26.6.14

SPAGETI CARBONARA DARI CHEF CIK BELBEL ^^

Bismilahirahmanirahim.

Bukan suruh makan, tapi suruh tengok je. Haha
Ok entry malam ni pasal cik belbel peberet dish SPAGETI CARBONARA.  
Tekak cik belbel kan tekak omputih suka western je. Haha
Dah laa cik belbel mengidam nak makan ni tau. Al maklumlah dekat segamat tu apa je yang ada. Haihh.
Cara nak buat Spageti ni bukan lah susah sangat. Campak campak je siap lah.
Modal nak buat ni dalam RM 20. Boleh makan dalam 2 3 orang lah. 
Kalau makan dekat Secret Recipe tu RM 19 dapat makan sorang je.
 Ok semua mari kita ambik Apron !!

Bahan Bahan :
Lagi satu cik belbel terlupa snap ialah SUSU CREAM DUTCH LADY.
Actually susu ni bagi effect jugak lah. Mula mula cik belbel macam nak skip je dari letak susu sebab takut muak kan, tapi kalau tak ada susu ni lagi lah tak sedap.

Cara Memasak :
1. Mula mula cik belbel rebuskan daging kisar tu dengan air yang sedikit sebab kita tak guna pun air rebusan daging tu. Lagipun tadi cik belbel dah lapar sangat tu yang nak cepat masak cik belbel rebus je. HAHA

2. Panas kan or masak kan sos PREGO yang sedap lagi enak hingga menjilat jari. Masak dengan api yang kecil ye, jangan mendidih sangat. Sebenarnya rasa sos yang baru keluar dalam tin ni tak lah sedap sangat. Rasa loya je adalah. HAHA
  
3. Setelah sos tadi agak mendidih, masuk kan daging yang kita dah rebus tadi. Air rebusan tadi buang jelah. Lepas masuk gading kita campak lah sosej tu sekali. Terabur kan sekali garam dan lada hitam kalau nak pedas.

4. Sambil masak sos tadi petik api dapur sebelah dan panas air untuk rendam ke reneh ke tah apa nama dia. Biar sampai spageti tu lembut. Macam mana nak tahu dia dah elok untuk dihidang atau tak ? Amek sehelai, korang gigit lah. Kalau kena dengan tekak haa elok lah tu.

5. Setelah siap kedua dua bahan boleh lah korang hidang kan. Ada sesetengah orang suka campurkan spageti tu dalam sos tu sekali. Tapi cik belbel buat asing. Bila spageti dah masak baru letak kan sos atas dia.

Hasilnya seperti gambar dekat atas tu lah. Nampak sedap kan? Memang sedap pun. HAHA.
 Selamat mencuba semua.
Adios amigos. Wasalam.



3 comments:

  1. macam sedap je..
    macam lazat je...

    nyam nyam nyam...

    ReplyDelete
  2. bella sedap,nanti masak untuk aku...

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu