22.11.16

PLEASE MOVE ON !

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Harini entry cik belbel buakn entry entertainment atau gosip gosip pakwe handsome tapi more to personal luahan hati. HAHAHA *gila ke apa buat luahan dalam blog ni*

Percaya atau tak sebelum cik belbel tahu yang blog ni sebenarnya boleh buat duit, cik belbel ada blog personal yang hanya tulis untuk luahan hati. Konon kononya nanti akan adalah sorang Price Charming akan baca blog cik belbel dan dia akan tertarik dengan cerita cik belbel sebab cik belbel nak letak siapa pun author untuk blog tersebut. KAHKAHKAH ! macam apa je perangai zaman sekolah dulu.

Entry kali ni cik belbel nak tujukan pada seseorang yang cik belbel harap sangat dia boleh move on atas apa yang berlaku antara si dia dan si dia. ( watak dirahsiakan) cik belbel tak tahu sama ada dia ada baca blog ni atau tak. Tapi kalau dia baca blog ni, cerita harini adalah harapan saya untuk awak.

To awak,
terima kasih untuk semua cerita dalam pengenalan kita. terima kasih untuk hadir dalam hidup ni walaupun kisah kita tak berakhir dengan baik. terima kasih hadir dalam hidup saya dan mengajar saya untuk terus hidup tanpa ada rasa cinta. terim kasih untuk semua tu kerasa dengan semua benda tu saya mampu berada di tempat saya sekarang. hidup dengan bahagia tanpa ada sesiapa yang mengisi hatini. Munkin apa yang saya bagitahu ni buat awak tersenyum sebab tidak siapa dalam hati saya, kalau awak datang kembali. maaf tiada siapa yang mampu mengisi kekosongan hatini. Please move on dengan kisah kita, kalau selama 7 tahun awak mampu pergi, tolong lah pergi untuk selamanya. atas apa yang terjadi antara kita membuat saya berfikir yang mungkin sebenarnya antara kita bukan lah jodoh yang sebenarnya. saya sentiasa doakana awak untuk teruskan hidup awak.
tolong jangan paksa seseorang untuk sesuatu hubungan kerana tu boleh menyebabkan si dia berapa tak senang dengan awak. terima lah segala kententuan yang si dia bukan untuk awak. lets us follow our flow. kalaulah ditakdirkan si dia berjumpa awak suatu hari nanti biarlah ia dengan ada kerestuan daripada keluarga si dia kerana keberkatan keluarga tu penting untuk meneruskan sesuatu hubungan.
semoga awak jumpa jodoh yang sesuai dengan kehidupan awak.
sekian
si dia
kadang kadang apa yang kita mahukan dalam hidup ni belum tentu semua kita akan dapat. bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan terimalah segelanya dengan penuh keredhaan. Lupakan kisah si dia dan teruskan dengan kisah baru awak.

Pehhh luahan perasaan betul cik belbel harini. HAHA, sekal sekala update hati ke hati apa salahnya. hehe.

8.11.16

SIAPA PENYANYI LAGU "SEGALANYA" - HAQIEM RUSLI

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk update blogcikbelbel ni. Terima kasih kepada penyinggah penyiggah blogcikbelbel walaupun berkurun tak update.

Entry kali ni cik belbel nak buat pasal penyanyi lagu " Segalanya " kalau korang semua pendengar radio era.fm hot.fm suria.fm atau apa apa radio mesti akan dengar lagu ni keluar.

Haqiem Rusli


Untuk pertama kali cik belbel dengar lagu ni satu yang terlintas dalam kepala cik belbel. " Ni lagu baru Hafiz Suib ke " suara dia sebijik dengan Hafiz Suib penyanyi lagu awan nano tu. HAHA

Biodata Haqiem Rusli
Nama sebenar : Ridzuan Haqiem bin Rusli
Nama popular : Haqiem Rusli
Tarikh Lahir : 16 jun 1998 ( 18 tahun 2016)
Sekolah : Sekolah Sg Serai Hulu Langat Selangor
Anak ketiga dari 5 orang adik beradik
Hobi : Bermain permainan video, bola sepak, menyanyi dan melukis kartun.
Naib Juara Idola Kecil TV9 musim pertama.

itu la serba sikit biodata yang cik belbel dapat kumpulkan untuk penyanyi lagu " Segalanya " iaitu Haqiem Rusli.
apa yang cik belbel boleh cakap cik belbel betul betul terkejut sebab suara ni sebijik macam Hafiz Suib. Bila cik belbel search Youtube lagu baru Hafiz Suib tak ada pulak keluar lagu ni. Terpaksa lah cik belbel menai lirik lgu " Segalanya " ni. Nasib baik lirik dia senang nak hafal. Untuk lagu Haqiem Rusli ni korang dah boleh dah download dalam JOOX. Pada sesiapa pengguna aplikasi JOOX.

untuk adik Haqiem Rusli. hakak cik belbel nak ucapkan selamat maju jaya dalam industri muzik di Malaysia. Lagu adik power lah. Semoga terus menjadi pelapis yang berjaya !

cover lagu " Segalanya " dari Haqiem Rusli

24.10.16

GEGAR VAGANZA 3 BUAT DRAMA HIDUP

-Assalamualaikum-
Bismilah.. rasa terlalu lama tak menaip dalam blog ni. Busy? tak ada lah busy sangat tapi semangat tu hilang nak menaip. tak tahu kenapa. HAHA ok lupakan.

Siapa ada tengok Gegar vaganza 3 2016 ni ? Perasaan korang sama ke dengan apa yang cik belbel rasakan ? Rasa apa ? Jenggg jengg jenggg

12 artis hebat berentap untuk mendapatkan hadiah RM 100k and juga satu album single terbitan Astro.

1. Zarul Umbrella2. Elly mazlien 3. Zur Eda4. Intan sarafina5. Nora6. Shidi Data7. Azharina8. Siti sarah9. REM10. Gmie11. Razis Ismail12. Ameng SPRING
berikut nama yang akan bertanding untuk Gegar Vaganza 3. #GegarVaganza3
untuk setakat ni sudah masuk minggu kedua semalam. Dan Razis Ismail telah tersingkir. Ramai yang menyangka Razis Ismail akan tersingkir, namun beliau tetap berjaya membuat cik belbel download lagu "kepulangan" dalam JOOX ok ! haha best apa lagu dia. Hang apa tau !

Untuk minggu kedua ramai yang menantikan persembahan dari Elly Mazlien kerana beliau mendapat lagu "Terpisah Jua" lagu dari Ziana Zain. Namun nitizen amat bersimpati dengan Elly Mazlien atas apa yang menimpa dirinya. Lagu ini seolah olah memang ditujukan khas untuk Elly Mazlien. Adakah ini satu dari drama Astro untuk menaik kan rating penonton??
Kalau betul apa cik belbel rasakan cik belbel bersimpati dengan Elly Mazlien. Ramai nitizen di laman Twitter yang tidak senang dengan lawak nabil dengan status lagu yang diterima oleh Elly Mazlien. Harap ia boleh diubah.

Senarai lagu untuk minggu ke 3!
tak sabarrrr !!!



 yang bawah tu Zarul Umbrella. jangan cakap abg tak payung. HAHA
" Makin tua Makin handsome" utnuk trademark untuk Zarul Umbrella. Sorry lah cik belbel #teamzarulumbrella

to all peserta goodluck! dan harap ada kemajuan dalam setiap minggu !

29.6.16

TUTORIAL EDIT GAMBAR MACAM PHOTOSHOP DI PHONE

-Assalamualaikum-

Ya Allah banyaknya dugaan nak update blog pakai phone ni. Kenapa tak pakai lappy? Kalau pakai lappy tu memang lepas raya agaknya baru boleh upload.
Yahoooo !
Dah nak rayaaaa ..
Lagi 6 je lagi kita berpuas lepas tu rayaaa !

Ok harini cik belbel nak share tutorial macam mana nak edit gambar macam edit dengan photoshop.
Cik belbel pun baru belajar benda ni tadi dari Facebook. Minta maaf sangat cikgu kat facebook tu sebab cik belbel lupa nama dia, kalau tak cik belbel dah creditkan. Kalau dia baca blog ni and rasa dia yang ajar cik belbel kat facebook dengan post dia boleh komen nanti cik belbel creditkan facebook dia dalam ni. **Yang penting dia seorang lelaki **



Taraaa ! Cik belbel berjaya edit tanpa photoshop dan hanya guna apps yang ada dalam smartphone sahaja !

Ok lets start !

Step 1:
Download Apps Picart dalam smartphone korang.

Step 2:
Cari gambar yang nak edit and add photo dalam Picart.
Step 3:

Pergi TOOLS ---> FREE CROP ---> akan keluar tiga benda (brush/erase/tile) korang boleh pilih sama ada nak guna brush or tile. Kalau tile ni korang crop dari tepi tepi.
** STEP NI PALING MENGUJI KESABARAN DAN KEIMANAN SESEORANG***
Step 4:

Lepas dah siap crop gambar yang korang nak.

Ok nanti akan jadi macam tu. Cik belbel crop muka cik belbel **abaikan jerawat please**
Ada comot comot tu korang touch up lah pakaj erase tu. Cik belbel jari beso susah nak touch up. Hahaha
Step 5 :

Pergi SQUARE FIT ---> COLOR untuk tukar background dari black to white. Boleh je nak color lain background tu.
Step 6:

TOOLS ---> STRECH UP ---> WRAP kalau korang pilih wrap boleh main tarik tarik gambar. Time tarik ni just tarik sikit tepi tepi je bukan tarik sampai muka sekali. Habis cacat muka kau nanti !

Step 7 : 
Dah siap tarik tarik? 

Ada dapat macam ni tak ? Haha
Ok dah dapat macam ni. 
APPLY ---> ADD PHOTO  nak add photo ni untuk effect dia. Photo effect korang boleh pilih nak effect cam mana pun. Tapi kene download dulu dari Google lah. Contoh effect cik belbel pakai cam ni


Haaa ni effect terbaikkk ! Boleh je kalau korang nak download yang ni.

Step 8 :
Lepas add photo effect tu
Pilih SCREEN tu untuk bagi color effect dengan color picture sama. Kalau nak guna yang lain pun boleh cuma macam tak cantik lah nanti.

Step 9 :
Dah adjust bagi cantik effect tu, nak tambah 2 3 effect pun boleh. Cari je kat google. Boleh serabut kan lagi gambar korang yang memang serabut tu, HAHAHAH ok gurau.

Step 10:
Upload lah kat Instagram ! HAHA

Jangan lupa tag @cikbelbel kat instagram bukti yang korang dah berjaya buat ! HAHA
Dah tag tu jangan lupa follow ye. HAHA
Takde instagram boleh add Facebook cik belbel. AMIRAH NABILAH 

Selamat mencuba !
**Kalau ada tak paham boleh komen nanti cik belbel derdesuppppp balas**


3.6.16

BUDAK DEGREE KE BUDAK IJAZAH

-Assalamualaikum-
Kahkahkah...
kebenda lah tajuk entry hakak harini. Dah sebulan tak update blog, sasau dah tajuk entry blog. Mengarut je..

Seronok ke jadi budak degree ?
Penat tak ?

Sumpah cik belbel cakap jadi degree student memang best.
For your information, cik belbel dah lambat setahun untuk sambung degree, cik belbel rasa cik belbel ada share cerita ni dekat entry KERJA ATAU BELAJAR
Apa yang best jadi degree student ? Actually tak banyak beza pun dengan masa diploma. Tapi cabaran jadi student degree ni sangat best. Dengan cabaran hidup di bandaraya Melaka tu lagi. Best ke tu ?? HAHAHA
kahkahkah muka mcm apa main app snapchat !


One more thing tentang degree ni, Cik belbel future degree from diploma UiTM and one year later future degree in UiTM juga, dalam course yang sama. That mean course Business Management lah. Jadi cik belbel dapat PC atau nama dia  ( Pengecualian kredit ). Lepas potong punya potong, cik belbel dapat terus ke sem 3. Terus jadi senior dah gituw. Hikhik. Senior sangat *gerrr*
As you know one year you left from study and then you got 9 subject to catch up in one semester. Its not easy guys ! Trust me !! 
Start sem cik belbel ni 2015 - 2016 we all tak dapat pengecualian kredit untuk subjek  ELC from sem 1 - sem 3 !!! This is so.... fuhhh
Elc ni subjek English and tibe tibe cik belbel rasa down gila buat ELC ni.
Untuk on track sama dengan budak pure Business masa diploma kita orang yang dari diploma Banking ni kena lah amek 9 subjek. Tapi better kitaorang amek semester 3 ni sebab kalau tunggu sem 4 5 lagi banyak credit hour and bila your score jatuh. Sangat sangat effect dengan your pointer.

But dont worry...
Allah tak pernah beri kita ujian kalau kita tak boleh buat. Jangan putus asa. Nama pun degree student kan. Tak kan lecture nak treat you as diploma student. Yang everything kene suap. Seriusly cik belbel bersyukur dapat future UiTM selain dapat cut credit hour, cik belbel dapat lecturer yang sangat memahami yang student yang macam mana.
group assignment IBM

Group kelas yang ting tong

supporter HURES KBM !

My classmate for this sem insyaAllah for all journey


Dapat penat penat kita, sedar tak sedar dah nak final exam student degree UiTM semester 2 2015/2016. Good luck semua ! try ur best !
Cik belbel ada 3 paper straight 26,27,28/4. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.


Dengan sibuknya buat assignment, dengan full aktiviti nya. Sedar tak sedar dua minggu lagi final. to M1 BM 243 3c mac - julai 2016 good luck guyssss !

24.4.16

SIAPA KHAI BAHAR ?

-Assalamualaikum-
 Allah.. Lamanya tak update blog ni.
Sebab test dan quiz yang berderet blog diabaikan seketika. yang komen tu terima kasih ye. Maaf cik belbel tak dapat balas, bukan tak nak balas tapi tak sempat sesangat. Terima kasih singgah blog cik belbel ni.

Cik belbel update blog ni pukul 2.45 am waktu Malaysia wei. HAHA
biasa lah student life kan. Apadehal baru pukul 2.45 am kan. Belum subuh, HAHA

Mesti korang pernah dengar nama Khai Bahar ni.  Atau lebih dikenali dengan artis Youtube, Smule disebabkan suara dia yang sangat power.

Kalau tak percaya subcribe lah youtube muhamad khairul. Tu adalah si kacak Khai Bahar.


Dah lah suara sedap, jangan lah handsome sangat :(

Biodata Khai Bahar
Nama : Muhamad Khairul
Umur : 22 (2016 ) 
Asal : Perlis

** Maaf tu je yang cik belbel dapat tentang Siapa Khai Bahar ni. **
Kalau korang nak lebih kenal dengan Khai Bahar ni check on him instagram

instagram Khai Bahar
Twitter Khai Bahar

Sekali pandang macam Hafidz Roshdi kan? cehhhh

The real of Khai Bahar

Serius cik belbel cakap suara dia memang gempak. Siti Nordiana pun puji tau. Malam ni je ulang lagu yang dia cover kat Youtube je dah berapa kali. Tapi paling cik belbel suka masa dia cover lagu Sudah Ku Tahu by Projector. Dia punya tarik pehhh..
He very gifted. And i admire him, HEHE

to Khai Bahar..
Kalau banyak view kat youtube tu tetiba naik kan, cik belbel lah view tu, HAHA
Semoga menjadi penyanyi yang berjaya suatu hari nanti.
Cik belbel tak sure sama ada Khai Bahar ni student atau apa. By the way cik belbel belum habis stalker instagram dia lagi.

Terima kasih Magic Sim Burung hantu sebab bagi cik belbel update blog malam malam ni. Kahkah.




15.4.16

SIMPLY SEGMEN BY SHAWAL & SOFIE

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ


(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

Cik belbel join ye segmen awak. harap harap ada rezeki aminn.
Jom join sama !

PS : cik belbel dah follow fb :) cari nama amirah nabilah


CPUV BERTAMBAH DAN APA RAHSIANYA ?

 -Assalamualaikum-
Haiii senangnya dalam hati..
Kalau cpuv bertambah..
Seperti dunia ana yang punya..
heyyyy !
HAHAA

Hai uolssss ! Sihat semua ?
Harini cik belbel check Nuffnang *bukan harini je sebenarnya,. hari hari check ! kahkah *


Alhamdulillah cpu bertambah untuk semalam dah harini. Terima kasih ye En Nuffnang dan pihak advertiser. 

BACA : CARA NAK DAPATKAN CPUV NUFFNANG

tak susah pun nak dapat kan cpuv ni. Follow cara cik belbel insyaAllah sekali dapat cpuv pihk nuffnang dan advertiser tak kan lupa blog kita dan dia akan terus bagi bagi dan bagi.
Cuma bila cik belbel dah start sambung study ni, memang tak banyak masa nak update blog ni. Yelahhh assignment berlambak kot. Memang lah buat assignment pakai laptop, tapi bila buka blog idea nak membebel tu non hadooo !

BACA : APA TU CPUV CPC NUFFNANG

OK ni cik belbel ada share apa tu cpuv dan cpc dalam nuffnang. Untuk blogger baru yang tertanya tanya apa cpuv tu. Asyik update dapat cpuv tapi tak pernah nak cerita apa tu cpuv. Bukan tak pernah cerita tapi korang kena rajin scroll bawah bawah blog cik belbel ni sebab kebanyakkan nya cik belbel dah cerita dah.

Blog ni cik belbel buat pun sebab nak share macam mana nak cari income guna blog. macam macam cara ada. Dan cik belbel akan share dengan korang bila cik belbel berjaya buat dan dapat hasil. Buat apa share dengan orang kalau kita sendiri belum berjaya. betul tak ?

BACA : MAKAN FREE DI NANDO'S !
OK ?  jangan lupa give me feedback for this blog ! see yahhhh !
 

12.4.16

DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS, SIAPA IDRIS KHAN ?

-Assalamualaikum-
Holaaaa !
cik belbel kembali lagi untuk review drama terbaru terbitan TV3 iaitu Duda Terlajak Laris. Mesti korang tertanya tanya kenapa cik belbel suka review drama TV3 ni kan ? Best woi drama ni ! HAHA
Meh kita baca sinopsis drama :
Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.
Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.
Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.
Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?
Credit sinopsis to : http://www.sayidahnapisah.com/
Terima kasih. saya copy ye sinopsis tu. Minta halal
HEHE


Cik belbel sebenarnya tak tengok on time drama Duda Terlajak Laris ni sebab time maghribkan. Kalau dekat kolej lagi lah tak sempat nak tengok sebab tv dekat bawah. Nak tengok online ? Sayang data hakak uolssss ! HAHA

Mengikut sinopsis yang cik belbel dapat dari sumber di atas, macam terlalu banyak watak yang akan keluar. Tapi siapa mereka semua ? Haaa ni salah satu trick untuk tarik ramai penonton untuk tengok drama ni. Cik belbel pun tertanya tanya ni. Kenapa dia ceraikan si Pehah tu.

Biasalah kan dalam drama yang banyak cik belbel review mesti ada Zara Zya ni. First Drama yang memang meletop kebabom !! Drama Tuan Anas Mikael and the second is Drama Zahira . Dan kalau cik belbel simpulkan drama yang Zara Zya belakon ni semua nya drama yang ada scene lawak, komedi and sweet sweet macam tu lah. Sebab dia memang bersahaja and cik belbel rasa in real life pun dia memang watak macam tu. *cik belbel tak penah jumpa dia *


Kalau tak salah ni gambar ni adalah gambar masa episod 1 drama Duda Terlajak Laris and drama ni dah trending kat Malaysia. Pengaruh besar drama ni nampaknya. Takpe kita tunggu episod 2 3 4 5 6 7 8 9 dan seterusnya nanti macam mana. Harap makin hangat ! Tahniah drama Duda Terlajak Laris dari cik belbel yawwww !!! 


Siapa kenal mamat ni ? Actually cik belbel tak berapa ingat drama apa yang dia berlakon, and mybe sebelum ni dia hanya bawak watak tambahan sahaja. Tapi untuk Drama Duda Terlajak Laris ni dia dah jadi Hero untuk drama ni. 
Tahniah ! Idris Khan. Haaa nama pun ada khan khan ni. Mesti kenal dengan Shahruk Khan dilwale ni. HAHA
*cik belbel pun suka kalau kena kawin dengan org handsome macam ni * haha

Biodata Hero Pelakon Duda Terlajak Laris Tv3 :
Nama : Idris Khan bin Abdul Ghaffar
Umur : 28 tahun ( 2016 ) * hmmm macam jodoh je *
Asal : Cheras Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 15 Disember 1988
Hobi : Pergi gym dan bina badan * hmmm lagi kuat rasa ni lah jodohnya

HAHA gila cik belbel ni, semua pelakon lelaki yang cik belbel review semua dia kata jodohnya. Haritu jodoh dengan Hafidz Roshdi ni dengan Idris Khan pulak. Hmm sabar je lah. Haha

Ok kalau korang nak usha gambar si pelakon badan ketak ketak ni boleh lah pergi :
Instagram : IDRIS KHAN

PS !! JANGAN TERPEDAYA DENGAN ACCOUNT FAKE INSTAGRAM IDRIS KHAN !
Btw, cik belbel terkejut tau semalam ada account idris khan ni nak follow cik belbel. Dalam hati dah agak dah mesti account fake ni, sebab tak kan lah artis nak follow cik belbel ni :( 
Tapi accept je lah buat tambah follower. Kahkahkah !

so korang dah tahu kan yang mana account fake and yang original Idris Khan ? Jangan lupa follow and tag cik belbel. HAHAHA *biar dia nampak cik belbel, mana tau dia terbuka hati nak follow jodoh tak jadi dia ni *

Dah jadi fan club pulak iolssss.
See next review yaaaa !


9.4.16

BILA MAWAR RASHID SAMBUT BIRTHDAY KE-21

-Assalamualaikum-
Hai uolsss semua. Lama dah tak update blog. Bila dapat mid sem break ni boleh lah rajin rajin kan tangan update blog ni.

HAHA cliche sangat bila buat tajuk entry "Bila Mawar Rashid Sambut Birthday Ke-21"
Actually cik belbel nak tanya apa korang zaaappppp ingat bila cik belbel sebut nama Mawar rashid ?
HAHA ok cik belbel tahu dan korang tak payah mention dalam ni sebab bahaya ! HAHA

Ahhh whatever lah..
Baru baru ni cik belbel ada skodeng instagram Mawar Rashid ni dah cik belbel perasan yang dia baru sambut birthday dia yang ke- 21. WOW! muda lagi Mawar Rashid ni. Cik belbel pun kalah. So dia ni kiranya sebaya dengan Hafizd Roshdi lah kan.

Ni ada lah sikit gambar yang cik belbel boleh share dari instagram Mawar Rashid sendiri.



Siap ada makeup photo kau..,.

Ok lah. Cantik kan Mawar Rashid ni. Dengan baju warna merah. Dari gambar cik belbel dapat agak lah tema dia merah putih kot. Agak je nii..
Dah macam photo pre-wedding cik belbel tengok instagram Mawar Rashid ni. Kalau gambar pre-wedding entah lagi macam mana lah kan. HEHE

Happy Birthday Mawar Rashid, harap harap lepas ni jangan tersalah jawab soalan lagi. Ehhh ? HAHA memain je.. *mati lahh*

Nak tengok lebih gambar Mawar Rashid ? boleh lah skodeng Instagram dia MAWAR RASHID



25.3.16

CPUV MASA BUSY

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah...
Hahahaha, macam kelakar pulak, macam macam tittle dah buat pasal cpuv ni. Alhamdullilah lagi sekali sebab walaupun tengah busy dengan study, tapu pihak Nuffnang dan pihak advertiser tak sempat tak bagi cik belbel cpuv walaupun sikit. Terima kasih sebab masih nampak blog cik belbel ni. TERIMA KASIHHHHH !

nampak tak bertapa busy nya otak cik belbel sekarang ? HAHA


Ni antara cpuv yang ada dalam blog cik belbel. Kalau korang tengah free nak blogwalking tu jangan lupa singgah blog cik belbel kot kot ada iklan berterbangan ke. HEHE

Fuhhh siap satu entry sebelum nak masuk kelas pukul 11 ni. 
See u all in next entry. BYEEEE

15.2.16

CPUV ONGOING SAHAJA !

-Assalamualaikum-
Hai uolsssss ! Apa khabar semua ? Alhamdulillah kalau semua sihat. Kalau tak sihat cari penawar cepat cepat ye. Harini tak tahu nak update blog pasal apa. Buka Nuffnang tengok CPUV ONGOING alhamdulillah ada lagi yang sangkut dan terus menerus ongoing.


 Ada Penadol Actifast, Rakuten Blogger Project, Huawei Mate ( ada lirik lagu kat kepala), dan yang terbaru Petronas !

Terima kasih pihak advertiser sebab percaya lagi dengan blog cik belbel. Walaupun kadang kadang view kelaut tapi alhamdulillah ada rezeki yang lekat.

Harap minta interview khamis ni berjalan lancar. Amin...
Nak tahu interview apa ?
Check the previous post !

11.2.16

HISYAM HAMID, ISTERI VS TUNANG

-Assalamualaikum-
Selamat sore semua warga blogger Malaysia dan luar negara.
Siapa ada tengok Drama IsteriVSTunang ???
Rumah cik belbel biasalah mana ada astro. So tak dapat lah nak tengok drama IsteriVSTunang ni sebab drama ni ditayangkan di Astro Ria.

Hehe, macam biasa lah kalau cik belbel minat satu drama tu mesti ada buat review drama kan.
Benda ni wajib bagi cik belbel sebab blog ni dibuat adalah untuk share benda yang cik belbel minat. kongsi minat dengan korang lah kiranya ni.

Kalau tengok Drama IsteriVSTunang ni mesti senyum senyum tengok Zaim Azfar dengan Alana Sofea yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid dan juga Scha Alyahya. Macam kena sangat watak Scha kali ni. Nama pun dah macam nama anak dia Lara Alana.




Biodata Hisyam Hamid 
Nama penuh : Hisyam bin Hamid
Nama Glamour : Hisyam Hamid
Asal : Singapura
Umur : 31 Tahun (2016)
Status : Berkahwin
Nama isteri : Rosmawati Hanafi
Kerjaya : Model dan pelakon
Drama popular : Cinta Ibadah, Memori Cinta Suraya, Tuan rumah pembantu rumah, IsteriVSTunang (hot)

Unbelievable !! Hisyam Hamid ni dah kawin rupanyaaa.. (Frust lagi)
Serius sebelum cik belbel syok dengan drama ni tak pun cik belbel nak usha si Hisyam Hamid ni sebab cik belbel start kenal dia masa dia belakon cerita Cinta Ibadah yang beratus episod tu. KIKI

Hisyam Hamid and Wife !
Comel je kan isteri dia ni. Anak anak diaorang pun dah besar rupanya. Tak sangk iolsss i minat suami org sebelum ni. HAHA

Like brother dengan sister pun ada ni. Haha

Ok jangan lupa saksikan drama IsteriVSTunang setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria !!!




Serius best kot drama IsteriVSTunang ni. Dah lah ada 15 episod je pulak tu. Part paling best bila dieorang dah mula start suka sama lain. Alana Sofea please jangan give up dengan Zaim Azfar !!! 
Nak tahu kenapa jangan give up ? tengok lah drama IsteriVSTunang !!

Sumber gambar : INSTAGRAM HISYAM HAMID

10.2.16

PEMBANTU TADBIR GRED N17

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah..
Cik belbel bersyukur sangat harini. Bulan ni macam macam rezeki cik belbel dapat. Rezeki Allah tu maha luas kan.. Kita sebagai makhluk dia cuma perlu sabar dan terus berdoa.

Harini cik belbel dapat satu email dari JohorCareer.com. Dulu cik belbel adalah apply kerja dengan SPAJ ni. Yelah cik belbel sendiri orang Johor so apply lah dengan SPAJ ni.
Alhamdulillah sangat harini cik belbel dapat email dari diaorang yang suruh cik belbel datang interview untuk Jawatan Pembantu Tadbir Gred N17


Tu contoh pada sesiapa yang ada dapat tawaran temuduga untuk SPAJ. Kalau yang dah tahu keputusan cik belbel tak tahu sama ada dia keluar macam ni atau tak.

Pada sesiapa orang Johor yang nak mohon SPAJ ni boleh gunakan link >>>SPAJ<<<
Cik belbel tak pasti sama ada orang luar dari Johor boleh mohon atau tak. Tapi kalau berminat boleh je pergi dekat link tu and belek belek lah.

Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi )

  • Melaksanakan tugas perkeranian dan operasi seperti tugas tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, mengumpul maklumat dan data.
  • Aspek Perkeranian : Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Personel, Pengurusetiaan, Membuat surat rasmi seperti yang diarahkan, Pengurusan rekod, Pengurusan kewangan, dan juga pengurusan fail.
  • Aspek Operasi : Pengurusan Keselamatan dan ketenteraman, Pengurusan kebersihan, Pengurusan Utiliti, Pengurusan tanah dan kemudahan awam, Protokol dan istiadat. 


Untuk maklumat lebih lagi pasal Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) boleh rujuk link ni >>>Tugas Pembantu Tadbir<<<

Jadi korang semua tolong sama sama doakan cik belbel supaya dapat kerja ni. Cik belbel berharap sangat dapat kerja ni. Sebab cik belbel sendiri dah malas nak studyu. Ingat nak buat PJJ je.

KERJA ATAU BELAJAR

-Assalamualaikum-
Bismilahirahmanirahim...
Alhamdulillah untuk tahun ni cik belbel dilimpahkan rezeki yang sangat luas. Semoga korang pun macam tu. *Masa update blog ni tengah main lagu bicara malam - Ippo Hafiz * Haha tu pun nak bagitahu. Yelah biar korang yang baca sama dalam situasi cik belbel.

Macam entry kat tajuk atas. Kerja atau belajar. Macam yang korang tahu kan cik belbel dah habis belajar tahun 2014 and sekarang dah 2016. So makna nya dah setahun cik belbel tinggal kan zaman belajar tu. Cik belbel kerja, setiap bulan duit masuk.

Planning cik belbel masa habis study tu, kalau dapat kerja baik cik belbel akan buat PJJ sahaja untuk degree kali ni. Tapi selama setahun cik belbel tunggu and nothing happend. Ada lah juga dapat interview dari Bank Rakyat tapi cik belbel tak pergi entah kenapa.

And now keputusan untuk sambung degree pun dah keluar. And congrat to me ! But entah cik belbel tak rasa happy. Rasa macam tak satisfied. Mungkin sebab hati cik belbel nak kerja tapi tak de kerja yang baik. And family semua suruh belajar. Degree In Human Resources.


Actually masa hari yang sama cik belbel dapat result ni, pagi tu cik belbel dapat pergi interview untuk jawatan collector dekat Aeon Credit. Untuk tunggu result dapat atau tak around 2 or 3 weeks macam tu. Gaji yang dia offer ok, cuma bila dah duduk bandar tahu je lah kan. Sewa rumah, transport lagi. Cik belbel mana ada transport. Mungkin cik belbel tolak offer tu kalau dapat and fokus on study.


Cik belbel akan bawa notebook ni bersama cik belbel kalau masukm degree !! HAHA
usia notebook ni dah 7 tahun kot !! 

Tapi...
Cik belbel tengah tunggu satu call for interview 



Tu yang dah view 3 times tu bila nak call cik belbel untuk interview !! HAHA
Serius cik belbel harap sangat dapat kerja tu. Kalau dapat kerja tu and gaji ok cik belbel akan buat PJJ !! haahahaa

Ok ni Tips kalau korang nak berhenti kerja dengan honest and bukan cabut! make it clean lah kan.


Awal raya cina haritu company cik belbel memang kana bagi bonus. And disebabkan cik belbel dah setahun kerja so cik belbel pun dapat lah. Lepas dapat bonus baru lah kita bagi surat berhenti !!! HAHAHA
Ni merupakan satu tips macam mana nak berhenti kerja. Kalau bagi surat sebelum dapat bonus entah entah bonus kene potong kan. HEHE




25.1.16

TIPS CANTIK : KURUS DENGAN MAKAN BUAH

-Assalamualaikum-
 Wahhh semakin hebat cik belbel sebab berani share Tips Cantik walaupun cik belbel tak cantik. Cik belbel kategori lain lah !! Korang apa tahu *Jeling tajam*

Ok cik belbel ada terbaca artikel ni dalam migguan wanita. 2 jenis buah yang sesuai kita makan untuk diet. Menarik juga artikel ni kan. Makan buah je boleh kurus ? Memang lah boleh kalau tak makan nasi setahun ! KAHKAH


Epal hijau
Dengan makan epal hijau atau minum jus epal ni sekurang kurang nya satu biji sehari selama satu minggu dapat membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah otot perut). Boleh menghakis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. Kebanyak kan gandum zaman sekarang mengandungi kimia. Bahan kimia itu lah yang menyebabkan warna asalnya kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser. Epal hijau ni kan masam jadi sesuai untuk memproses makanan yang terdapat di dalam perut.

Nota : Kalau makan epal mentah, epal boleh dimakan bersama makanan lain. Tapi kalau jus tak boleh dimakan bersama dengan yang lain. Kalau nak juga makan yang lain kene tunggu selama 15-20 minit.


Lemon
Lemon ni sesuai dimakan semasa bangun pagi dan juga sebelum tidur untuk mendetoksifikasikan perut kita.  Lemon ni khasiat ni sangat berbeza dengan limau yang lain. Kalau limau nipis sesuai juga kalau untuk kuruskan badan. Boleh dicampur untuk membuat air detok. Lemon ni masam dia lebih dari limau limau yang lain. Untuk mengurangkan masam lemon ni boleh lah ditambah dengan madu asli ye. Bukan madu tiruan sebab madu tiruan sekarang gula dia pehhhh tak hingat dunia.

Ok tak Tips Cantik kali ni ? Agak agak boleh amalkan tak bella ? *cakap dengan cermin* HAHA
Kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah macam epal hijau tu. 


23.1.16

TIPS CANTIK : 6 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN

-Assalamualaikum-
Pehhwwww !! mentang mentang Qu Puteh ada masalah. Cik belbel terus buat Tips Cantik kan. Haha tips cantik ni cik belbel dapat idea bila sister cik belbel dok merungut dengan "double chin" dia. Sebenarnya cik belbel pun ada masalah double chin ni *hehehehe*

Tapi cik belbel tetap nak share dengan korang macam mana nak hilang kan double chin ni. And cik belbel juga akan praktik kan supaya double chin cik belbel ni hilang ! Shuuuhh shuhhh double chin !
Say no to double chin !

Hasil carian imej untuk double chin
Gambar sumber Google.com
Gambar sekadar hiasan
Cik belbel tak kenal dia lah ! 

  • Dilarang tidur waktu siang.
Kapa tak boleh tidur siang? Aktiviti tidur siang ni akan membuatkan muka kita jadi sembab dan lesu. Betul tak ? Dulu time sekolah or time study memang habit gila kot tidur siang ni. Especially lepas zohor tu. Pehhh setan menari nari je kat mata sebab baru lepas makan tengahari kan. Bila muka kita sembab atau "membengkak" itu akan membuatkan kita jadi makin berisi.



  • Pemakanan wajib dijaga 
Baca je cara kedua ni mesti ramai cakap " Eleehh memang lah kena jaga " Kalau memang jaga kenapa ada double chin ? Makanan kena lah seimbang. Elakan makanan berlemak. Macam yang kita tahu orang yang berbadan basar macam cik belbel ni  memang selalu ada masalah double chin ! (So bella behave ur food!!!)


  • Urutan wajah dan juga dagu
Urutan wajah ni seeloknya dilakukan setiap hari. Donggakan kepala kemudian urut secara perlahan lahan. Urut di bawah dagu. Lakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan ni pun boleh melancarkan darah.


  • Masker putih telur
Haaaa ni cik belbel selalu buat kalau hujung minggu. (Tu pun kalau rajin lah). Macam yang kita tahu bila ada double chin ni akan ada kulit yang berlebihan sebab saiz dah semakin besar. Jadi bila kita buat masket putih telur ni ia boleh menegangkan kulit wajah kita. Selalu cik belbel buat putih telur campur denga lemon. Lemon pun banyak khasiat untuk kulit kita. Bau putih telur agakkkkk boleh tahan lah. HAHAHA Nak cantik kan !!!!


  • Ketawa atau bercakap
Tak percaya ketawa boleh hilangkan double chin ? Cuba lah ketawa sebesar mulut buaya bila nak makan. Apa korang rasa bila mulut dah tenganga sebesar tu ? Rasa tegang kan. Tu pun merupakan tips untuk hilang kan double chin ni. Kira macam senama wajah lah kan. Sebab tu banyak perempuan suka bercakap/membebel sebab dia nak hilang kan double chin. Korang lelaki apa tau !!!


  • Bersenam
Yang ni tips yang paling clishe sekali. Selalu yang ada masalah double chin ni mesti ada masalah berat badan juga. Ada korang nampak orang kurus cekeding ada double chin ? Takde kan. Jadi bersenam adalah penting untuk hilangkan double chin. *Esok cik belbel nak pergi bersenam* HAHA.
Sejak dah kerja ni nak bersenam pun takde masa dan juga MALAS. HAHA

Ok tak tips cik belbel share kali ni ? Dah boleh tukar typo boleh ni jadi blog tips cantik cik belbel. Wahhh kerlas kau jah. Bersama sama lah kita menjayakan azam 2016 cik belbel untuk menjadi kurus seperti dulu kala ! KAHKAH.

Korang dah boleh kategorikan cik belbel macam mana kan ? *jelinggg*

CPUV BULAN JANUARI 2016

-Assalamualaikum-
Alhamdulilah syukur kedahrat ilahi masih diberi kesihatan untuk mengupdate blog cik belbel ni. Harini cik belbel nak share dengan korang pasal cpuv yang cik belbel dapat untuk bulan januari ni


Yang lepas cik belbel ada update Cpuv dari Toyota.
Kali ni cik belbel dapat cpuv dari Shell, Marigold, Titan Watch dan juga Huawei.
Bila dapat cpuv Huawei ni automatik cik belbel teringat lagu Huawei yang Bunkface nyanyi. HAHA
"Huawei best wei"
HAHAHAH.
Terima kasih pihak Nuffnang dan juga advertiser kerana sudi bagi cik belbel rasa cpuv baru untuk bulan Januari ni. terima kasih !!!

22.1.16

QU PUTEH WHITENING PRO 9 DAN UV BLOCK MENGANDUNGI MERKURI

-Assalamualaikum-
Selamat malam semua warga blog ! Harini cik belbel ada terbaca yang sibuk di viral kan di laman sosial terutamanya Twitter dan juga Facebook.
Qu Puteh Whitening Pro 9 dan juga Qu Puteh Whitening UV Block di sahkan mengandungi merkuri yang berbahaya dan tidak dibenarkan di jual di Brunei dan juga Malaysia berkuat kuasa pada 22 Januari 2016 !

Bagi mereka yang tak pernah atau tidak ambil pusing mengenai produk Qu Puteh yang di asaskan oleh Dato Sri Vida, cik belbel boleh kongsi kan produk yang dikhabarkan mengadungi merkuri itu.

Ni merupakan Qu Puteh Whitening Pro 9
Sebenarnya zaman sekarang bukan hanya Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block sahaja yang mempunyai bahan merkuri tetapi telah bganyak produk kecantikan du luar sana yang banyak mengandungi merkuri, yang di jual tanpa mendapat kebenaran KKM. Oleh yang demikian cik belbel sarankan korang kalau nak pilih produk tu berhati hati lah. Sekarang pun dah banyak kan produk yang di jual kat luar sana. Dari yang harga RM 5 hingga lah yang beratus ringgit.

Ni merupakan kenyataan Dr Anwar Fazal


Bagi penggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block disarankan untuk menghentikan pemakaian produk tersebut. 
Tetapi kat sini cik belbel nak bagitahu BUKAN SEMUA PRODUK QU PUTEH MEMPUNYAI MERKURI ! (haaa caps lock cik belbel bagi

Mula mula baca berita ni satu benda yang terlintas di dalam otak cik belbel " ni mesti ada orang cuba jatuhkan Dato Sri Vida " ye lahh seperti yang kita sedia maklum Dato Sri Vida merupakan sorang penaja untuk Program Mentor Milenia, Pasukan Bola Sepak Kelantan dan macam macam lagi. 

Manusia ni macam macam jenis ada, yang tak suka tengok kejayaan orang lain tu paling besar percent dia dalam dunia ni. Betul tak ?

Apa pun cik belbel mintak korang semua jangan nak obses cantik sangat, sampai sanggup beli produk yang ada merkuri semua ni. Kalau korang baca di laman web KKM, produk merkuri ni banyak kesan buruk dari kesan baik. Dan disebabkan tu Malaysia dan Brunei menghalang penjualan produk tersebut.

Orang dulu dulu cantik tanpa produk boleh je ? Ehhh..
Nanti cik belbel share tips macam mana nak cantik dengan produk orang dulu dulu yeee..




18.1.16

KISAH YAHOO MASENGGER

-Assalamaualaikum-
Selamat petang warga blog dan alam semesta dunia. Harini cik belbel jem gila otak sampai tak tahu nak update blog pasal apa. Kang update pasal Siapa rashid orang kata takde modal dah ke macam TV****

Tangan ni memang gatal sangat nak mengupdate blog tapi tu lah takde idea. So cik belbel post lah dekat group whatsapp  yang gila ni


Laju dia suruh cik belbel tulis pasal diaorang. HAHA
Nak tahu kenapa cik belbel kata group whatsapp Ladies tu gila ?
Kalau berborak tak ingat siang malam. Tah jin apa dalam badan diaorang termasuk cik belbel ! HAHA
Salah capture pulak takde notice berapa ribu gambar
yang ada dalam tu


tengok suruh cepat cepat tulis pasal dia. HAHA

Untuk pengetahuan korang, cik belbel kenal diaorang ni semua melalui Yahoo Massenger. Siapa yang lahir zaman 80an 90an tu mesti korang ada punya id Yahoo Massenger ni. Sekarang Room Yahoo massenger dah close dah. Dan kitaorang wujudkan lah Room tapi guna whatsapp. Makin gila lah jawan nya bila guna whatsapp ni.
Zaman yahoo massenger zaman yang paling tak boleh lupa. Cik belbel start main "YM" ni lepas habis sekolah dalam tahun 2010/2011. Yang pelik nya masa sekolah dulu ada juga try buat id yahoo and try masuk tapi tak lepas. Lepas SPM dalam seminggu cam tu, try buat id baru, try masuk room pehh lepas pulak ! HAHA nampak tak dia nak suruh fokus spm dulu.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, mana tak nya. Masa main YM dulu semua umur belasan dan 20+. Kalau kenang balik memang kelakar lah. Ada yang jumpa jodoh dalam tu. Ada yang kantoi dengan gf/bf sebab curang. HAHAHA kelakar ! Bila dah jumpa and kenal dekat luar ni baru lah tahu perangai gila diaorang lagi teruk rupanya . HAHA

Ok ni first time cik belbel meet up mereka semua ni.
Ni ladies je lah. Yang lelaki tak masuk
Macam macam manusia cik belbel jumpa masa main YM ni tau. Siapa yang pernah join paham lah cam mana cik belbel rasa. Jangan main main Ladies ni semua otai otai YM tau tak ! HAHA
Dulu cik belbel first main YM cik belbel join room Johor : 3. Kat situ lah jumpa dieorang ni semua. Masa tu semua single lagi. Then cik belbel merantau pergi room Perak : 2 Melaka : 1 Melaka : 2

Baru baru ni Ladies ni ada meet up tanpa cik belbel ! ( sakit hati )


Sebenarnya ada 2 orang lagi yang kurang dalam pic ni.
Cik belbel and the one is Tyty. 
Kenapa cik belbel tak join ?
Sebab diaorang bua hari sabtu. Dah lah cik belbel tinggal sorang dekat sini. Macam mana nak cuti sabtu. jahat kan diaorang !!! kalau buat ahad confirm join ! Tapi tak pelah banyak masa lagi.

This is two Mummy to be !
Dalam 7 orang org Ladies in group ni (mungkin esok lusa tambah orang ) mereka diaorang ni lah yang dah berkahwin dan akan jadi mummy to be soon ! Macam tak percaya iolsss akan jadi aunty belbel to be ! HAHAHA
Semoga dipermudahkan urusakn mereka berdua ni. Semoga selamat dunia akhirat and dapat anak yang comel comel !

Daripada tak kenal kita jadi kawan. Pelik kan? tu lah Kisah Yahoo Massenger. 


Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu