25.10.15

RESEPI HOME MADE PIZZA MUDAH DAN CEPAT

-Assalamualaikum-
Selamat berhujung minggu buat semua blogger yang sudi baca entry cik belbel ni. Korang adalah berbaca yang bertuah sebab dapat resepi percuma dari cik belbel.  Dalam dunia yang serba tinggi nilai hidup bukan mudah tau nak benda percuma. HAHA
ok lah harini cik belbel bosan duduk rumah sebab cuti weekend kan. Jadi kalau cik belbel dh start bosan ni mula lah mengeledah dapur mak cik belbel tu.
Mak : Kau ni baik kerja je lah terus. 
Cik Belbel ; Lah kenapa mak?
Mak : Kalau duduk rumah habis semua kau makan. 
Hahaha sangat teruk ye. Ada ke patut mak cik belbel cakap cik belbel kalau cuti kerja menghabiskan barang dapur je. HAHA
Ok. Stop membebel. Kang lari tajuk pulak.
Cik belbel nak kongsi resepi pizza yang mudah dan cepat. Sekarang ni dah ada kek yang mudah, kek 4 minit lah, kek milo oven lah.

Antara bahan yang dah siap separuh
 Bahan di atas tu dah siap dough dia.

Bahan buat dough roti Pizza
  • 5 - 6 sudu makan tepung naik sendiri 
  • 5 - 6 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 paket yis segera  atau mauripam
  • 1 - 2 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • Air suam
  • Sedikit minyak sayur/ minyak masak
Mudah kan bahan bahan nak buat dough pizza ni ? Ni kira macam Pizza Malaysia lah, hehe

Cara - cara nak buat dough pizza
  1. Masuk kan tepung naik sendiri ke dalam bekas
  2. Tambahkan dengan tepung gandum dan gaul sebati
  3. Lubangkan tengah tepung masuk kan yis, garam dan gula
  4. Tuangkan air suam sedikit demi sedikit
  5. Masuk kan sedikit minyak
  6. Setelah menjadi dough. Letak kan dibawah suhu bilik selama 10 - 20 minit untuk dough mengembang 2 kali ganda.
PENTING !
" Jangan masuk kan air terlalu panas atau terlalu sejuk kerana yis tu seperti benda hidup yang tak suka kepada environment panas dan sejuk. Dia suka suam suam je. " 

" Tak perlu tambah baking powder/soda bikarbonat sebab kita dah gunakan tepung naik sendiri dan juga yis "



Bahan Topping Pizza
  • Tomato puri/sos spageti kimball tu *tapi kat sini cik belbel guna sardin je. Masak kan dengan lada blender hancur hancur lah ikan tu * 
  • 1 - 2 biji bawang holand. Nak pakai bawang lain pun ok.
  • 1 bahagian dada ayam direbus dan siap dicarik 
  • 5 batang sosej
  • 1 tin cendawan butang. Isi dalam dia ada dalam 10 kot.
  • Lada bangala merah/hijau * cik belbel tak guna sebab cik belbel tak makan*
  • Cheese pizza topping * cik belbel guna jenama perfect italliano*
Cara - Cara menyediakan Pizza
  1. Sediakan loyang untuk bakar pizza nanti. Pastikan loyang disapu dengan mentega terlebih dahulu. *cik belbel guna penutup periuk je* HAHA
  2. Bahagikan dough kepada 2 - 3 bahagian tengok besar makan loyang korang lah.
  3. Lenyekkan dough dengan pengelek. Jangan tebal sangat jangan nipis sangat.
  4. Setelah diletak di dalam loyang. Boleh lah letak kan segala topping yang ada. Atas sekali letak kan Cheese tu kasi meleleh. wuuu !!! haha

Semua bahan simple ja. Senang nak dapat.

ni yang dah siap :)

Siap dah Pizza Malaysia cik belbel, HEHE
Kepada korang korang semua boleh lah buat untuk anak anak atau buat makan malam. makan masa panas ni memang sedap.
Lepas ni takyah dah nak pergi pizzahut atau dominos sebab kat rumah pun hadoo ! HAHA

Ok lah selamat mencuba semua. Adiossss !


4 comments:

  1. alahaiii sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. zie pengemar pizza, tapi xpandai buat sendri rasa mcm renyah sgt

    ReplyDelete
  3. Kalau nak pizza yang cik belbel buat tu boleh???

    ReplyDelete
  4. Mcm teringin pulak nak buat pizza

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu