28.6.14

CERITA RAMADHAN KEMBALI LAGI.

29.06.2014 Di ishtiharkan jatuh tarikh berpuasa kerana mereka yang melihat anak bulan nampak.
Cik belbel yang tak ada teropong ni cuma teropong dekat tv rumah jelah.
Asalkan boleh ye dak ?
Dengan ini cik belbel nak ucapan selamat berpuasa dan menghadapi bulan ramadhan dengan penuh kesederhanaan. Jangan gelojoh sangat masa buka puasa tu. Alah yang nak kata orang cik belbel sendiri pun kalau dah lapar semua benda nak di telan. Yelah kan time puasa ni lah kita nak lawan nafsu kita. Kalau kita buat dosa, jangan nak salah kan syaitan pulak sebab syaitan Allah dah ikat. Jadi muhasabah lah. HAHA

Ok apa cerita Ramadhan korang kali ni ? Haa? Dah siap buat baju raya? pehhh. Semangat raya ke semangat puasa ni? Tak puasa tak boleh raya. HAHA
Kalau ada adik adik tu jangan lah puasa yang yang yok pulak. Kang kantoi dengan mak ayah dah nanti buka duduk dekat celah celah penjuru tak boleh makan dengan orang yang berpuasa.
Tapi ada lagi ke mak ayah yang buat macam tu ?
Yelah kan dulu zaman cik belbel kecil kecil pernah lah kena macam tu sebab curi curi makan.
Sapa kata cik belbel ni baik haa? HAHA. Cik belbel lah budak yang comel dan degil. *Werkk perasan*
Tapi sekarang mak ayah sporting tak puasa tak pe. Kecil lagi katanya. Zaman sekarang pepatah
 " Melentur buluh biarlah dari rebungnya" macam tak boleh guna dah.
Apa apa pun Cik belbel nak susun sepuluh jari nak mohon ampun dan maaf sepanjang blog ni berjalan ( blog walking) ada tersalah dan silap masa menaip. *Nangis*

Cik belbel mohon sepuluh jari ( kalau cukup). HAHA

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Selamat berpuasa semua blogger ! 

Jangan lupa niat nanti nak tidur. Takut terlajak sahur pulak

*Mari sama sama tambahkan pahala dengan menabung*


2 comments:

  1. tudiaaa.. seram je menyusun jari jemari tu..haha
    selamat berbuka puasa :)

    ReplyDelete
  2. Besaq tau jari tu. Hati hati tau kalau nak salam. Haha

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu