27.12.13

BUNGA BROOCH CIK BELBEL !

Assalamualaikum wbt...
Ya Allah.. berhabuk dah blog aku ni. fuhhh fuhhh..
Lama kan cik belbel tak update blog ni. rindu takkk? *bluerkk*
Ok,harini cik belbel ada benda nak kongsi dengan korang semua.
Benda ni sangat menarik and as a girl kita boleh jimatkan cost and jadi gugurl sejati ! haha
cik belbel nak share cara buat bunga brooch yg comel :)

ok. ni antara bahan bahan yang kita perlukan
 kain felt ( buat bulat bulat dan guntingkan suku)
jarum dan benang
gunting dan penyepit (untuk potong benang)
jangka lukis (buat bulat yg cantik)
 pin tudung( lupa nak ambik gambar)
gam uhu (pon lupa snap )

hahahaa. ok now is first step !
jahitkan kain felt dengan jahitan jelujur. jahit tu kemas kemas. jangan jahit macam cik belbel ni. asal siap  je.

jahitkan 5 kelopak bunga sehingga dia jadi seperti ini :)

cerutkan kain felt tersebut sehingga menjadi seperti bunga.
kemas kemas kan lahh kalau bentuk dia tak berapa cantik tuu. hahaa

untuk bunga yang warna kuning tu kita guna proses yang sama macam nak buat bunga warna biru tu. cuma saiz bulatan dia lebih kecil.


sebelum cantumkan bunga warna kuning dan biru. lekatkan pin brooch tadi menggunakan gam uhu di belakang bunga tersebut.
untuk pin ni korang boleh beli dekat kedai hantaran harga dia dalam RM 0.30 satu.

inlah hasilnya !!! macam cantik je macam comel je. hahaha
ehh yang tengah tengah tu cik belbel lekatkan butang baju sebenarnya. hahaha nak nampak cantik kan.

mudahkan nak buat brooch ni? kalau kat kedai harga dia boleh cecah RM2.50
tapi cik belbel tak berniat nak menjual jadi cik belbel share dengan korang semua :)
selamat mencubaaaaa !


3 comments:

  1. hai . nampak macam senang tapi kain felt tu nak beli dkt mana ?

    ReplyDelete
  2. memang senang sangatt. kita beli kat kedai buku. macam macam warna ada :)

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu