-Assalamualaikum-
Halooooo halooooooo.
Fuhhhh dah berapa bulan tak update blog ni. Last update haritu pasal
"Move On Please !" tu pun bulan November punya post. Sadissssss :(
Ok harini cik belbel nak update blog pasal percutian bajet cik belbel ke cameron highland. Kenapa bajet? Bila cakap pasal bajet je mesti lah sebab cost yang murah dah sikit. Tapi dapat pergi banyak tempat. HAHA
Ok cik belbel bagi nama percutian bajet sebab cost yang cik belbel keluarkan tak sampai RM200 pun. Memang lah sebab cik belbel ada kawan kampung dia dekat sana memang lah bajet sikit je. Haha
Cik belbel pergi Cameron ni bukan hari cuti. 3D2N pergi hari ahad balik hari selasa.
Korang pun kalau nak pergi ke Cameron Highland tu cik belbel akan suggestkan korang stay chalet kawan cik belbel.
1. Ros Chalet
Ros Chalet ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Chalet ni berada di dalam kawasan Taman Sedia. Kalau nak ke Brinchang tu dalam 15-20 minit juga sebab biasalah kan jalan Cameron pusing pusing buat kepala hakak jadi pusing, Hehe. Kalau jalan lurus tak ada nya sampai 15 minit mungkin dalam 10 minit macam tu.
Bilik dia ada 3 jenis kalau tak salah cik belbel. Dan range harga dalam RM100- RM200 mengikut harga besar bilik yang korang ambil lah. Jangan risau bilik dia banyak dan sangat selesa. Ada bilik yang ada katil single, deluxe ( sesuai untuk family ada anak ) dan yang besar ada dua deluxe dan satu katil single. Bilik ni tak payah ada aircond pun takpe sebab kipas yang diaorang sediakan belum tentu kita guna. Bila dekat Cameron ni yang paling penting adalah hot shower !! Haha. Kalau tak ada hot shower ni mandilah pakai air paip yang rasa macam air ais tu. mengigil dia masyaAllah ! Setiap bilik juga ada sediakan tv berserta astro dan juga wifi.
Untuk booking boleh call num Ros Chalet di atas :) kalau datang tak call nangis tak da chalet kosong lagi lagi masa hari cuti.
2. Lavender Garden
Ok ni kawasan Lavender Garden. Senang kata tempat wajib pergi kalau pergi Cameron ni. Actually tak semua bunga tu bunga Lavender. Ada je bunga kawan lavender tapi warna dia sama macam lavender si diaorang sumbat juga masuk dalam kawasan lavender. Banyak lagi gambar kat Lavender Garden ni nak share tapi yang loading je kalau korang baca blog cik belbel ni.
Tiket nak masuk ni harga dia RM8 untuk dewasa kalau tak salah. Dan untuk kanak kanak RM5. Sampai je tempat ni teruja dia ya ampunnn. Sana sini kiteorang ambil gambar. Yelah dah bayarkan ambil je lah gambar sapa nak marah. Hehe. Kawasan dia agak luas, bahagian atas tu dieorang tanam bunga-bunga lain selain lavender. Cantik sangat ! Dengan cuaca sejuk. Tapi kalau siang sejuk tu tak terasa sangat. Kalau malam ye sejuk. Cik belbel yang bukan kaki pakai selimut ni pun dieorang dieorang sediakan comforter cik belbel selubung sampai atas.
Tak rugi lah kalau pergi Lavender Garden ni. Kat sini juga korang boleh petik bunga kat bahagian atas tu. Harga dia tak sure berapa sebab cik belbel tak petik. Kalau aiskrim lavender dia harga RM5.50 sedaaapppp !
3. Ladang Teh Boh ( Ombak Rindu)
Part yang ni sedih sikit. Lepas pergi Lavender Garden tu cik belbel di bawa ke Ladang Teh Boh atau lebih dikenali dengan Ladang Teh Ombak Rindu. Kenapa Ombak rindu?
Ni lah tempatnya. Tapi yang sedihnya bila cik belbel sampai depan guard nak masuk ladang tu selepas berpusing pusing naik ke atas ladang ni akhirnya dia kata "No Entry" sebab hari isnin dia tutup lah !!!! Huwaaaaa :( sedih nyaaaa. Disebabkan cik belbel tak dapat nak masuk dalam ni jadi cik belbel tak dapat nak bagitahu berapa harga untuk masuk tengok ladang teh ni. Tapi dalam bawah RM10 rasanya. Walaupun kiteorang tak dapat masuk dalam atas tu tapi kiteorang sempat je ambil gambar kat kawasan tepi tepi gaung tu. Haha cantik juga. Boleh menjerit sekuat hati kat situ sebab tak ada orang tu kat situ. Seronok dapat main jerit jerit ! haha.
Nak naik ke atas Ladang Teh Boh ni jalan dia agak bahaya sebab semua selekoh dia tajam. Korang kena selalu main horn supaya orang depan tahu yang korang ada dalam kawasan tu.
4. Taman Rama-Rama
Hmm dalam taman rama-rama ni cik belbel tak dapat nak share banyak gambar sebab tak banyak gambar ambil time ni, battery drain! Haha, tapi kat sini banyak rama-rama, boleh pegang sendiri rama-rama tu tau ! Cuma tak boleh nak ambil kalau rama-rama tu tengah terbang. Sebab ada cctv dalam tempat rama-rama tu. Selain rama-rama banyak juga binatang yang ada. Ibarat tempat ni macam zoo lah. And kat belakang sekali ada kebun bunga. Banyak sangat bunga. Kat sini dieorang ada sediakan khidmat gambar. dieorang akan ambil gambar dalam kadang rama-rama tu and harga sekeping gambar RM8 dua keping RM15. Harga tiket nak masuk taman rama-rama ni RM7.
Senang je nak jumpa taman rama-rama ni. Lepas turun dari Ladang Teh Boh korang akan lalu jalan, dan taman rama-rama ni tepi jalan tu je.
5. Tempat makan (Lupa nama apa)
haha ni kelakar. Disebabkan tempat makan ni tak ada dalam wish lish tempat cik belbel nak pergi, sebab tu cik belbel tak dapat nak ingat nama tempat ni. Kawan cik belbel bawa kiteorang makan kat sini. Sedap ada makanan base on strawbery. Selain dari tu kat sini ada kawasan ladang strawbery yang besar. Kalau nak petik strawbery kat sini sangat dialu alukan. Selain strawbery ada juga sayur sayur organik sebab dia bukan di taman atas tanah tapi satu tempat khas laluan air.
Seronok makan dekat sini. Banyak sangat bunga bunga. Cik belbel sempat lah beli satu pokok bunga apa entah nama dia untuk bawa balik kat bawah. Alhamdulillah sampai sekarang pokok tu hidup lagi. Nak bawa balik pokok strawbery membazir lah pula. HAHA
Actually ada lagi tempat yang cik belbel pergi tapi tak sempat nak update. Contoh macam Ladang Teh Bharat. Vagetable Farm dan tempat nak peti strawbery yang lain. Disebabkan cik belbel stay Ros Chalet. Cik belbel boleh petik strawbery dari ladang Ros Chalet je. Nak balik tu boleh terus petik. Fresh fresh dari pokok.
Nampak tak? Bajet yang cik belbel senaraikan tak sampai RM200 kan. And Cameron Highland is the best ever ever tempat nak bercuti. Sebab sejukkkkkkk !!!! Cik belbel cold lover !