31.8.17

APARTMENT YAYASAN MELAKA

-Assalamualaikum-
Entry kali ni cik belbel nak cerita sikit tentang Apartment Yayasan Melaka aka AYAM .
Entry ni Khas untuk Pelajar Uitm Bandaraya Melaka, KPTM Melaka, Micost Melaka, dan UTEM kampus bandar Melaka.
 Masa cik belbel mula mula nak jejak kan kaki dibumi Melaka ni cik belbel macam korang juga. Untuk pengetahuan korang yang baru singgah blog cik belbel ni, cik belbel adalah pelajar Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Mula-mula dapat berita cik belbel dapat sambung belajar di Uitm Kampus Bandaraya ni pehhh seronok ! Yelah bandar ni senang nak keluar menghabiskan duit HAHA, senang nak cari barang, senang nak buat assignment, kemudahan semua dekat. Kalau macam kampus induk tu jauh masuk ke dalam.
Jogging Sungai Melaka

Jambatan jongker walk


Ok, sambung cerita pasal Apartment Yayasan Melaka ni, benda yang merisaukan cik belbel bila dapat tahu cik belbel dapat sambung belajar kan bandaraya ni adalah NAK DUDUK MANA !!! sebab cik belbel pelajar dari diploma dan kiranya dah boleh berdikari untuk jadi Pelajar Non-Resident (duduk luar). Cik belbel risau sangat sampai cik belbel tanya senior yang dapat sambung belajar dekat bandaraya.
And mostly senior bagitahu yang tak perlu risau, kalau tak dapat kolej boleh duduk dekat Apartment Yayasan Melaka, sebab diaorang memang sentiasa open untuk kemasukan. Pehhh rasa lega dada cik belbel.

Jadi masa sampai di Bandaraya Melaka MPP uitm bandaraya melaka dan tunggu dekat depan, dan diaorang bagitahu kalau nak duduk kolej masih ada lagi kalau nak duduk kolej. Fuyoooo seronok !!

Untuk pengetahuan korang duduk dekat kolej ni harga dia separuh dari korang yang duduk AYAM ni, tapi biasalah kan bayar murah, kena lah hadap dengan semua peraturan dia.

................
Masuk semester ke2, cik belbel kena campak duduk luar sebab "rajin" sangat ikut aktiviti kolej. HAHAHA..
Jadi bermulalah hidup cik belbel di Apartment Yayasan Melaka.
cik belbel duduk AYAM ni dalam setahun juga. 1 rumah ada 5 bilik, dan 1 bilik ada 2 katil, jadi kenalah duduk 2 orang. Tapi best lah sebab bilik dia agak besar. Ada 2 bilik air, 2 bilik mandi. Setiap bilik ada 1 kisap dinding, 2 meja belajar dan 2 almari baju.

Sewa untuk Apartment Yayasan Melaka ni RM835 untuk satu semester. Semester cik belbel ada 5 bulan. Jadi sebulan dalam RM160.00

cara nak daftar ?
pergi je kaunter bawah blok B tu korang jumpa dengan staff tu bayar dah boleh dapat kunci, tapi kena lah sediakan IC dengan matrik kad.

Serius best duduk Melaka, Ada masa lapang je cik belbel pergi jogging river cruise, dapat lah cuci mata tengok mat saleh. hahahaha

Ada soalan? boleh komen...

30.8.17

LET'S START BEGIN !

-Assalamualaikum- 
MasyaAllah.. dah berapa abad lah cik belbel tak update blog ni kan. last update entry pasal Tarikh Pembayaran BR1M 2017 bulan january uolsss !!
Sekarang dah bulan September !! lama sangat blog ni dah berehat sampai banyak yang tersadai kelemahan ditepi padang pasir yang tandus. Hahaha !

ada yang lebih menyedihkan cikbelbel ialah...

Lihatkan Last cik belbel dapat CPUV dari nuffnang bila :( bulan febuary 2017. Yelah cik belbel walaupun bulan januari last update entry, sebelum tu lagi cikbelbel dah kurang update untuk blog ni sebab cik belbel sangat busy dengan degree life. 

Awal-awal pelibatan dalam blog ni masa cik belbel diploma di segamat, masa diploma sangat boleh relex tak sama serius macam degree ni. Dan sekarang dah bulan 9 cik belbel dah start internship (praktikal) di Pejabat Tenaga Kerja . Doakan cik belbel dapat habiskan degree ni dengan cemerlang. 

Jadi sekarang cik belbel ada sikit masa terluang jadi cik belbel nak update selalu entry dalam blog ni dan cik belbel nak buat COMEBACK GIVEAWAY

Giveaway kalini cikbelbel nak buat simple je. Nak kumpul balik pengunjung blog cik belbel yang dah muak dengan entry cik belbel yang tak pernah update. 
Giveaway ni, more to promote business cik belbel (business kecil kecilan sahaja) dan juga nak dapatkan semula cik belbel punya CPUV !! geram je blogwalking blog orang lain ada ikan banyak :(


so stay tuned guyss untuk COMEBACK GIVEAWAY !
 so LET'S START BEGIN !!!

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu