22.12.15

CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU




-Assalamualaikum-
Siapa dah tengok Drama Tv3 Cik Cinderella dan Encik Tengku ni ? Cik belbel dah tengok tau ! And macam biasa lah drama ni lebih menarik dengan adanya Shukri Yahaya !!! HAHAHA
Cik belbel masih mengharapkan dia ok. Maafkan saya Tya. hahaha ok joking !
Shukri Yahya segak nak p mana haaa




Sinopsis Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku

Puteri Nuraisha ( Zahira Macwilson) yang merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga nya setelah bapanya berkahwin baru. Sikap bapanya yang selalu memihak kepada kakak tirinya Sha ( Puteri Aishah ) lebih membuatkan Puteri rasa tidak disayangi. Puteri mempunyai kekasih yang bernama Ashraf ( Shah Iskandar ) seorang lelaki yang sering mengaharapkan wang dari wanitra terumanya Puteri. Dengan sikap Ashrap yang seperti itu membuatkan Puteri merasa bosan dan pada masa yang sama Puteri ada berkenalan dengan Daniel ( Shukri Yahaya ). Bila bersama dengan daniel Puteri merasakan Daniel seorang yang baik dan dia berasa selesa berbanding dengan Ashraf. Setiap hari sikap Daniel sering membuatkan Puteri merasakan harinya berbunga bunga. Di dalam dilema sama ada mengahwini Ashraf atau memilihkan cinta hatinya Daniel.
Dalam pada waktu yang sama ibu tirinya sudah membuat persiapan untuk hari perkahwinan Puteri dan Ashraf. Tanpa Puteri tahu kakak tirinya Sha sedang menjalinkan hubungan cinta dengan tunangnya Ashraf. Tetapi segalanya rahsia terbongkar pabila satu kejadian yang mengaibkan berlaku di antara Sha dan Ashraf membuatkan Puteri hilang rasa untuk mengahwini Ashraf. Dalam pada hati dilanda duka Daniel terus menemani Puteri. Adakah Puteri masih berkeras untuk menerima Ashraf ? Sampai bilakah Daniel sudi untuk menemani Puteri ? 
Cerita ni macam the real of cinderella pulak kan. HAHA btw Shukri yahaya comel sangat dalam dram ni. Ke cik belbel sorang je yang perasan sebab cik belbel minat gila dengan dia ? please answer me !

btw

Sebelum start drama ni Shukri Yahaya ada datang kedai cik belbel tau ! Siap bagitahu yang drama ni start malam ni. HAHA
Nampak Shukri Yahya kat situ, Bersungguh dia angkat motor ye.
Teruja nya cik belbel bila dia datang. Sebenarnya tak tahu pun dia yang datang nak beli motor and then ada kakak tu datang tanya " Dik.. tu pelakon Shukri Yahya ke ? " Aku terus keluar tengok. Sekali dia senyum pehhh !!! 

Termasuk drama cik belbel pulak dah ni. HAHA

Korang wajib tengok cerita ni sebab cik belbel di amanahkan oleh Shukri Yahya suruh korang tengok.
Korang wajib jugak tengok sebab drama dia sangat comel and sweet gitu. HAHA


see u soon ! 
sumber gambar Instagram Shukri Yahaya 


2 comments:

  1. salam singgah dari blog kak mia.
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    -cahayakehalusankelembutan.blogspot.my-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah

      Delete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu