23.4.14

DIA SEORANG ABAH DAN SAYA SEORANG ?

Bismilahirahmanirahim.
Al-Fatihah buat seorang hero di hati cik belbel Abu Bakar bin Abdullah.
perginya seorang hero seorang pembela dan seorang abah pada 27.03.2014
mungkin ramai tertanya tanya abah cik belbel meninggal ?? Ye dia abah cik belbel yang menjaga cik belbel dari cik belbel kecik. Dia bukan ayah kandung cik belbel tapi dia cik belbel dah jadikan sebahagian dari hidup cik belbel. Bila cik belbel dapat berita yang dia dah tak ada, cik belbel betul betul terkejut. Selama ni cik belbel selalu tengok dia tersenyum bila jumpa cik belbel walaupun kami tak bertegur sapa tapi cik belbel harap sangat yang dia tahu cik belbel sayangkan dia.

Apabila dia pergi menghadap ilahi cik belbel terkilan sangat sebab cik belbel tak dapat nak balas jasa dia sebab dia dah jaga cik belbel dari cik belbel kecik, dia yang ajak cik belbel merangkak, berjalan, ketawa, menangis, main basikal, jalan jalan. Dari kecik cik belbel membesar dengan dia dan dia juga anggap cik belbel macam anak dia mungkin sebab dia tak ada anak perempuan. uolss tahu tak dia panggil cik belbel "kakak" bila dah besar and kitaorang duduk rumah asing asing pun dia still panggil cik belbel "kakak" 
cik belbel anggap dia lebih dari seorang ayah sebab cik belbel tak membesar dengan ayah kandung cik belbel sendiri tapi dengan dia. Mungkin dialah orang pertama yang cik belbel panggil "Abah"

Abah, kakak rindu dengan abah. Kakak minta maaf sebab tak sempat nak balas jasa abah. Kakak minta maaf sebab tak dapat jaga abah masa abah sakit walaupun abah tak pernah cakap yang abah sakit. Kakak tak tahu kenapa banyak misteri yang abah tinggalkan. Tapi abah yang kakak kenal dia seorang "Abah" yang sayang dengan kakak. Abah terima kasih jaga kakak selama ni. Abah rehat dekar sana ye. Abah tunggu kakak datang tau. Kakak selalu doakan abah dari sini. 

Ya Allah, Kau peliharalah abah ku sebagaimana dia peliharaku sejak ku kecil. Kau sayang lah dia sebagaimana dia sayangkan aku sejak aku kecil. Jauhkan lah dia dari azab siksa kubur dan api neraka Mu. Amin ya rabbal Alamin.




1 comment:

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu