21.4.14

KENCING TAK LAWAS? APA PUNCA DIA?

Assalamualaikum wahai pengeblog semua.
(apa bende pengeblog tu -__-")
dah lama rasa nya tak menghadap blog ni, al maklumlah baru habis final kan.
soalan final kali ni agak uhmm lah kan sebab dah sem 5, mestilah lagi core kan subject. anyway doakan result yang terbaik jelah.
 ok entry hari ni bulan ni saat ni adalah KENCING TAK LAWAS DAN APA PUNCA DIA. Amek kau caplock terus cik belbel bagi.

Tanda tanda yang boleh kita kenal pasti yang memang sure kita kena penyakit kencing tak lawas ni adalah bila kita kencing kita rasa tak puas. Maksudnya macam ni bila kita kencing tu macam rasa perit nak keluarkan. Asik asik nak pergi tandas rasa nak terkencing tapi bila sampai tandas yang keluar cuma sikit. Ok ni memang tanda tanda kita kena penyakit kencing tak lawas.

Punca sebab dan macam mana kita boleh dapat penyakit ni ?
1. kebersihan kita punya alat kelamin. sebagai seorang perempuan yang cantik comel cute sopan ala ala awek melayu last zaman kan, kena lah jaga kebersihan. guna pencuci yang sesuai dengan alat kelamin. jangan main sental je. 

2. Tak suka tukar panties/panty linear. Ini salah satu punca yang boleh menyebabkan kita mendapat penyakit kencing tak lawas. Rajin rajin kan diri tu anak dara mak dara nenek dara woi !

3. Pengambilan makanan/minuman yang tak sihat. Ok bercakap tentang pengambilan makanan ni selalunya macam pengambilan minuman yang bergas, or selalu makan sambal pedas boleh jadi punca juga. Tu lah selalu sangat ikutkan tekak sendiri sambil lupa kesihatan anggota tubuh badan yang lain. kesian mereka mereka ni.

4. Selalu tahan kencing. haa ni mesti ramai selalu buatkan sebab malas nak pergi tandas. Cik belbel pon. hahaha. kesan dari perbuatan kita ni kita boleh dapat penyakit batu karang tau, sebab peringat awal pembetukan batu karang adalah dengan kencing tak lawas ni.

Cara nak mengatasi penyakit kencing tak lawas ?
Untuk cikbelbel yang sangat tak suka pergi klinik hospital or apa apa yang seangkatan tentera dengannya memang sangat susah nak dapat kan ubat dari doktor. tapi bila dah terdesak baru nak pergi, jangan tiru sikap buruk cik belbel ni okeh uolsss !
 cikbelbel banyak baca kalau nak atasi masalah ni korang boleh makan ubat dari farmasi yang berdekatan dengan anda ye.


Jus ni kalau takde dekat farmasi korang boleh cari dekat wattson or guardian. 

huhhh, panjang nya entry kesihatan dari cik belbel pada harini. kemungkinan besar korang akan jumpa banyak typo dalam entry ni sebab cik belbel tak recheck balik. selamat bergelak ketawa lah ye. ketawa ketawa jugak tapi TOLONGLAH jaga kesihatan diri kita sendiri. 
ok uolss semua?
adios amigos. wasalam~


1 comment:

  1. infonya simple tapi padat :)
    jom share ilmu bersama www.gayahidupsihat.com

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu