Hi selamat pagi !!-Assalamualaikum-
Harini cik belbel nak update pasal ujian psikometrik sebab cik belbel pun ada dapat email untuk ujian psikometrik untuk Pertubuhan Peladang dengan kerjasama SPA.
Mula-mula dapat email tu cik belbel macam lost juga apa benda ujian psikometrik ni kan. Tapi sekali baca cik belbel rasa macam ujian psikologi kot. Haha. And cik belbel start lah google apa itu ujian Psikometrik ni. And YES ! ujian psikometrik ni memang spesis ujian spikologi sebab soalan dia semua bukan pasal pengetahuan am ke pasal negara ke, tapi more to diri sendiri.
Ujian Psikologi ni untuk mengesan korang punya personaliti, cara berkomunikasi, kebolehan bertoleransi, cara bertutur dan macam-macam lagi lah. Apa yang cik belbel baca ujian ni tak ada jawapan salah atau betul. Tapi jawapan itu hanya pilihan tentang diri korang je.
CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK1. Apabila mendapat peluang, kita tidak lagi perlu berusaha
A .Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
2. Walaupun dimana saya berada, saya boleh menyesuaikan diri
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
3. Saya tidak perlu membalas budi rakan baik saya, kerana dia merupakan kawan baik saya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
3 jelah contoh yang cikbelbel boleh bagi sebab cik belbel pun dapat dari google tapi tak pasti sama ada soalan akan dikeluarkan untuk ujian kali ni atau tidak. Tapi kita diberi masa 60 min/1 jam untuk menjawab 90 soalan. HAHAHA gilaaa ahhh
So sesiapa yang akan menduduk ujian psikometrik ini cik belbel wish good luck and all the best semua. Semoga ada rezeki kita nanti.