22.9.15

VIDEO PERKAHWINAN HANIS ZALIKHA DAN HAIRUL AZREEN

-Assalamualaikum-
Seperti yang kita semua sedia maklum Hanis Zalikha aka Kek Nis dah selamat di ijab kabul kan dengan pasangan Hairul Azreen. Cerita diaorang ni sangat sangat mendapat liputan meluas. Dulu masa Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha di astro sangat mengejutkan kita semua.

Selepas daripada senario itu macam macam cerita yang di keluarkan seperti mereka dikecam sebab tak mementing kan adat.

Baru baru ni cik belbel ada terjumpa satu video perkahwinan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang di kongsikan oleh era.fm 


Siapa tak mata masuk habuk bila tengok video kahwin diaorang sangat sangat hati kertas pasir. HAHA
cik belbel sendiri nak meleleh air mata. HAHA *cam mana lah time cik belbel kahwin nanti yee*





Cik belbel tak dapat nak share video tu dengan korang secara detail dalam ni sebab facebook tak bagi cik belbel download video tu. Baru cik belbel tahu rupanya video di dalam facebook tak boleh download. Ke baru baru je Mark Zurkberg buat macam tu ekk.

Apa pun cik belbel dah share link tu. korang boleh lah tengok dekat facebook yeeee.




21.9.15

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

-Assalamualaikum-
Harini cik belbel sangat bersemangat nak update entry entry blog cik belbel ni. Ahhh pedulik lah korang nak baca ke tak. Yang penting cik belbel nak cerita jugak dengan korang !

HAHA 
Sebenarnya cik belbel nak ajak korang join satu Giveaway yang cik Anies kita ni buat. Hadiah dia cik belbel suka sangat. Cik Anies kita ni nak bagi tudung uolssss !!! Aidijuma lagi !

*Klik banner untuk dapat kan tudung anda *

Apa yang cik belbel kene buat untuk menang tudung tu adalah cik belbel akan cerita kat korang pasal TUDUNG !

Ok disebabkan cik belbel memang seorang yang pemakai tudung. Jadi zaman sekolah dulu cik belbel memang pakai tudung sebab mak ayah cik belbel sangat sangat marah kalau cik belbel tak pakai tudung ! Yelah kita sebagai orang islam wajib menutup aurat. Bukan wajib pakai tudung ye. 

Hasil carian imej untuk jenis tudung zaman sekolah
*cik belbel copy gambar ni dari google* 
terima kasih pakcik google.

HAHA bila teringatkan balik zaman sekolah cik belbel rasa cik belbel ni boleh dalam kategori 1 dan 2 kot. HAHA nampak tak ertapa ayu nya cik belbel kat situ. Cik belbel pernah lah nak try pakai tudung macam no 7 tu tapi bila pandang kat cermin rasa macam nak bunuh diri je. HAHA
Dulu cik belbel seorang pengawas pustakawan jadi kene lah jaga imej sikit kan. HAHA
Korang punya jenis mana ?

Bila kenang zaman sekolah kan cik belbel boleh ketawa sendiri bila teringat zaman sekolah rendah, masa tu memang takde kisah cantik ke tak yang penting main je, lepas makan lap mulut dekat tudung, ada hingus lap dekat tudung. Agaknya dulu ingat tudung tu napkin kot. HAHA
Dulu masa sekolah rendah siap cikgu pakai kan cik belbel tudung lagi sebab cik belbel pakai tudung kedepan sangat macam no 9 tu !! HAHAHA *ketawa kan diri sendiri*
Zaman sekolah rendah memang peberet main tarik tarik tudung. HAHA budak 90-an mungkin rasa kot zaman macam ni. Lelaki ni kan bila nak mengurat je mula lah kacau kacau perempuan, tarik tarik tudung lah. Betul tak lelaki ?? 
Bila dah kene tarik tudung tu terus kebelakang. HAHA lawak nya bila teringat balik.

Ehhhh panjangnya cik belbel flashback zaman cik belbel ni. HAHA
Apa cerita korang ? Meh lah share jugak kot2 terpilih menang tudung tu.

Giveaway ni akan tamat pada 24.09.2015 :)



ASAM PEDAS MELAKA KE NI ??

-Assalamualaikum-
 Good morning semua! semalam hari ahad yang lalu cik belbel ada jalan jalan dekat Bandaraya Melaka! Boleh tahan nak patah jugak lah kaki ni. Ok cik belbel bukan nak cerita pasal trip cik belbel ni dulu tapi cik belbel teruja nak cerita pasal satu tempat makan yang cik belbel sendiri dah makan dekat situ.


Kedai dia berdepan dengan menara taming sari. Asam Pedas JR.
Ok cerita dia macam ni, kitaorang sampai melaka dalam tengahari. So cari lah tmpat makan, dan sorang daripada kitaorg ni teringin nak makan ketam. Ok lah kitaorg pun nampak kedai ni. Masuk dan duduk. Makanan di kedai ni base dia asam pedas dan makanan laut sahaja.
Cik belbel and the geng order lah 

Nasi tiga pinggan
ketam goreng 3 ekor
udang galah 2 ekor
Telur ikan asam pedas ( cik belbel minta sikit je )
Ikan pari asam pedas ( sekelar )
Air teh o ais 2 air oren 1 dan air kosong 1.

Dan yang sampai...


Nasi tiga pinggan 
ketam goreng tiga ekor 
Udang galah 4 ekor
telur ikan asam pedas 4 ketul ( besar ) 
Ikan pari asam pedas 2 kelar
Air teh o ais air oren 1 dan air kosong dalam cawan yang orang biasa berniaga kat pasar.


udang dia memang besar besar. Tapi tak fresh, bila kita dah selalu makan seafood kita akan tahu sama ada udang tu udang baru atau lama. Daging dia dah lembik tu yang buat kitaorg tahu udang tu dah di simpan lama.

Dia dihidangkan dengan kuali sekali. Agak banyak untuk makan sorang. 
Dan rasa asam pedas dia tak power.
Bila dia cerita pasal makan ni susah nak describe sebab tekak orang lain lain kan. Ada yang suka pedas ada yang tak. 
Mungkin tekak cik belbel dah terbiasa makan asam pedas Johor jadi bila makan asam pedas melaka ni macam kurang kene dengan tekak.

Dan sebenarnya kitaorang tak expect harga dia makanan ni sampai RM 172.00! !!!
Hahahaha
ni first time cik belbel makan bertiga dengan harga RM 172! !!

Mungkin bagi yang dh biasa dengan makanan seafood kata 
"oklah tu harga dia dengan apa yang korang makan "
Apa komen korang?





9.9.15

GIVEAWAY CHOCOLATE VOCHELLE BY DYAN

-Assalamualikum-
Harini cik belbel join giveaway lagi. Giveaway kali ni seronok hadiah dia sebab cik dyan kita ni nak bagi chocolate vochelle sebagai hadiah uolsss ! sesiapa yang hantu chocolate tu memang WAJIB JOIN GIVEAWAY NI !!

 
*klik banner untuk join dapat chocolate *

Cik belbel kene rajin join giveaway sebab ni Cara Boleh Naikkan Rating Blog.
Giveaway Diari Jejaka Hangat cik belbel tak menang pun :( Mungkin rezeki cik belbel dengan giveaway dari cik Dyan ni kot. HEHE. 
Syarat dia senang sangat. bloeh tengok kat banner tu dan klik lah !

Tamat
13 September 2015
Tak lama dah ni. apa lagi jom lah join !

8.9.15

MALAYSIA VS ARAB SAUDI 2015

-Assalamualaikum-

 Hyeee uolsss semuaaa !
harini cik belbel update blog pasal football uolss. HAHA
Disebab kan rasa #sehatisejiwa cik belbel dengan Malaysia. Cik belbel amek "port" lah pasal perlawanan bola harini di antara Malaysia vs Arab Saudi.
Alhamdulilah kali ni bola kita tak lah teruk sangat macam lawan dengan UEA.
Keputusan sekarang masa cik belbel update blog ni adalah 1- 2 dimana Malaysia 1 dan Arab Saudi 2.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil terpaksa di hentikan seketika kerana Dikhabarkan ada penyokong rakyat Malaysia yang membaling * aduh apa benda tu nama nya swosh ea*
Segan cik belbel tak tahu benda apa, cik belbel harap korang paham lah yeee. Biasa lah orang kampung. HAHA

Perlawanan di tangguhkan selama 30 minit dan pihak berkaitan masih lagi berbincang sama ada mahu meneruskan perlawanan atau menanngguhkan sahaja.
Aduhhh kenapa rakyat malaysia baling benda tu semua tak baik tahu tak. Kan dah merosak kan imej negara Malaysia depan Arab Saudi. hmm

Untuk live streaming boleh pergi

Mysumber
Melvister


7.9.15

HIRUSCAR POST ACNE UBAT PARUT

-Assalamualaikum-
Hai uolsssss. Minggu busy sikit tak dapat nak update blog selalu yee. Tapi minggu ni cik belbel ada barang best nak kongsi dengan korang sebelum terlambat.
Mungkin ada yang tahu atau tak tak tahu atau tak amik tahu atau malas tahu *ahhhh whatever* 
yang kulit muka cik belbel merupakan kulit yang sensitive. Sensitive kat sini bukan alergik lah. Tapi jerawat. 
Haaaaa dan bila dah berjerawat ni tangan MEMANG akan automatik nak ngusik aje jerawat tu kan. So picit punya picit sampai lah berbekas.
Bila dah berbekas tu dia jadi macam parut tau. Jadi cik belbel ni sebagai aweksss hahahaha
risau lah dengan muka cik belbel ni. 

Korang aa perasan tak yang kat blog cik belbel ni ada iklan Nuffnang atau lebih dikenali dengan CPUV produk HIRUSCAR POST ACNE ni?
Disebabkan cik belbel pun teruja dengan iklan tu cik belbel pun singgah lah blog nameeroslan tu. Baca punya baca blog dia dan dia ceritakan macam mana dia guna produk ni cik belbel dengan sangat yakin produk ni ok. Orang kata produk ni mahal tapi dengan mengusha blog cik nameeroslan kita maka cik belbel pun dapatlah voucher RM 12 discount untuk produk ini. Wuhuuuuu seronok! !
Tapi voucher tu available sampai akhir bulan september 2015 je. cepat cepat! 


ehhhh terselit pulak bedak mayami ni. Lain kali cik belbel review pasal bedak mayami yang best ni pulak ye.

haaa ni lah ubat untuk scar tu. Sangat best bila pakai. Takde kesan sampingan bila dah pakai. Nak kesan yang lagi cepat pakai 2 3 kali satu harimlepas basuh muka tu. Pakai waktu pagi sebelum tidur.
Cik belbel pakai selalu lepas mandi. Sebab nak tidur cik belbel pakai nightcream.

Harga HIRUSCAR POST ACNE ni dengan watson tadi cik belbel tengok dalam RM 41+ macam tu. Bila dah dapat diskaun RM 12 ni kurang lah sikit rasa mahal dia. Hehe
Apa apa pun korang kene cuba produk ni. 
Untuk maklumat lanjut pergilah website

2.9.15

BIODATA ZAHIRA MACWILSON ATAU ANISSA

-Assalamualaikum-
 Hyeee uolsss selamat pagi semua :)
Fuhhh fuhhh dengan cepat cik belbel menaip ni sebab belum mandi lagi nak sesiap pergi kerja. yelahh harini kan hari rabu kene lah pergi kerja.

Harini cik belbel tergerak hati nak tahu siapa Si Anissa dalam drama Tv3 Mencintaimu tu.
Sebab kesian dia semalam jatuh pengsan si Hisyam aka Sharnazz Ahmad tolak dia kan.



Nama glamour : Zahira Macwilson
Nama IC : Nur Zahira binti Zainol Johari Macwilson
Umur : 20 tahun (2015)
Bangsa : Kacukan Melayu - Australia
Kerjaya : Modelling dan belakon
Drama : Tanah kubur, Hidayah mu ramadhan, Generasi Dunia Baru dan MencintaiMu

Wahhhh cantik si Zahira ni kan. Makin meletop lah dia lepas ni sebab dah jadi Heroin dalam drama MencintaiMu

Wahhhhh bibir nak g mana tu. HAHAHA
Seriusly bibir sangat menarik. 
Semoga Zahira Macwilson terus menyinari dunia lakonan Malaysia.

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu