28.6.14

CERITA RAMADHAN KEMBALI LAGI.

29.06.2014 Di ishtiharkan jatuh tarikh berpuasa kerana mereka yang melihat anak bulan nampak.
Cik belbel yang tak ada teropong ni cuma teropong dekat tv rumah jelah.
Asalkan boleh ye dak ?
Dengan ini cik belbel nak ucapan selamat berpuasa dan menghadapi bulan ramadhan dengan penuh kesederhanaan. Jangan gelojoh sangat masa buka puasa tu. Alah yang nak kata orang cik belbel sendiri pun kalau dah lapar semua benda nak di telan. Yelah kan time puasa ni lah kita nak lawan nafsu kita. Kalau kita buat dosa, jangan nak salah kan syaitan pulak sebab syaitan Allah dah ikat. Jadi muhasabah lah. HAHA

Ok apa cerita Ramadhan korang kali ni ? Haa? Dah siap buat baju raya? pehhh. Semangat raya ke semangat puasa ni? Tak puasa tak boleh raya. HAHA
Kalau ada adik adik tu jangan lah puasa yang yang yok pulak. Kang kantoi dengan mak ayah dah nanti buka duduk dekat celah celah penjuru tak boleh makan dengan orang yang berpuasa.
Tapi ada lagi ke mak ayah yang buat macam tu ?
Yelah kan dulu zaman cik belbel kecil kecil pernah lah kena macam tu sebab curi curi makan.
Sapa kata cik belbel ni baik haa? HAHA. Cik belbel lah budak yang comel dan degil. *Werkk perasan*
Tapi sekarang mak ayah sporting tak puasa tak pe. Kecil lagi katanya. Zaman sekarang pepatah
 " Melentur buluh biarlah dari rebungnya" macam tak boleh guna dah.
Apa apa pun Cik belbel nak susun sepuluh jari nak mohon ampun dan maaf sepanjang blog ni berjalan ( blog walking) ada tersalah dan silap masa menaip. *Nangis*

Cik belbel mohon sepuluh jari ( kalau cukup). HAHA

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Selamat berpuasa semua blogger ! 

Jangan lupa niat nanti nak tidur. Takut terlajak sahur pulak

*Mari sama sama tambahkan pahala dengan menabung*


26.6.14

NUFFNANG BERWAJAH BARU !


Pehhhhh ! Nuffnang berwajah baru lah.
Cayalahhh, makin cantik.
To all blogger and nuffnangers mesti dah nampak kan nuffnang berwajah baru.
Harap harap dengan berwajah baru ni makin banyak lah income kita. haha

SPAGETI CARBONARA DARI CHEF CIK BELBEL ^^

Bismilahirahmanirahim.

Bukan suruh makan, tapi suruh tengok je. Haha
Ok entry malam ni pasal cik belbel peberet dish SPAGETI CARBONARA.  
Tekak cik belbel kan tekak omputih suka western je. Haha
Dah laa cik belbel mengidam nak makan ni tau. Al maklumlah dekat segamat tu apa je yang ada. Haihh.
Cara nak buat Spageti ni bukan lah susah sangat. Campak campak je siap lah.
Modal nak buat ni dalam RM 20. Boleh makan dalam 2 3 orang lah. 
Kalau makan dekat Secret Recipe tu RM 19 dapat makan sorang je.
 Ok semua mari kita ambik Apron !!

Bahan Bahan :
Lagi satu cik belbel terlupa snap ialah SUSU CREAM DUTCH LADY.
Actually susu ni bagi effect jugak lah. Mula mula cik belbel macam nak skip je dari letak susu sebab takut muak kan, tapi kalau tak ada susu ni lagi lah tak sedap.

Cara Memasak :
1. Mula mula cik belbel rebuskan daging kisar tu dengan air yang sedikit sebab kita tak guna pun air rebusan daging tu. Lagipun tadi cik belbel dah lapar sangat tu yang nak cepat masak cik belbel rebus je. HAHA

2. Panas kan or masak kan sos PREGO yang sedap lagi enak hingga menjilat jari. Masak dengan api yang kecil ye, jangan mendidih sangat. Sebenarnya rasa sos yang baru keluar dalam tin ni tak lah sedap sangat. Rasa loya je adalah. HAHA
  
3. Setelah sos tadi agak mendidih, masuk kan daging yang kita dah rebus tadi. Air rebusan tadi buang jelah. Lepas masuk gading kita campak lah sosej tu sekali. Terabur kan sekali garam dan lada hitam kalau nak pedas.

4. Sambil masak sos tadi petik api dapur sebelah dan panas air untuk rendam ke reneh ke tah apa nama dia. Biar sampai spageti tu lembut. Macam mana nak tahu dia dah elok untuk dihidang atau tak ? Amek sehelai, korang gigit lah. Kalau kena dengan tekak haa elok lah tu.

5. Setelah siap kedua dua bahan boleh lah korang hidang kan. Ada sesetengah orang suka campurkan spageti tu dalam sos tu sekali. Tapi cik belbel buat asing. Bila spageti dah masak baru letak kan sos atas dia.

Hasilnya seperti gambar dekat atas tu lah. Nampak sedap kan? Memang sedap pun. HAHA.
 Selamat mencuba semua.
Adios amigos. Wasalam.



25.6.14

KENANGAN KELAS PALING MENGANTUK

Assalamualaikum all blogger yang sedang berlegar legar di alam maya.
Seronok le kome online je, cik belbel tengah berhadapan dengan dugaan menahan mata dari tertutup.
Actually cik belbel dalam kelas ni, haa cmne cik belbel boleh online? Tu bukan isu besar, yang kita perlu adalah duduk dibelakang , bateri handphone yang penuh dan paling penting line internet yang laju macam turbo. Kalau setakat line macam siput cadburry, baik kita sumbat telinga dan tidur.
Kelas CTU aka islamic banking ni memang mencabar iman yang sedia nipis ni. Haha
Dengan kelas yang tak ada aircond memang rasa nak mengamuk je ni. Berrrereee
Ni amek setepek kenangan malam ni buat peneman korang blog working. Haha

coretan akibat terlalu fokus

might be a killer subject mybe.

Konon je khusyuk yang belakang tu. Puikkk

22.6.14

OPPO TU APA????

Assalamualaikum blog yang berhabuk bersawang labah labah.
Rasanya bukan labah labah je ada ni entah entah kutu dan sepupu sepapat dia pun ada.
"Oppo Tu Apa???" 
That the entry for this night. Actually uolss i dah change my phone ok.
And the best part is i change my phone to Oppo. Seriusly cik belbel tak tahu ke benda Oppo ni.
And ada ke manusia kat Malaysia pakai brand ni. Situasi ni mungkin sebab cik belbel kuno. Haha.

Majulah Oppo di Malaysia. haha
Ni lah brand Oppo tu. Mungkin sekarang kat Tv3 banyak dah iklan Oppo ni.
Yang cik belbel ada terbaca lah yang Oppo ni dari brand Korea and 2PM pernah sing lagu dia masa launching Oppo ni kat Thailand. Ni kalau tak salah lah, kalau salah maap lah! haha

So bila korang nak pakai Phone ni tak lah segan sangat. And sebenarnya kan design Oppo ni macam Sony juga. Dia takde lah pelik sangat. Dia masih dalam kategori Smartphone kan? hahaha.
Anyway oppo ni best and cik belbel bagi rate 9/10 lah. 



Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu