31.10.14

SEGMEN NEW FRIENDLIST CIKGU FARHA

-Assalamualaikum-
hooolaaaaa ! Alhamdulilah cik belbel dah dapat kerja tau.
Untuk hari pertama ok best, bos baik, kawan friendly, environment yang dikelilingi lelaki. HAHA
Kenapa lelaki ? InsyaAllah nanti ada masa cik belbel cerita.
Sekarang masa kita join segmen. HEHE

 
*klik banner dan join bersama*

ok syarat dia senang je. Korang boleh review lah kan macam biasa :)

Rakan Anggun
Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana.. saya blogger baru dan banyak saya perlu belajar. Saya harap Cikgu Farha boleh ajar saya :) Ai Ai Ai teacher ! :) HAHA *kenyit mata sikit*

T A M A T
21 NOV 2014

29.10.14

HANGAT !! SETITIS KASIH DARMIA TV 9

-Assalamualaikum-
 


Huarghhhh !! sekali lagi Sharnaaz Ahmad aka abg jebat cik belbel (erkk) dan Nelydia Sensore berganding bahu meletop letop macam belon panas dalam Setitis Kasih Darmia.
Walawehhh sumpah cerita ni best. Kalau korang rasa Bukan Kerana Aku tak cinta tu best, aaaa yang ni lagi best. Bila korang dah tengok cerita ni kompom korang tak kan sabar nak tunggu episod seterusnya.
Watak Pelakon
Nelydia Senrose sebagai Darmia Sharnaaz Ahmad sebagai Khairul Amir
Zaryn Min sebagai HalizaFauziah Nawi sebagai OpahLiza Abdullah sebagai Mak NgahKazar sebagai Pak NgahAzizah Mahzan sebagai Mak long Nasir Bilal Khan sebagai Pak ngah sallehPuteri Chi Chi sebagai Anis AlisaJoshua sebagai Zulfeka 
Sinopsis Cerita
Setitis Kasih Darmia adalah sebuah drama adaptasi daripada novel nukilan Naniey TJ, mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya. Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar. Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya. 


TV9 pukul setiap hari selasa dan rabu masa : 8.30 pm - 9.30 pmJangan lupa tengok ! Gottcha ! *kenyit mata sikit*

28.10.14

FARA_NYM; BLOGLIST OCTOBER - NOVEMBER

-Assalamualaikum-
*Klik banner jom join* ewahhh

syarat syarat dia korang boleh klik banner tu. 
Tamat setelah sampai 15 orang. Jom join cepattt !

27.10.14

INTERVIEW KERJA LAGI ! STRESSS !

-Assalamualaikum-
 Hmmm stress lah.
Tak de kerja stress dapat kerja pun stress.
Nak tahu kenapa?
Sebab cik belbel ni duduk kawasan kampung dapat kerja kawasan bandar. 
Nak cari rumah sewa transport lagi. Aduhh peningg.

Cik belbel nak tanya espacially kepada orang johor lah kan
Korang tahu tak United Meteoric Group ni company apa?
Sebab cik belbel dapat interview kerja pelatih pengurus cawangan.
Cik belbel tak paham lah kerja dia macam mana and company ni buat apa sebenarnya.
Anyone help me :( 

LAKSA PENANG SEHANGAT ASMARA MAK JAH.

-Assalamualaikum-
blogcikbelbel.blogspot.com
Laksa penang yang murah !


Tengahari ni kita makan laksa penang ni jelah beli dari pasar tani depan rumah tadi.
HAHA

Laksa ni murah je RM 1 dan isi dia berpatutan lah kan dengan harga dia yang RM 1 tu. Tak kan la harga RM 1 nak letak laksa setanding harga RM 3.50 pulak. Rugilahhh nakkk...

Kalau dulu masa cik belbel study dekat Johor. Kalau orang Larkin mesti setiap hari ahad petang akan serbu pasar malam dia kan. Dekat pasar malam dia tu ada jual jugak laksa harga RM 1 ni. Cik belbel ingat lagi ada sorang kawan ni dia kirim laksa dengan sorang kawan ni tapi kawan ni terlupa nak beli. Dia sanggup pergi pasar tu pergi beli laksa ni. Nampak tak bertapa sedapnya laksa ni sampai boleh buat orang gila. HAHA

Walaupun cik belbel ni pure orang Johor. Belajar pun dalam Johor. Tapi cik belbel lagi minat laksa penang daripada laksa Johor, sebab laksa Johor kan more to kari. Cik belbel kureengg gemar lah.

OK lah selamat makan semua :)


26.10.14

1ST SEGMEN BLOGWALKING BY BUDAK KILABRET

Image result for assalamualaikum
Hyee uolsss selamat pagi semua. 
Jom join segmen !

KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)
- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.SnHCDBI0.dpuf

24.10.14

TENGKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) SELAMAT DIIJAB KABULKAN.

Image result for assalamualaikum
Bismilahirahmanirahim.
Alhamdulilah Tengku Mahkota Johor Tengku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabulkan dengan pasangan nya Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene.

jom review gambar gambar !
*Sumber gambar Beautifulnara*

tmj nikah
Tengku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda.

tmj nikah
mesti ramai gadis gadis johor atau luar johor yang tengah sendu sedan sekarang dengan  tisu.
HAHA

tmj nikah


tmj nikah 

tmj nikah

tmj nikah
Semua segak mengenakan baju melayu Johor.

Alhamdulilah sekali lagi. Kepada Che Puan Khaleeda selamat menjadi warga Johor !
Sebagai rakyat jelata negeri Johor cik belbel mengucapkan selamat pengantin baru !


SEGMENT BLOG REVIEW BY SALLY SAMSAIMAN

Image result for assalamualaikum
Salam jumaat penghulu segala hari.
Di hari yang barakah ini mari lah kita ramai ramai join segment cik Sally kita ni yang akan taman tidak lama lagi *skema ayat makk*

*klik banner untuk join*
Nak tahu syarat syarat nak join? Jom usha blog cik Sally kita ni.
tak susah pun nak join. Jom lah!
#MajulahBloggerMalaysia

Tamat : 26th October 2014 

23.10.14

SEGMEN BLOGGER CERGAS DAN SANTAI

Bismilah.. memalam ni elok lah kita berehat bersantai kan
sesuai sangat dengan tajuk segmen kita malam ni.
Blogger Cergas dan Santai kaw !

Nak join?
*klik banner tu cik hakak cik habang*
Nak tahu syarat join segmen ni korang boleh la usya blog Izzati Amira ni. Sebab dialah penganjung.

ok jom jawab soalan yang cik Izzati Amira ni bagi.

1. Lagu/Movie/Buku/Novel kegemaran dan kenapa?

Jawapan : Kalau lagu bergantung kepada mood. Mood bulan ni mood layan cerita Cinta Ibadah. Alahh yang ada dalam astro prima pukul 5 petang tu. Ost Cinta Ibadah yang Melly Goeslow nyanyi tajuk dia Cinta Ibadah. Lagu dia memang kene lah dengan jalan cerita. 
Kalau novel cik belbel suka novel Bila Blogger jadi Maid. *Berangan sekejap*

2. Satu link blog yang cik belbel suka lawati ?

Jawapan : Suka dengan blog http://hafizzulkafly.blogspot.com/ sebab banyak jugek lah tutorial dia yang cik belbel guna *saya dah creditkan untuk awak tau en Hafiz*

3. Dalam banyak banyak entri yang cik belbel post cik belbel pilih entri apa yang cik belbel nak orang baca?

Jawapan : Cik belbel sebenarnya ada 2 entri yang nak sangat orang baca. First http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/10/d-i-r-i-al-fatihah.html dan yang second http://blogcikbelbel.blogspot.com/2014/04/dia-seorang-abah-dan-saya-seorang.html
Cik belbel pilih entri tu sebab bila orang baca mungkin secara sengaja atau tak sengaja orang akan sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah insan yang paling dekat dengan cik belbel. Mungkin cik belbel bukan insan yang baik semasa diaorang masih di muka bumi, dan cik belbel harap dengan cara ni cik belbel dapat buat diaorang tenang bersama ahli-ahli syurga. Amin

Apa apa pun, ehh jemput lah join segmen ni. Ramai ramai barulah syokk !
#MajulahBloggerMalaysia


BUBUR PULUT HITAM SEMANIS CINTA KITA.

Hye uolss semua. Selamat sore ya bapak bapak ibuk ibuk yang lagi sibuk itu 
(tampo pipi)
ok harini cik belbel nak kongsi sikit tentang bubur pulut hitam semanis cinta kita *yeke* Ahha
Duduk rumah mak ayah ni memang seronok nak nak lagi seronok bila mak rajin masak
hari hari makan sedap uolss.
Tang mak malas masak haa amek kaw pergi dapur pegang senduk kuali sendiri.
Sempena awal muharam ni kami sekeluarga buat lah bubur pulut hitam ni bagi menyambut kedatangan tahun baru.
semoga tahun baru ni kita semua jadi insan yang lebih baik dan azam azam kita semua akan tercapai. InsyaAllah amin.

*Jangan awal tahun baru omputih je nak disambut, bulan islam ni moh le sambut sekali*


sorry le amek gambo pakai flash sebab gelap

nampak tak nur dia dekat situ. Haha

Apa nak resipi? nanti cik belbel usha mak dulu. 

22.10.14

SEGMEN BLOGLIST BLOG CANTIK BY SHAKLEE OTHER SITE


Haiii cik belbel nak ajak korang korang korang join segmen !


*klik banner untuk join bersama*

Aktif kan cik belbel sekarang join segmen. Cik belbel tertarik.dengan segmen, sebab cik belbel pun suka singgah blog yang cantik, kadang kadang entry dia pun biasa je. Tapi sebab blog dia cantik kita singgah. Selain pengaruh blog cantik mungkin cik belbel akan singgah blog tu sebab..
Sebab...




Sebab...

Nak dengar lagu and ajak korang join segmen!!! HAHA


SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST NOVEMBER TRULY LOVE



Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry ini.
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 21 Oktober 2014 hingga 31 Oktober 2014 (11.59PM)
Jom, sama-sama memeriahkan segmen ringkas ini.. 

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG DI DEEPAVALI


HAPPY DEEPAVALI.
ada lagu hindustan kan dalam ni? pepelingg lah.. Haha
Bila cuti deepavali orang kata makan lah maruku capati.
Tapi harini kita makan nasi lemak sambal sotong kurita.Haha
Cik belbel panggil sotong besar ni sotong kurita. Padahal apa tah nama sientific dia.
Korang breakfast apa pagi ni?

bangun bangun leee. tidur manjang bakpe *ayat mak*
ehhh tu bukan ayat mak, *kau tak bangun siap kau aku siram guna air*
haa tu baru betul ayat mak. HAHA
Happy Deepavali untuk rakyat Malaysia
#MajulahBloggerMalaysia

21.10.14

BLOGWALKING BERSAMA CIKGU AYU

Assalamualaikum.
Hari ni hati yang sangat worse worse lah.
Sebelum dia jadi makin worse and tergolek dok jom kita reramai join segment ni !
Nak join segment ni senang je

1. Follow blog cikgu ayu ni. Dah follow baguihh.

2. Nampak banner kek atas tu? Haa copy banner and gam kan ( bak kata cikgu ayu) dekat dalam entry korang. Jangan lupa link kan sekali.

3. Kalau korang nak tag kengkawan pon boleh. Macam cik belbel nak tag

4. Dah siap semua step? Tinggal kan entry segment korang dalam komen cikgu ayu.

Senang kan? Mari lah reramai join!
#MajulahBloggerMalaysia

17.10.14

HAPPY BIRTHDAY CIK BELBEL

Assalamualaikum. 
Start tepat jam 12 malam tadi maka cukup lah umur cik belbel 21. 
21? Mudanya? Ehemm..
Tahun tahun sebelum cik belbel open kan date of birth cik belbel kat facebook.
Tapi semalam tah kenapa sebelum pukul 12 tu cik belbel rasa nak private kan tarikh tu.
Mungkin hanya orang yang betul sayang akan ingat tarikh kita dilahirkan.
Buat masa sekarang tarikg lahir jelah yang penting bagi cik belbel. Nak tunggu tarikh anniversary tah bila ye dok.
Orang pertama wish tepat pukul 12 bestfriend cik belbel sejak dari sekolah lagi. Dulu cik belbel memang rapat dengan dia. Bila dapat wish dari dia cik belbel rasa nak menangis sebab bila birthday dia cik belbel wish lambat. 
Harini cik belbel nak mengaku, seumur cik belbel hidup 21 tahun, cik belbel pernah dapat kek sekali je.
Sedih? tak lah.. Dah biasa
Cik belbel dapat kek tu pun masa cik belbel semester 3 sebab time tu last paper final sama dengan tarikh birthday cik belbel.
Si cantik manis comel lotte ni yang bagi kek tu
korang boleh usyar lah blog dia ni.
thanks bagi aku rasa macam sambut birthday dengan kek. Hehe
Tu jelah nak cerita. haha bye

15.10.14

D I A R I : AL-FATIHAH






Al-Fatihah buat Arwah Badrul Salam b. Jamalludin

Assalamualaikum.
Al-fatihah buat mu sabahat yang sudah berada disisi Allah.
Sesungguhnya antara kita ramai ramai kau yang paling Allah sayang.
Sumpah berita yang aku dapat pagi tadi buat aku keluarkan air mata.
Time tu jugak aku teringat masa kita satu kelas tingkatan 4 & 5.
Kau salah sorang yang masuk kepala gila gila dengan aku.
Aku boleh borak apa je dengan kau, tak macam yang lain aku kekok sikit.
Kau suka kacau aku, aku suka marah kau. Aku minta maaf.
Dulu bila aku nak naik motor dengan kau mesti kau cakap " motor aku tak boleh bawa perempuan"
Haha.. aku tak kecik hati pun sebab motor kau tu lah makwe kau kan.
Kau selalu singgah rumah aku kalau kau nampak aku ada depan rumah.
Kau pernah jumpa mak ayah aku, nak minta izin bawa aku keluar pergi iftar dengan budak kelas, sebab mak ayah aku susah sikit nak bagi aku keluar time tu kan.
Aku doakan kau tenang dekat sana.
Kau tunggu aku di syurga ye. Tarik aku sekali masuk syurga dengan kau.
Assalamualaikum sahabat.

14.10.14

SEGMEN BLOGLIST 10 BLOG PILIHAN HASRULHASSAN.COM


Jalan punya jalan skodeng blog orang terjumpa segmen ni. Jom join sebelum 14.10.14 melabuh kan tirai.
best baca blog ni sebab banyak info ada. No wonder la kan jadi blog terkenal uolss ! 
Ehh apa tengok? Jom la join !! Menang ke tak tu esok cerita. #muahciked

13.10.14

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #11 MIALIANA.COM

Assalamualaikum. Jeng Jeng ! Segmen lagi. Mari join !
Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SEGMEN BLOGLIST NOV14 BY ADELINE

Assalamualaikum..
hahahaa, jangan korang tanya kenapa asik blog cik belbel je dok naik kat dashboard korang.
Yelah iolss kan dah habis study nak tunggu kerja tu lambat.. sementara tu marilah kita join segmen ni dulu !! hehe
http://adelinelah.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-november-2014-by-adeline.html

Ni segmen GA ketiga tau cik belbel join. harap harap adalah rezeki. kalau tak menang pun tak pe, kita boleh cari kawan baru. #muahciked

TERIMA KASIH EN NUFFNANG ! MUAH CIKED

Assalamualaikum. 
Ehem ehemm.. nak tengok something tak ?
ehemm ehemm..
Nuffnang bagi kita ni !!! 
terima kasih en nuffnang setelah penat kita menunggu awak !!
Kalau korang jumpa iklan iklan ni please klik.. muah ciked !


FIRST SEGMEN BERSAMA SARA LIYANA

Haaaa Assalamualaikum. Entry lepaas dah terobek teropong tertonggek tergolekkan. Entry ni pulak entry segmen cari publisiti uolss!!

http://azraalyana.blogspot.com/2014/10/first-segmen-sara-liyana.html

Anda blogger? Tak ada keja? Mari kita main segmen yang mudah senang dan menguntungkan. (Tak kretip? Hmm.. *nangis)

6.10.14

NAK KURUS? JOM KITA CUBA CARA DIET ATKINS!

Assalamualaikum..
Apa nak kurus???
Ehhh sama la kita.. rasa segan nak upload picture bebanyak bila dalam gambar tu kita nampak gemok kan?
Ok sister cik belbel ada story pasal diet.
Tapi bagi cik belbel kalau diet beriya tapi terbongkang depan tv macam buaya buat apa ye dakk. 

Cik belbel search punya search terjumpa lah satu diet yang tengah famous kot sekarang ni.
Korang tahu DIET ATKINS? 

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan  berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Untuk permulaan diet kita tak boleh la terus tak makan. Nak mati ke hapeee. Haha
Untuk diet atkins ni ada 4 stage yang korang kene lalui. Ehh korang??? Ok KITA. Haha

STAGE DIET ATKINS
  1. Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  1. Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan )
  1. Pre-maintenance
  1. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu ( paling kurang ) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda/ lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan ( atau kedua-duanya sekali ), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Apa??? Dua minggu je dah boleh susut?? Ye memang boleh kalau ikut pantang larang dia and BERSENAM.

JADUAL MAKANAN 2 MINGGU !!!
Haaa ni jadual makan untuk diet atkins. Nampak susah kan and mesti terfikir kenyang ke?? Nak kurus kene la korban..

HARAM MAKAN SELAMA 2 MINGGU!!!
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
MAKANAN BOLEH MAKAN !!
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
SYARAT SYARAT SEMASA TEMPOH 2 MINGGU !!!
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)
Nampak susah kan ? bak kata pepatah besusah susah dahulu bersenang senang kemudian kan. cik belbel pun nak try diet ni, jom sama sama !! 
apa yang cik belbel nampak dengan diet ni kan, selain  boleh kurus dia jugak boleh jimat duit !! 
Apa lagi.. jom sama sama kita berdiet dan jangan lupa bersenam !! :)
caiyokkkk !!

before tu jom kita like page diet atkins.

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu