22.11.18

MY GRADUATION DAY !

-Assalamualaikum-

Allahu.. Dah berapa tahun tak update blog ni kan. Harini tergerak hati nak update blog yang dah lama tersadai ni. Dan terima kasih juga kepada yang masih ada singgah dalam blog walaupun tak ada apa yang menarik dalam ni.

Bulan 10 2018 merupakan hari Graduation untuk cik belbel setelah 2 tahun setengah belajar di Melaka. Sesiapa pernah nampak cik belbel dekat Melaka? Sebab cik belbel rajin juga jogging area river cruise tu kalau petang petang (tu pun kalau mood rajin la). Sebelum ni pun cik belbel ada update tentang belajar dekat Melaka, Apartment Yayasan Melaka semua tu.

Ok cerita pasal Graduation ni, cik belbel sangat tak ada semangat nak graduate sebab my last day viva dekat uitm merupakan hari arwah abah cikbelbel pergi. And im really shock because of that. Tapi 3 hari sebelum sampai date graduation mak cik belbel dah tanya 

"Kau tak konvo ke?"
" Konvo mak, rabu ni"
" Mak kena minta cuti dengan cikgu cikgu ni " 
Disebabkan mak cik belbel dah tanya macam tu cik belbel pun kena lah graduation. Tapi serius untuk graduate cik belbel tak ada prepare apa-apa. Selalunya sebelum nak graduate student akan buat clearance kan? Tapi cik belbel tak buat pun. And yuran pun cik belbel bayar 2 hari sebelum konvo. And cik belbel kena minta ihsan kawan cik belbel untuk ambilkan jubah. Sebab apa cik belbel  kena minta ihsan kawan ? Sebab cik belbel susah nak dapat cuti !!! Hahahaha tak guna kan!

Setelah merayu dan merayu akhirnya dapat juga cuti ( ok merayu tu tipu sebab isi borang je pun). So berkonvo lah cik belbel dan rakan rakan. Tapi disebabkan cik belbel konvo sidang petang, so time nak bergambar tu sangat limited. masuk dewan pukul 2pm. Keluar nak dekat pukul 6. Mana yang nak amek gambar dengan family lagi. Masa sangat limited. Jadi lah graduation yang hambar !!

Sekarang ni cik belbel ada masalah, cik belbel dah graduate almost pass one month. Tapi cik belbel lupa nak call pasal gambar atas pentas tu. Anyone can help macam mana nak amek gambar tu??
Cik belbel graduate dekat Uitm Alor Gajah (Lendu) Melaka.

 
My back bone. Dua dua ni Mak. Haha


yeayyy im degree holder !!!

Now i graduate as Bachelor (Hons) Human Resources Management. Congrate to me !!!

3 comments:

  1. Congratulations girl, you deserve it. Semoga dimurahkan rezeki and success selalu. Lama giler tak singgah blog ni :)

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

lagu