14.11.15

PANAS ! DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

-Assalamualaikum-
Woww wow ! Selamat tengahari uolss. Selamat berhujung minggu sebab cik belbel update entry ni dah hari sabtu. Seronok lah korang semua cuti kan. Cik belbel ni bertungkus lumus mebanting tulang dekat tempat kerja ni. Disebab kan cik belbel seronok membanting tulang dekat tempat kerja ni maka entry ini pun terhasil kerana cik belbel dah habis marathon Drama Tuan Anas Mikael yang dah sampai episod 4.

Sinopsis Drama Tuan Anas MikaelBonda Tuan Anas Mikael iaitu Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan tempoh selama 3 bulan untuk Tuan Anas Mikael mencari perempuan yang sesuai dengan nya atau pada pandangan mata Bonda Tuan Anas Mikael " Seorang Perempuan Sempurna " untuk dijadikan menantu kerana Tuan Anas telah menolak permintaan Bonda nya yang ingin bermenantukan cucu Tun Akhiruddin, Safra Ariana.
Ayu Maisarah seorang graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kewangan yang sedang mencari kerja akhirnya terpaksa menjadi pembantu rumah Tuan Anas Mikael kerana ingin mengantikan ibu nya yang telah lama berkhidmat dengan Tuan Anas Mikael.
Setelah hampir 2 bulan Tuan Anas masih tidak ketemu dengan calon yang sesuai untuk dijadikan menantu Bonda nya, maka Ayu Maisarah telah menjadi sebahagian dari rancangan Tuan Anas Mikael tanpa Ayu Maisarah sedari. Bagi Ayu Maisarah dia adalah seorang pembantu rumah merangkap pengurus projek di Krabi.
Tanpa Tuan Anas Mikael sedari, Ayu Maisarah juga menyimpan rahsia besar tentang dirinya. Bagi mengelak kan rahsianya terbongkar Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.
Di Krabi, Tuan Anas Mikael telah menyata kan cinta nya kepada Ayu Maisarah tetapi telah ditolak secara terang terangan oleh Ayu Maisarah. Bagi mengelakkan peristiwa hitam yang terjadi di dalam keluarga Ayu Maisarah kembali lagi Ayu MAisarah terpaksa menyimpan rasa cinta nya kepada Tuan Anas Mikael. 
Namun... Ayu Maisarah telah menerima  Tuan Anas dihadapan Bonda nya Puas Sri Tengku Anansa untuk menjadi girlfriend bagi mengelakkan Tuan Anas Mikael berkahwin dengan Safra Ariana...
Pehhh memang "drama" sangat cerita TuanAnasMikael ni tau. Drama ini dibintangi oleh

Aaron Aziz sebagai Tuan Anas
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Raja Ilya sebagai Safra Ariana
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla / Kay

Drama Tuan Anas Mikael ini merupakan drama kedua yang cik belbel review untuk Zara Zya belakon selepas Drama Zahira.
Drama Tuan Anas kali ni watak Zara Zya sangat lah awesome ! Sebab watak dia sangat sempoi dan macam biasalah Zara Zya bawa wataka yang sangat menjadi dan eeee suka lah !

Korang boleh tengok Drama Tuan Anas Mikael ni di DRAMA TUAN ANAS MIKAEL

Dan macam biasa Drama Tuan Anas Mikael ni diadaptasi dari novel Tuan Anas Mikael dari pengarang Syamnuriezmil yang diterbitkan oleh menulisan2u.

11 comments:

  1. tak tengok ag citer ni, hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa tengok. best tau. hehe

      Delete
  2. PC mengikuti juga cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah peminat drama ni juga ye ?

      Delete
  3. Ramai yang cakap cerita ni best. Tak sempat lagi nak tengok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. marathon terus je tengok cerita ni. hehe

      Delete
  4. pemilihan pelakon kena dengan jalan cerita...kita pun jadi tertunggu tunggu episod seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat kene. Tapi ada orang zara zya lebih lebih ? baca entry atas tu

      Delete
  5. Hihihihi kte sukeeeee cite nie....akak tgk setiap malam....wajib!!! sambil gosok baju keje...kehkehkeh...
    lakonan Zara Zya memang besttttttt... ;-)

    ReplyDelete
  6. Uhh hot juga citer ni ehhh

    ReplyDelete
  7. best cerita nihh.. :D

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu