25.4.14

INI SEMUA K A L A U . . .

Assalamualaikum my prenggg blogggg ! 
how are u prengg. hee
Apa entry ni? Ini semua kalau? apa yang kalau?

Sebenarnya cik belbel nak cuba cuba tulis. Tapi cik belbel tak tahu ni puisi ke pantun ke cerpen ke. Entah la nak.


K A L A U aku seorang Bintang.
Aku nak jadi Bintang yang sederhana. 
Aku tak nak jadi Bintang yang paling menyerlah 
dan
aku juga tak nak jadi Bintang yang malap.
Kenapa?
Aku nak jadi Bintang biasa.
Tak nak lebih dari Bintang lain dan tak nak kurang.
Biarlah aku jadi Bintang sederhana.

K A L A U aku seorang Kekasih.
Aku nak jadikan kekasih aku kekasih abadi.
Bukan sahaja abadi di dunia tapi diakhirat.
Aku tak nak jadi kekasih yang biasa.
Kenapa?
Sebab aku adalah aku. Biasa pada aku tapi luar biasa pada dia.
Aku nak dia tahu kenapa dia memilih aku.
Sebab aku adalah aku.

K A L A U aku seorang anak.
Aku nak jadi anak yang tak pernah menyusahkan orang tua.
Jadi anak yang selalu mereka bangga.
Jadi anak yang selalu mereka doakan.
Tapi..
Aku tak nak jadi anak yang mereka terlalu sayang dan terlalu benci.
Kenapa?
Sebab aku nak jadi biasa dikalangan adik beradik aku. 
Biar kami rasa sama kasih sayang tu.
Tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Ibarat kembar.

K A L A U aku seorang isteri.
\InsyaAllah.
Aku tak nak jadi isteri yang cantik.
Aku tak nak jadi isteri yang menawan.
Kenapa ?
Sebab bagi aku cukuplah aku jadi isteri yang mampu menenangkan suami ketika dia marah.
Menyejukkan ketika dia keresahan.
Meringankan ketika dia rasa terbeban.
Mungkin dengan cara itu dia akan selalu terkenangkan.
Dengan cantik, ia boleh hilang.
Dengan menawan dia boleh pergi.
Tapi dengan keistimewaan, InsyaAllah dia akan sayang di dunia dan akhirat.

Tapi itulah.. Mungkin tu semua ada;ah K A L A U.
Dengan perkataan  K A L A U ni macam macam lah yang kita nak.
HEHEHE..
sekian cerita ke cerpen ke puisi ke tak tahu lah apa.
Salam :)


1 comment:

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu