graduation yang hambar !!

Sekarang ni cik belbel ada masalah, cik belbel dah graduate almost pass one month. Tapi cik belbel lupa nak call pasal gambar atas pentas tu. Anyone can help macam mana nak amek gambar tu??
Cik belbel graduate dekat Uitm Alor Gajah (Lendu) Melaka.

 
My back bone. Dua dua ni Mak. Haha


yeayyy im degree holder !!!

Now i graduate as Bachelor (Hons) Human Resources Management. Congrate to me !!!

10.10.17

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

-Assalamualaikum-
Cik belbel nak minta maaf sebab lambat umumkan pemenang Comeback Giveaway.
Haritu cikbelbel janji seminggu je kan lepas tarikh tamat. Sekarang dah 10 haribulan woiii !!!
HAHAHA

jengggggg.....


jenggggggg....


jenggggggg.....


Cikbelbel dah gunakan khidmat pakcik Random.org untuk pilih pemenang.

Cikbelbel ucapkan tahniah pada yang bertuah !

yang tak menang jangan sedih, doakan business cikbelbel berjalan lancar dan cik belbel akan buat giveaway lagi !!

Senarai pemenang :


9

8

7

6

5

4

3

2


1


Tahniah buat semua pemenang !!! 
nanti boleh selfie dengan hadiah cik belbel !
PS !!! kepada pemenang sila emialkan NAMA, ALAMAT, NO PHONE di email cikbelbel93@gmail.com 

VOKALIS XPOSE BAND - FURHAN

-Assalamualaikum-
Yehaaaa!! Comeback giveaway sudah tamat !!! HAHAHA

Bukan tu yang cikbelbel nak highlight kan, tapi cikbelbel tengah syok layan lagu Sandiwara dari Xpose Band ni. Syokkk wehh lagu dia!

Biodata Vokalis Xpose Band - Furhan
*Sumber instagram Furhan*
Nama : Furhan
Asal : Terengganu
Belajar : UTEM Melaka


Lirik lagu Sandiwara - Xpose Band 
Andai Aku diberikan waktu
Akan Ku putarkan masa kembali
Biarpun Mustahil diriku
Akan Bersamamu

Disaat Aku hanyut menjauh
Terkapai Jatuh dilautan pilu
Ku Agungkan tentang diriku
Buat Kau kecewa
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kesilapan Diriku
Kembali Kasih semula
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kembalilah Kasih
Kembalilah Kasih semula





Ada sesiapa yang menaruh hati furhan ni ke ? maaf lah furhan dah ada yang punyaaaaaa..
HAHAHAHA



semoga terus berjaya dalam industri musik ye furhan. Terus menghiburkan cik belbel !! HAHAHA


30.9.17

COMEBACK GIVEAWAY TAMAT

-Assalamualaikum-
Hyeeee uolsssss !
harini dah 30 september 2017. Lagi beberapa jam Comeback Giveaway akan tamat uolssss !
Semua dah join ke ?
Apa? BELUM !!!!!
its oke belum terlambat lagi sebab ada lagi beberapa jam ni. Sempat lagi kalau nak join.

Hadiah Comeback Giveaway
Alhamdulillah hadiah untuk semua pemenang cikbelbel dah selamat bungkus. Tinggal nak tulis alamat pemenang je.

Haritu cikbelbel janji 8 orang je kan pemenang ? Cikbelbel up lagi satu pemenang sebab sampul ada 9 !!! haha

Hadiah semua merupana tudung sama ada bawal atau shawl je. Kalau pemenang tu lelaki boleh lah bagi mak/isteri/adik/gf atau sapa sapa yang korang nak.

Kalau korang nak surprise bagi hadiah dekat orang tersayang pun boleh. Bagi alamat diaorang cikbelbel terus poskan ke rumah diaorg. Kalau nak buat wish maaf ye cikbelbel tak dapat nak tunaikan sebab cikbelel dah bungkus lekat gam !!! HAHAHAHA ampunnnn..

cantik?
Nampak gambar dekat atas ni. Ni gambar dari Alhumairah Contemporary website. Tempat pertama akan dapat shawl jenis ni. Cik belbel namakan shawl tu Shawl Nashijee. Cikbelbel ada jual.
Pemenang PERTAMA sahaja dapat shawl ni ye. Warna RAHSIA ! hahahaha

Shawl nashijee antara shawl pernah jadi top seller sebab warna dia ada dwi tone kalau kita tengok dari jarak dekat. Bila jauh sikit ada shining shining uolssssss..

Lain-lain hadiah ada shawl vintage, shawl bubble, shawl heavy chiffon, bawal satin abstrak, dan bawal satin corak.

Kepada pemenang-pemenang tu, nanti dah dapat tudung boleh la, tag cikbelbel di fb Bells Signature atau instagram Bells Signature. Nak review dalam blog pun cikbelbel lagiiiiiii suka ! hehe..

Senarai peserta cikbelbel dah update di SENARAI PESERTA COMEBACK GIVEAWAY

Dalam masa seminggu pemenang akan diumumkan dan hadiah akan di pos !!!
good luck semua.
Terima kasih join.

18.9.17

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

-Assalamualaikum-
Alhamduliilah syukurrrrrr..
HAHAHAH
gila kau tak bersyukur sebab Nuffnang CPUV dah dapat balik dalam blog cikbelbel.
Ni semua jasa korang yang rajin datang blog cikbelbel, and semua peserta COMEBACK GIVEAWAY   terima kasih banyak-banyak dengan korang semua.
muahhh ciked !


Nampak apa yang tengah on going tu ? hehe
walaupun visitor belum banyak tapi Tiguan Sustenance sudi juga bagi iklan dekat blog cikbelbel.
Korang yang ada nampak iklan ni jangan segan-segan ajak kawan singgah and klik ok.

BTW nak bagitahu COMEBACK GIVEAWAY masih berjalan dan tamat pada 30 SEPTEMBER.

So..
Wake me up when september end ! HAHA
xoxo, bel

6.9.17

COMEBACK GIVEAWAY !

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah, seperti yang cik belbel janjikan dalam entry SINI, cik belbel akan buat satu giveaway yang dinamakan COMEBACK GIVEAWAY !

Giveaway ni sangat mudah dan senang.
Syarat-syarat nak join Giveaway cik belbel adalah.


Kalau korang tak nampak cik belbel taip kan semula syarat-syarat nak join COMEBACK GIVEAWAY ini

1. Buat entry mengenai "COMEBACK GIVEAWAY"
2. Tampalkan banner "COMEBACK GIVEAWAY"
3. Follow blog cikbelbel
4. Like Facebook Bells Signature dan Instagram Bells Signature (boleh search)
5. Tag 3 kawan fb/blog
6. Komen entry korang di komen.

Senang kan nak join COMEBACK GIVEAWAY ni?

Nak tahu nak apa hadiah yang korang akan dapat ?

Ni bawal bidang 45

Ni shawl 1.8 x 0.7

Dah nama pun hadiah kan? Cik belbel akan bagi FREE je dekat 8 orang pemenang COMEBACK GIVEAWAY ni.
Kalau lelaki yang menang nak bagi dekat girlfriend boleh, bagi alamat cik belbel poskan. hehe

Giveaway ni akan tamat pada 30 September 2017

5.9.17

LAUDYA CYNTHIA BELLA BAKAL BERNIKAH DENGAN ENGKU EMRAN

-Assalamualaikum-
Harini cikbelbel teringin nak buat entry pasal Laudya Cynthia Bella bila dia memuat naik gambar di instagram milik dia dengan busana pengantin yang berwarna ungu lavender.
Puas cik belbel scroll semua komen komen di laman social instagram milik Laudya Cynthia Bella ni nak tahu betul ke itu majlis pernikahan mereka?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Laudya Cynthia Bella bakal bernikah dengan bekas suami penyanyi dan pelakon dari Malaysia iaitu Erra Fazira, Engku Emran

Dan menurut sumber tersebut lagi mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 09 September 2017 dan Laudya Cynthia Bella akan datang ke Malaysia.

busana yang dipergayakan oleh Bella



kasih seorang ayah pada anak nya




*sumber gambar instagram Laudya Cynthia Bella*

Majlis ini merupakan majlis doa selamat yang diadakan oleh keluarga Bella sempena bakal pernikahan Bella pada 09 september 2017 ini.

Congrate Bella ! MasyaAllah cantiknya Bella, semoga Engku Emran mampu menjaga wanita secantik Bella, dan Bella mampu menjadi isteri dan ibu yang baik untuk bakal anak-anak Engku Emran.

P/s: yang mana masih menyimpan donggeng buk Arini sila lah move on ye. Hahahahahah

31.8.17

APARTMENT YAYASAN MELAKA

-Assalamualaikum-
Entry kali ni cik belbel nak cerita sikit tentang Apartment Yayasan Melaka aka AYAM .
Entry ni Khas untuk Pelajar Uitm Bandaraya Melaka, KPTM Melaka, Micost Melaka, dan UTEM kampus bandar Melaka.
 Masa cik belbel mula mula nak jejak kan kaki dibumi Melaka ni cik belbel macam korang juga. Untuk pengetahuan korang yang baru singgah blog cik belbel ni, cik belbel adalah pelajar Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Mula-mula dapat berita cik belbel dapat sambung belajar di Uitm Kampus Bandaraya ni pehhh seronok ! Yelah bandar ni senang nak keluar menghabiskan duit HAHA, senang nak cari barang, senang nak buat assignment, kemudahan semua dekat. Kalau macam kampus induk tu jauh masuk ke dalam.
Jogging Sungai Melaka

Jambatan jongker walk


Ok, sambung cerita pasal Apartment Yayasan Melaka ni, benda yang merisaukan cik belbel bila dapat tahu cik belbel dapat sambung belajar kan bandaraya ni adalah NAK DUDUK MANA !!! sebab cik belbel pelajar dari diploma dan kiranya dah boleh berdikari untuk jadi Pelajar Non-Resident (duduk luar). Cik belbel risau sangat sampai cik belbel tanya senior yang dapat sambung belajar dekat bandaraya.
And mostly senior bagitahu yang tak perlu risau, kalau tak dapat kolej boleh duduk dekat Apartment Yayasan Melaka, sebab diaorang memang sentiasa open untuk kemasukan. Pehhh rasa lega dada cik belbel.

Jadi masa sampai di Bandaraya Melaka MPP uitm bandaraya melaka dan tunggu dekat depan, dan diaorang bagitahu kalau nak duduk kolej masih ada lagi kalau nak duduk kolej. Fuyoooo seronok !!

Untuk pengetahuan korang duduk dekat kolej ni harga dia separuh dari korang yang duduk AYAM ni, tapi biasalah kan bayar murah, kena lah hadap dengan semua peraturan dia.

................
Masuk semester ke2, cik belbel kena campak duduk luar sebab "rajin" sangat ikut aktiviti kolej. HAHAHA..
Jadi bermulalah hidup cik belbel di Apartment Yayasan Melaka.
cik belbel duduk AYAM ni dalam setahun juga. 1 rumah ada 5 bilik, dan 1 bilik ada 2 katil, jadi kenalah duduk 2 orang. Tapi best lah sebab bilik dia agak besar. Ada 2 bilik air, 2 bilik mandi. Setiap bilik ada 1 kisap dinding, 2 meja belajar dan 2 almari baju.

Sewa untuk Apartment Yayasan Melaka ni RM835 untuk satu semester. Semester cik belbel ada 5 bulan. Jadi sebulan dalam RM160.00

cara nak daftar ?
pergi je kaunter bawah blok B tu korang jumpa dengan staff tu bayar dah boleh dapat kunci, tapi kena lah sediakan IC dengan matrik kad.

Serius best duduk Melaka, Ada masa lapang je cik belbel pergi jogging river cruise, dapat lah cuci mata tengok mat saleh. hahahaha

Ada soalan? boleh komen...

30.8.17

LET'S START BEGIN !

-Assalamualaikum- 
MasyaAllah.. dah berapa abad lah cik belbel tak update blog ni kan. last update entry pasal Tarikh Pembayaran BR1M 2017 bulan january uolsss !!
Sekarang dah bulan September !! lama sangat blog ni dah berehat sampai banyak yang tersadai kelemahan ditepi padang pasir yang tandus. Hahaha !

ada yang lebih menyedihkan cikbelbel ialah...

Lihatkan Last cik belbel dapat CPUV dari nuffnang bila :( bulan febuary 2017. Yelah cik belbel walaupun bulan januari last update entry, sebelum tu lagi cikbelbel dah kurang update untuk blog ni sebab cik belbel sangat busy dengan degree life. 

Awal-awal pelibatan dalam blog ni masa cik belbel diploma di segamat, masa diploma sangat boleh relex tak sama serius macam degree ni. Dan sekarang dah bulan 9 cik belbel dah start internship (praktikal) di Pejabat Tenaga Kerja . Doakan cik belbel dapat habiskan degree ni dengan cemerlang. 

Jadi sekarang cik belbel ada sikit masa terluang jadi cik belbel nak update selalu entry dalam blog ni dan cik belbel nak buat COMEBACK GIVEAWAY

Giveaway kalini cikbelbel nak buat simple je. Nak kumpul balik pengunjung blog cik belbel yang dah muak dengan entry cik belbel yang tak pernah update. 
Giveaway ni, more to promote business cik belbel (business kecil kecilan sahaja) dan juga nak dapatkan semula cik belbel punya CPUV !! geram je blogwalking blog orang lain ada ikan banyak :(


so stay tuned guyss untuk COMEBACK GIVEAWAY !
 so LET'S START BEGIN !!!

31.1.17

TARIKH PEMBAYARAN BR1M 2017

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Nak diikutkan ni tahun ketiga cik belbel update entry pasal BR1M pertama BR1M 2015 kedua BR1M 2016  dan sekarang tahun 2017. Sedar tak sedar dah 3 tahun korang cekik ( termasuk cik belbel ) cekik duit BR1M. Harap harap duit BR1M boleh ringgan kan beban kita semua *positive*



Tarikh Pembayaran BR1M untuk individu bujang 21 tahun ke atas :

Jumlah BR1M RM450
Pendapatan kasar RM2000 ke bawah
18 Febuari 2017 ( sekali gus )

** kiranya tak kisah bank apa semua akan dapat sekali terus. masa tu mesti punya orang bank sibuk dan time tu juga lah duit dalam ATM habis. Siapa yang tak ada cash on hand better keluarkan duit awal. Ada tak makan kang. Tapi kalau nak di analisa dari tahun tahun lepas. Duit di kreditkan ke dalam bank mengikut peringkat peringkat.

Tarikh Pembayaran BR1M untuk Kategori isi rumah (1) E-Kasih :

Jumlah BR1M RM1200
Pendapatan kasar RM3000 ke bawah (termasuk warga emas)
RM 400 18 Febuari 2017 (fasa 1)
RM 400 bulan Jun (fasa 2)
RM 400 bulan ogos (fasa 3)

Tarikh pembayaran BR1M untuk kategori isi rumah (2) 

Jumlah BR1M RM 900
pendapatan RM3001 hingga RM 4000
RM 300 18 Febuari 2017
RM 300 Bulan Jun 2017
RM 300 Bulan Ogos 2017

Berikut merupakan tarikh tarikh yang dapat cik belbel kongsi kan. Untuk pelajar yang mendapat voucher buku, berita dan tarikh pemberian akan di beritahu oleh pihak kolej/universiti anda.

Dengar dengar minyak naik 1 Febuari 2017 ni ? HAHA selamat lahhhhh...


Untuk maklumat lanjut boleh layari web https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk menyemak kelayakan anda dan lihat sama ada dah membuat pemohonan atau tidak.

Please lepas ni jangan tanya cik belbel pukul berapa BR1M nak bank in duit. HAHAHAH cik belbel tak tahu awakkkkkkk !

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

lagu