25.1.16

TIPS CANTIK : KURUS DENGAN MAKAN BUAH

-Assalamualaikum-
 Wahhh semakin hebat cik belbel sebab berani share Tips Cantik walaupun cik belbel tak cantik. Cik belbel kategori lain lah !! Korang apa tahu *Jeling tajam*

Ok cik belbel ada terbaca artikel ni dalam migguan wanita. 2 jenis buah yang sesuai kita makan untuk diet. Menarik juga artikel ni kan. Makan buah je boleh kurus ? Memang lah boleh kalau tak makan nasi setahun ! KAHKAH


Epal hijau
Dengan makan epal hijau atau minum jus epal ni sekurang kurang nya satu biji sehari selama satu minggu dapat membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah otot perut). Boleh menghakis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. Kebanyak kan gandum zaman sekarang mengandungi kimia. Bahan kimia itu lah yang menyebabkan warna asalnya kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser. Epal hijau ni kan masam jadi sesuai untuk memproses makanan yang terdapat di dalam perut.

Nota : Kalau makan epal mentah, epal boleh dimakan bersama makanan lain. Tapi kalau jus tak boleh dimakan bersama dengan yang lain. Kalau nak juga makan yang lain kene tunggu selama 15-20 minit.


Lemon
Lemon ni sesuai dimakan semasa bangun pagi dan juga sebelum tidur untuk mendetoksifikasikan perut kita.  Lemon ni khasiat ni sangat berbeza dengan limau yang lain. Kalau limau nipis sesuai juga kalau untuk kuruskan badan. Boleh dicampur untuk membuat air detok. Lemon ni masam dia lebih dari limau limau yang lain. Untuk mengurangkan masam lemon ni boleh lah ditambah dengan madu asli ye. Bukan madu tiruan sebab madu tiruan sekarang gula dia pehhhh tak hingat dunia.

Ok tak Tips Cantik kali ni ? Agak agak boleh amalkan tak bella ? *cakap dengan cermin* HAHA
Kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah macam epal hijau tu. 


23.1.16

TIPS CANTIK : 6 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN

-Assalamualaikum-
Pehhwwww !! mentang mentang Qu Puteh ada masalah. Cik belbel terus buat Tips Cantik kan. Haha tips cantik ni cik belbel dapat idea bila sister cik belbel dok merungut dengan "double chin" dia. Sebenarnya cik belbel pun ada masalah double chin ni *hehehehe*

Tapi cik belbel tetap nak share dengan korang macam mana nak hilang kan double chin ni. And cik belbel juga akan praktik kan supaya double chin cik belbel ni hilang ! Shuuuhh shuhhh double chin !
Say no to double chin !

Hasil carian imej untuk double chin
Gambar sumber Google.com
Gambar sekadar hiasan
Cik belbel tak kenal dia lah ! 

  • Dilarang tidur waktu siang.
Kapa tak boleh tidur siang? Aktiviti tidur siang ni akan membuatkan muka kita jadi sembab dan lesu. Betul tak ? Dulu time sekolah or time study memang habit gila kot tidur siang ni. Especially lepas zohor tu. Pehhh setan menari nari je kat mata sebab baru lepas makan tengahari kan. Bila muka kita sembab atau "membengkak" itu akan membuatkan kita jadi makin berisi.



  • Pemakanan wajib dijaga 
Baca je cara kedua ni mesti ramai cakap " Eleehh memang lah kena jaga " Kalau memang jaga kenapa ada double chin ? Makanan kena lah seimbang. Elakan makanan berlemak. Macam yang kita tahu orang yang berbadan basar macam cik belbel ni  memang selalu ada masalah double chin ! (So bella behave ur food!!!)


  • Urutan wajah dan juga dagu
Urutan wajah ni seeloknya dilakukan setiap hari. Donggakan kepala kemudian urut secara perlahan lahan. Urut di bawah dagu. Lakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan ni pun boleh melancarkan darah.


  • Masker putih telur
Haaaa ni cik belbel selalu buat kalau hujung minggu. (Tu pun kalau rajin lah). Macam yang kita tahu bila ada double chin ni akan ada kulit yang berlebihan sebab saiz dah semakin besar. Jadi bila kita buat masket putih telur ni ia boleh menegangkan kulit wajah kita. Selalu cik belbel buat putih telur campur denga lemon. Lemon pun banyak khasiat untuk kulit kita. Bau putih telur agakkkkk boleh tahan lah. HAHAHA Nak cantik kan !!!!


  • Ketawa atau bercakap
Tak percaya ketawa boleh hilangkan double chin ? Cuba lah ketawa sebesar mulut buaya bila nak makan. Apa korang rasa bila mulut dah tenganga sebesar tu ? Rasa tegang kan. Tu pun merupakan tips untuk hilang kan double chin ni. Kira macam senama wajah lah kan. Sebab tu banyak perempuan suka bercakap/membebel sebab dia nak hilang kan double chin. Korang lelaki apa tau !!!


  • Bersenam
Yang ni tips yang paling clishe sekali. Selalu yang ada masalah double chin ni mesti ada masalah berat badan juga. Ada korang nampak orang kurus cekeding ada double chin ? Takde kan. Jadi bersenam adalah penting untuk hilangkan double chin. *Esok cik belbel nak pergi bersenam* HAHA.
Sejak dah kerja ni nak bersenam pun takde masa dan juga MALAS. HAHA

Ok tak tips cik belbel share kali ni ? Dah boleh tukar typo boleh ni jadi blog tips cantik cik belbel. Wahhh kerlas kau jah. Bersama sama lah kita menjayakan azam 2016 cik belbel untuk menjadi kurus seperti dulu kala ! KAHKAH.

Korang dah boleh kategorikan cik belbel macam mana kan ? *jelinggg*

CPUV BULAN JANUARI 2016

-Assalamualaikum-
Alhamdulilah syukur kedahrat ilahi masih diberi kesihatan untuk mengupdate blog cik belbel ni. Harini cik belbel nak share dengan korang pasal cpuv yang cik belbel dapat untuk bulan januari ni


Yang lepas cik belbel ada update Cpuv dari Toyota.
Kali ni cik belbel dapat cpuv dari Shell, Marigold, Titan Watch dan juga Huawei.
Bila dapat cpuv Huawei ni automatik cik belbel teringat lagu Huawei yang Bunkface nyanyi. HAHA
"Huawei best wei"
HAHAHAH.
Terima kasih pihak Nuffnang dan juga advertiser kerana sudi bagi cik belbel rasa cpuv baru untuk bulan Januari ni. terima kasih !!!

22.1.16

QU PUTEH WHITENING PRO 9 DAN UV BLOCK MENGANDUNGI MERKURI

-Assalamualaikum-
Selamat malam semua warga blog ! Harini cik belbel ada terbaca yang sibuk di viral kan di laman sosial terutamanya Twitter dan juga Facebook.
Qu Puteh Whitening Pro 9 dan juga Qu Puteh Whitening UV Block di sahkan mengandungi merkuri yang berbahaya dan tidak dibenarkan di jual di Brunei dan juga Malaysia berkuat kuasa pada 22 Januari 2016 !

Bagi mereka yang tak pernah atau tidak ambil pusing mengenai produk Qu Puteh yang di asaskan oleh Dato Sri Vida, cik belbel boleh kongsi kan produk yang dikhabarkan mengadungi merkuri itu.

Ni merupakan Qu Puteh Whitening Pro 9
Sebenarnya zaman sekarang bukan hanya Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block sahaja yang mempunyai bahan merkuri tetapi telah bganyak produk kecantikan du luar sana yang banyak mengandungi merkuri, yang di jual tanpa mendapat kebenaran KKM. Oleh yang demikian cik belbel sarankan korang kalau nak pilih produk tu berhati hati lah. Sekarang pun dah banyak kan produk yang di jual kat luar sana. Dari yang harga RM 5 hingga lah yang beratus ringgit.

Ni merupakan kenyataan Dr Anwar Fazal


Bagi penggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block disarankan untuk menghentikan pemakaian produk tersebut. 
Tetapi kat sini cik belbel nak bagitahu BUKAN SEMUA PRODUK QU PUTEH MEMPUNYAI MERKURI ! (haaa caps lock cik belbel bagi

Mula mula baca berita ni satu benda yang terlintas di dalam otak cik belbel " ni mesti ada orang cuba jatuhkan Dato Sri Vida " ye lahh seperti yang kita sedia maklum Dato Sri Vida merupakan sorang penaja untuk Program Mentor Milenia, Pasukan Bola Sepak Kelantan dan macam macam lagi. 

Manusia ni macam macam jenis ada, yang tak suka tengok kejayaan orang lain tu paling besar percent dia dalam dunia ni. Betul tak ?

Apa pun cik belbel mintak korang semua jangan nak obses cantik sangat, sampai sanggup beli produk yang ada merkuri semua ni. Kalau korang baca di laman web KKM, produk merkuri ni banyak kesan buruk dari kesan baik. Dan disebabkan tu Malaysia dan Brunei menghalang penjualan produk tersebut.

Orang dulu dulu cantik tanpa produk boleh je ? Ehhh..
Nanti cik belbel share tips macam mana nak cantik dengan produk orang dulu dulu yeee..




18.1.16

KISAH YAHOO MASENGGER

-Assalamaualaikum-
Selamat petang warga blog dan alam semesta dunia. Harini cik belbel jem gila otak sampai tak tahu nak update blog pasal apa. Kang update pasal Siapa rashid orang kata takde modal dah ke macam TV****

Tangan ni memang gatal sangat nak mengupdate blog tapi tu lah takde idea. So cik belbel post lah dekat group whatsapp  yang gila ni


Laju dia suruh cik belbel tulis pasal diaorang. HAHA
Nak tahu kenapa cik belbel kata group whatsapp Ladies tu gila ?
Kalau berborak tak ingat siang malam. Tah jin apa dalam badan diaorang termasuk cik belbel ! HAHA
Salah capture pulak takde notice berapa ribu gambar
yang ada dalam tu


tengok suruh cepat cepat tulis pasal dia. HAHA

Untuk pengetahuan korang, cik belbel kenal diaorang ni semua melalui Yahoo Massenger. Siapa yang lahir zaman 80an 90an tu mesti korang ada punya id Yahoo Massenger ni. Sekarang Room Yahoo massenger dah close dah. Dan kitaorang wujudkan lah Room tapi guna whatsapp. Makin gila lah jawan nya bila guna whatsapp ni.
Zaman yahoo massenger zaman yang paling tak boleh lupa. Cik belbel start main "YM" ni lepas habis sekolah dalam tahun 2010/2011. Yang pelik nya masa sekolah dulu ada juga try buat id yahoo and try masuk tapi tak lepas. Lepas SPM dalam seminggu cam tu, try buat id baru, try masuk room pehh lepas pulak ! HAHA nampak tak dia nak suruh fokus spm dulu.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, mana tak nya. Masa main YM dulu semua umur belasan dan 20+. Kalau kenang balik memang kelakar lah. Ada yang jumpa jodoh dalam tu. Ada yang kantoi dengan gf/bf sebab curang. HAHAHA kelakar ! Bila dah jumpa and kenal dekat luar ni baru lah tahu perangai gila diaorang lagi teruk rupanya . HAHA

Ok ni first time cik belbel meet up mereka semua ni.
Ni ladies je lah. Yang lelaki tak masuk
Macam macam manusia cik belbel jumpa masa main YM ni tau. Siapa yang pernah join paham lah cam mana cik belbel rasa. Jangan main main Ladies ni semua otai otai YM tau tak ! HAHA
Dulu cik belbel first main YM cik belbel join room Johor : 3. Kat situ lah jumpa dieorang ni semua. Masa tu semua single lagi. Then cik belbel merantau pergi room Perak : 2 Melaka : 1 Melaka : 2

Baru baru ni Ladies ni ada meet up tanpa cik belbel ! ( sakit hati )


Sebenarnya ada 2 orang lagi yang kurang dalam pic ni.
Cik belbel and the one is Tyty. 
Kenapa cik belbel tak join ?
Sebab diaorang bua hari sabtu. Dah lah cik belbel tinggal sorang dekat sini. Macam mana nak cuti sabtu. jahat kan diaorang !!! kalau buat ahad confirm join ! Tapi tak pelah banyak masa lagi.

This is two Mummy to be !
Dalam 7 orang org Ladies in group ni (mungkin esok lusa tambah orang ) mereka diaorang ni lah yang dah berkahwin dan akan jadi mummy to be soon ! Macam tak percaya iolsss akan jadi aunty belbel to be ! HAHAHA
Semoga dipermudahkan urusakn mereka berdua ni. Semoga selamat dunia akhirat and dapat anak yang comel comel !

Daripada tak kenal kita jadi kawan. Pelik kan? tu lah Kisah Yahoo Massenger. 


15.1.16

HAFIDZ ROSHDI, AKU PILIH KAMU !

-Assalamualaikum-
Selamat warga blog dan pembaca pembaca blog yang telah sesat ke blog cik belbel ni. Selamat datang diucapkan dan tahniah kerasa terpilih untuk membaca kisah bebelan cik belbel. HAHA

Korang kenal dengan Hafidz Roshdi ?
Dia pilih cik belbel !
Ehhh tak tak.. cik belbel yang jatuh cinta dengan dia sebab shukri yahya dah pilih Tya Adnan sebagai permaisuri hidup dia. HAHA
Please Hafidz say yes to cik belbel...





Biodata Hafidz Roshdi
Nama : Muhammad Hafidz bin Roshdi
Nama popular : Hafidz Roshdi
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun (alamak adik lah pulak)
Pencapaian : Hero Remaja senagkatan dengan Syarul Ridzwan / Syafiq kyle (2011/2012)
Kerjaya : Pelakon
Drama dibintangi : Aku pilih kamu (HOT) , Aku Kau Kita , Baby Ana Milik Siapa .

Haaa tu lah serba sedikit yang cik belbel dapat selidik pasal Hafidz Roshdi ni. Bawah umur lah pulak !! HAHAHA taakpe lah bawah sikit je tak banyak pun.

tengok apa dekat atas tu. cik belbel ada di depan mata Hafidz oiii
Cik belbel start minat dengan Hafidz ni masa dia belakon drama Baby Ana Milik Siapa. ( Rupanya milik dia ) HAHA. ok joking. Start dia belakon drama tu cik belbel simpan dalam hati siapa lah mamat sado ni... Ok tu stop sampai situ.

And now dia belakon drama Aku Pilih Kamu di tv3. And dia jadi hero tau. And watak dia sangat sangat lah menjadi. Lelaki yang ego dan suka memerintah. Ehhh ni bukan entry sinopsis drama Aku Pilih Kamu. HAHA

Jangan lah tengok macam tu. Malu lahhh

Kalau korang tak percaya korang boleh tengok drama Aku pilih Kamu di Tv3 serius cik belbel fall in love balik dengan dia selepas shukri yahya mengecewakan hati cik belbel. HEHE

Ok lah. Hafidz Roshdi tidur duluan yaaa.
Kalau korang nak cuci mata nak usha gamba Hafidz Roshdi yang sado tak hingat ni, 
Korang boleh usha :
Instaram Hafidz Roshdi : https://www.instagram.com/hafidz.roshdi/

Usha sikit sikit je tau. HAHAHA
Ok see yaaaa !

14.1.16

TIPS DUIT GAJI CUKUP UNTUK SEBULAN

-Assalamualaikum-
Wow netry kali ni cik belbel nak share tips lah uolss. Pandai ke cik belbel nak share ni. Sebenarnya semua yang cik belbel tulis dalam blog ni semua yang pernah terjadi dengan diri cik belbel. Sebab tu cik belbel yakin untuk share dan ceritakan di dalam blog ni.



Apa tips duit gaji cukup untuk sebulan ?
Untuk pengetahuan korang cik belbel dah kerja hampir setahun dengan (biarlah rahsia) dan gaji kat sini memang tak cukup. Around gaji cik belbel dapat lepas tolak EPF dan SOCSO RM1000+. Mungkin bagi cik belbel yang duduk dengan family rumah dekat itu memadai. Tapi korang jangan lupa cik belbel ni perempuan yang kene banyak kelengkapan. Tak macam lelaki yang cuma perlu 2 3 barang je. Ok next entry cik belbel apa beza lelaki dengan perempuan bila membeli belah.

Bak kata menteri kita buatkan dua kerja untuk menampung kos sara hidup Semakin banyak kerja kena buat semakin kurang lah masa untuk bersama orang tersayang/ family. Betul tak ?

Ok bagi cik belbel setiap bulan dengan gaji RM1000+ boleh lah..


  1. Jangan lupa bagi duit untuk ibu bapa - benda ni memang perkara wajib yang cik belbel akan  buat bila cik belbel dapat gaji. Masa mula mula kerja memang agak berat. Yelah duit sendiri kot. Tapi mak cik belbel jenis akan minta. Sebab dia tahu anak dia bukan jenis menyimpan
  2. Belanja ibu bapa makan - Selain bagi duit cik belbel akan belanja diaorang makan. Mak cik belbel selalu pesan kalau kita ikhlas beri sedekah terutama kepada ibu bapa insyaAllah Allah akan cukup kan kita walaupun masa tu kita memang tak ada duit.
  3. Beli barang yang PERLU sahaja - kita ni orang perempuan macam macam nak beli, baju lah seluar lah tudung lah. Macam cik belbel ni tudung dah sekodi tapi tetap nak beli lagi. kalau boleh semua kaler kene ada. tak boleh mcm tu. tu nafsu semua tu.
  4. Elak kan diri dari berhutang - Cik belbel ni memang spesis manusia yang tak suka berhutang sebab cik belbel sendiri tak suka bagi hutang dnegan orang. Jadi tolong lah elak kan diri dari berhutang. cik belbel ni ada satu hutang iaitu PTPTN ! Tu pun dah rungsing kepala dok mikir cam ne nak bayar. 
Ok cik belbel share 4 Tips dulu. Sebab ni yang cik belbel amalkan setipa bulan. Macam cik belbel kata lah tak kisah lah gaji berapa asalkan guna untuk benda yang betul insyaAllah Allah akan cukupkan duit kita.

Macam satu masa haritu dah hujung bulan sebab cik belbel gaji awal bulan kan. Hujung bulan tu dalam bank cik belbel ada rm56.87 dan cik belbel ada masa seminggu lagi nak sampaikan gaji. Perit nya ya ampun. tapi dalam masa seminggu ni cik belbel rasa macam cukup je duit. duit makan cukup duit minyak cukup. tak rasa macam terbeban. tiba-tiba boss cik belbel bagi duit minyak sebab cik belbel ada pergi branch lain. HEHE
Mugkin sebab cik belbel sellau guna tips kat atas ? mungkin jugak lah kan. Siapa lah kita nak kira rezeki orang ni. Yang penting ibu bapa. Apa- apa dahulu kan ibu bapa.

Sekian cik belbel membebel. HHAHAHAHAHAHAH

12.1.16

DAPAT HADIAH DARI LYNK.MY

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi cik belbel rezeki harini.
Siapa ingat dengan contes MENANGIS BACA CONTEST REVIEW LYNK.MY NI  dan cik belbel tak de berharap pun untuk menang sebab kalau korang baca mereka banyak pertandingkan Blog yang Top SEO, Blog Creative, Link Creative. Tapi kalau tengok blog cik belbel ni belum lagi sampai tahap macam tu sebab cik belbel ni pemalas. Nak update blog pun setahun sekali.

Cik belbel dapat tahu contest ni pun dari entry Sifu Hasrul Hassan. Dia ada update dekat Facebook yang dia ada join contest ni. Tapi sebelum ni cik belbel memang ada guna khidmat Lynk.my ni untuk buat shortener url. Jadi cik belbel baca punya baca, last sekali ada kata peserta 50 terawal akan dapat hadiah saguhati dari iKedai.

Nampak tak cik belbel tersenarai dalam list tu. HUHU

Disebabkan cik belbel tahu yang cik belbel tak kan menang untuk kategori yang power tu jadi cik belbel dengan bersungguh dok fikir entry yang menarik untuk layak join contest review lynk.my
Jadi cik belbel pun tersenarai lah dalam list top 50 ! HAHAHAH

Taraaa !! ni lah hadiahnya. Terima kasih iKedai untuk hadiah ni.

Macam dapat surat cinta pulak rasanya. HAHA

Inilah yang di dalam sampul berwarna coklat tu. Wahhh tak sangka dapat charge phone. Macam tahu tahu je cik belbel punya charge dan nak rosak. 

Selain boleh buat charge. Charge Sync Cable ni boleh digunakan untuk bukak botol. Macam botol kicap tu. Haaa kalau penutup botal hilang ke boleh la guna benda alah ni. Function dia 2 in 1 jugak lah kan.

Rasa teruju sangat bila dapat hadiah ni. Yelah bukan senang orang nak bagi kita hadiah kan. Terima kasih ye ye ye.
Jadi korang dah tahu kan apa keistimewaan Lynk.my ni. Lepas ni kalau nak share link panjang berjela tu boleh lah short kan di Lynk.my ni. Senang bangat dehhhh..

Korang yang join tu dah dapat hadiah belum? Meh lah kongsi dengan cik belbel. 





SEGMEN MINI GIVEAWAY BY SI CUBBY

-Assalamualaikum-

Minggu ni cik belbel akan merajinkan diri untuk mengupdate blog ni. Sebab dah terlalu lama blog ni tersadai lemah tak bermaya kan. HAHA
Tak kisah lah update pasal apa, pendek ke panjang entry tu. yang penting kene ada update sebab senang pihak advertiser dari segala pihak nak tengok blog kita.

Ok harini cik belbel nak join satu segmen yang dijemput khas untuk cik belbel. HAHA


http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html
*klik banner dan join*

Ok segmen kali ni tak mudah yang disangka *lap peluh*
Segmen Si Chubby ni dia dah letak kan syarat. Nak tahu apa syarat? kene lah terjah Blog Si Chubby ni.

Ok yang ni syarat wajib kene buat. And cik belbel done !


Syarat yang cik belbel kene buat adalah kene jawab soalan Si Chubby ni


Impian ? HAHAHAHAA 
As a girl yang masih bujang dan hot impian cik belbel sekarang adalah mencari calon suami. *berani mati impian aku ni, mak please jangan baca* 
Tapi betul apa, dengan umur sekarang ni cik belbel memang patut pasang impian untuk mencari calon suami yang sesuai dengan perangai gila cik belbel ni. jadi sesiapa yang baca ni boleh lah isi borang untuk berkenalan dengan cik belbel ye, HAHA

Usaha ? HAHAHAHAH
Apa usaha ekk nak cari calon suami ni.. usaha cik belbel cuba jadi terbaik sebab orang cakap pasangan kita nanti ibarat cermin pada diri kita. Jadi cik belbel kena lah cuba ubah diri ni kepada lebih baik. Cuba buang sifat kebudak budakan tu. jadi lebih matang. Lebih semangat nak cari calon !! matilahhhhh.. HAHAHAH

Kalau Tak Tercapai ?? HAHAHAH
Ishhh jangan lah cakap tak tercapai. Tak sanggup cik belbel nak jadi anak dara tua uolssss.. sentiasa fikir positif insyaAllah impian cik belbel tu akan datang. Cuma masa je tak tahu bila sama ada cepat atau lambat. Tapi kalau cari sendiri tak jumpa kena suruh mak carikan lah jawab nya !! HAHA

Haa amek kau panjang berjela jawab soalan si chubby ni. Please baca dengan penuh perasaan ok.

Syarat seterusnya cik belbel kene tag 2 orang rakan blog. Siapa ye nak jadikan mangsa.
http://seindahcerita.blogspot.my/ 
http://norshamimi.blogspot.my/
Tahniah anda dipilih menjadi mangsa tag cik belbel !. HAHA
Yang lain jangan lupa join juga. Syarat mudah dan hadiah menarik !!

*********
Segmen ni akan tamat pada
20 Januari 2016 

10.1.16

SIMPLE SEGMEN BLOGLIST NUR NAJAH

-Assalamualaikum-
*kllik banner untuk join*

Ok entry kali ni cik belbel nak join satu segmen yang di anjurkan oleh Blogger Nur Najah ni. Sempena blog Nur Najah ni bertukar menjadi baru dia anjurkan segmen mencari bloglist baru untuk dia selalu keep in touch dengan blogger lain. Cik belbel baru buka blog ni harini jadi cik belbel tengok shoutbox ada jejak dari Nur Najah ni yang invite cik belbel join segmen dia sebab ni salah satu cara untuk kita tingkat kan trafik blog  

Segala syarat dan terma korang boleh baca dekat blog Nur Najah ni dekat klik banner kat atas tu je. 
Syarat dia sangat mudah dan senang. 

Harapan cik belbel join segmen adalah untuk menang !!! hahahaha

*********
Tarikh tamat segmen adalah 11 Januari 2016
 Bukan 18 yeeee

8.1.16

CPUV TAHUN BARU DARI TOYOTA

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah cik belbel update lagi entry pasal CPUV Nuffnang ni. Harini cik belbel buka Nuffnang nak check lah ada berapa visitor. Check lah sekali kot ada Cpuv sangkut kan. Alhamdulillah da sangkut.


bertambah lagi rezeki hakak uolss. Korang semua terima kasih sudi singgha blog cik belbel ni. Terima kasih pihak Nuffnang dan pihak advertiser yang sudi pilih blog cik belbel. korang dapat cpuv apa ? Jom share link kat komen cik belbel. Boleh cik belbel singgah. 


6.1.16

TARIKH PEMBERIAN BR1M TAHUN 2016

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah masuk sudah kita ke tahun 2016. Rasa macam baru je cik belbel update pasal Tarikh Pemberian Br1m Tahun 2015  ni dah masuk tahun 2016. Dapat lagi BR1M ye dakkk.

Tarikh Pemberiam BR1M tahun 2016


Waaahh cik belbel kategori mana ni ekk. HAHAA
Gunakan duit BR1M ni sebaiknya. Kalau boleh gunakan sampai setahun ye. kita tak tahu apa akan terjadi dalam masa setahun ni. Kita kena ambil duit ni sebab ni hak kita. Dia dah bagi untuk kita so kita amik jelah yedak ?

Kepada yang tak sempat nak kemas kini BR1M tu minta maaf ye sebab tarikh kemas kini BR1M hanya sampai hujung tahun 2015 sahaja. Segala maklumat mengenai BR1M 2016 boleh tengok dekat SINI 


CPUV TAHUN BARU SANGAT....

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menupdate blog ni. Mungkin lepas ni kalau korang dah takde nampak cik belbel update blog berpuluh puluh tahun mungkin masa tu cik belbel dah takde dalam dunia ni. Cewaaahh !


cik belbel ada juga CPUV tahun baru. hehe
CPUV cik belbel tak banyak sebab cik belbel kurang ptaktik kan CARA DAPATKAN CPUV kalau cik belbel rajin  guna cara tu, mesti cik belbel boleh dapat income masyuk punya !

Terima kasih pihak advertiser and pihak Nuffnang sebab sudi bagi cik belbel merasa Apa itu CPUV, CPC dalam Nuffnang ni korang patut baca tips tips cara nak dapat cpuv ni. InsyaAllah blog korang akan dikenali oleh advertiser. 

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu