29.6.16

TUTORIAL EDIT GAMBAR MACAM PHOTOSHOP DI PHONE

-Assalamualaikum-

Ya Allah banyaknya dugaan nak update blog pakai phone ni. Kenapa tak pakai lappy? Kalau pakai lappy tu memang lepas raya agaknya baru boleh upload.
Yahoooo !
Dah nak rayaaaa ..
Lagi 6 je lagi kita berpuas lepas tu rayaaa !

Ok harini cik belbel nak share tutorial macam mana nak edit gambar macam edit dengan photoshop.
Cik belbel pun baru belajar benda ni tadi dari Facebook. Minta maaf sangat cikgu kat facebook tu sebab cik belbel lupa nama dia, kalau tak cik belbel dah creditkan. Kalau dia baca blog ni and rasa dia yang ajar cik belbel kat facebook dengan post dia boleh komen nanti cik belbel creditkan facebook dia dalam ni. **Yang penting dia seorang lelaki **



Taraaa ! Cik belbel berjaya edit tanpa photoshop dan hanya guna apps yang ada dalam smartphone sahaja !

Ok lets start !

Step 1:
Download Apps Picart dalam smartphone korang.

Step 2:
Cari gambar yang nak edit and add photo dalam Picart.
Step 3:

Pergi TOOLS ---> FREE CROP ---> akan keluar tiga benda (brush/erase/tile) korang boleh pilih sama ada nak guna brush or tile. Kalau tile ni korang crop dari tepi tepi.
** STEP NI PALING MENGUJI KESABARAN DAN KEIMANAN SESEORANG***
Step 4:

Lepas dah siap crop gambar yang korang nak.

Ok nanti akan jadi macam tu. Cik belbel crop muka cik belbel **abaikan jerawat please**
Ada comot comot tu korang touch up lah pakaj erase tu. Cik belbel jari beso susah nak touch up. Hahaha
Step 5 :

Pergi SQUARE FIT ---> COLOR untuk tukar background dari black to white. Boleh je nak color lain background tu.
Step 6:

TOOLS ---> STRECH UP ---> WRAP kalau korang pilih wrap boleh main tarik tarik gambar. Time tarik ni just tarik sikit tepi tepi je bukan tarik sampai muka sekali. Habis cacat muka kau nanti !

Step 7 : 
Dah siap tarik tarik? 

Ada dapat macam ni tak ? Haha
Ok dah dapat macam ni. 
APPLY ---> ADD PHOTO  nak add photo ni untuk effect dia. Photo effect korang boleh pilih nak effect cam mana pun. Tapi kene download dulu dari Google lah. Contoh effect cik belbel pakai cam ni


Haaa ni effect terbaikkk ! Boleh je kalau korang nak download yang ni.

Step 8 :
Lepas add photo effect tu
Pilih SCREEN tu untuk bagi color effect dengan color picture sama. Kalau nak guna yang lain pun boleh cuma macam tak cantik lah nanti.

Step 9 :
Dah adjust bagi cantik effect tu, nak tambah 2 3 effect pun boleh. Cari je kat google. Boleh serabut kan lagi gambar korang yang memang serabut tu, HAHAHAH ok gurau.

Step 10:
Upload lah kat Instagram ! HAHA

Jangan lupa tag @cikbelbel kat instagram bukti yang korang dah berjaya buat ! HAHA
Dah tag tu jangan lupa follow ye. HAHA
Takde instagram boleh add Facebook cik belbel. AMIRAH NABILAH 

Selamat mencuba !
**Kalau ada tak paham boleh komen nanti cik belbel derdesuppppp balas**


9 comments:

  1. Waaa.. terbaik ��

    ReplyDelete
  2. sangat detail tutorialnyaa hee terbaik :D

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba nanti ��

    ReplyDelete
  4. bagus ni...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #24.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/07/senarai-url-blog-24.html

    pemenang diumumkan pada 1.35 petang 26 April 2016

    ReplyDelete

  5. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu