Showing posts with label #TipsCantik. Show all posts
Showing posts with label #TipsCantik. Show all posts

25.1.16

TIPS CANTIK : KURUS DENGAN MAKAN BUAH

-Assalamualaikum-
 Wahhh semakin hebat cik belbel sebab berani share Tips Cantik walaupun cik belbel tak cantik. Cik belbel kategori lain lah !! Korang apa tahu *Jeling tajam*

Ok cik belbel ada terbaca artikel ni dalam migguan wanita. 2 jenis buah yang sesuai kita makan untuk diet. Menarik juga artikel ni kan. Makan buah je boleh kurus ? Memang lah boleh kalau tak makan nasi setahun ! KAHKAH


Epal hijau
Dengan makan epal hijau atau minum jus epal ni sekurang kurang nya satu biji sehari selama satu minggu dapat membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah otot perut). Boleh menghakis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. Kebanyak kan gandum zaman sekarang mengandungi kimia. Bahan kimia itu lah yang menyebabkan warna asalnya kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser. Epal hijau ni kan masam jadi sesuai untuk memproses makanan yang terdapat di dalam perut.

Nota : Kalau makan epal mentah, epal boleh dimakan bersama makanan lain. Tapi kalau jus tak boleh dimakan bersama dengan yang lain. Kalau nak juga makan yang lain kene tunggu selama 15-20 minit.


Lemon
Lemon ni sesuai dimakan semasa bangun pagi dan juga sebelum tidur untuk mendetoksifikasikan perut kita.  Lemon ni khasiat ni sangat berbeza dengan limau yang lain. Kalau limau nipis sesuai juga kalau untuk kuruskan badan. Boleh dicampur untuk membuat air detok. Lemon ni masam dia lebih dari limau limau yang lain. Untuk mengurangkan masam lemon ni boleh lah ditambah dengan madu asli ye. Bukan madu tiruan sebab madu tiruan sekarang gula dia pehhhh tak hingat dunia.

Ok tak Tips Cantik kali ni ? Agak agak boleh amalkan tak bella ? *cakap dengan cermin* HAHA
Kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah macam epal hijau tu. 


23.1.16

TIPS CANTIK : 6 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN

-Assalamualaikum-
Pehhwwww !! mentang mentang Qu Puteh ada masalah. Cik belbel terus buat Tips Cantik kan. Haha tips cantik ni cik belbel dapat idea bila sister cik belbel dok merungut dengan "double chin" dia. Sebenarnya cik belbel pun ada masalah double chin ni *hehehehe*

Tapi cik belbel tetap nak share dengan korang macam mana nak hilang kan double chin ni. And cik belbel juga akan praktik kan supaya double chin cik belbel ni hilang ! Shuuuhh shuhhh double chin !
Say no to double chin !

Hasil carian imej untuk double chin
Gambar sumber Google.com
Gambar sekadar hiasan
Cik belbel tak kenal dia lah ! 

  • Dilarang tidur waktu siang.
Kapa tak boleh tidur siang? Aktiviti tidur siang ni akan membuatkan muka kita jadi sembab dan lesu. Betul tak ? Dulu time sekolah or time study memang habit gila kot tidur siang ni. Especially lepas zohor tu. Pehhh setan menari nari je kat mata sebab baru lepas makan tengahari kan. Bila muka kita sembab atau "membengkak" itu akan membuatkan kita jadi makin berisi.



  • Pemakanan wajib dijaga 
Baca je cara kedua ni mesti ramai cakap " Eleehh memang lah kena jaga " Kalau memang jaga kenapa ada double chin ? Makanan kena lah seimbang. Elakan makanan berlemak. Macam yang kita tahu orang yang berbadan basar macam cik belbel ni  memang selalu ada masalah double chin ! (So bella behave ur food!!!)


  • Urutan wajah dan juga dagu
Urutan wajah ni seeloknya dilakukan setiap hari. Donggakan kepala kemudian urut secara perlahan lahan. Urut di bawah dagu. Lakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan ni pun boleh melancarkan darah.


  • Masker putih telur
Haaaa ni cik belbel selalu buat kalau hujung minggu. (Tu pun kalau rajin lah). Macam yang kita tahu bila ada double chin ni akan ada kulit yang berlebihan sebab saiz dah semakin besar. Jadi bila kita buat masket putih telur ni ia boleh menegangkan kulit wajah kita. Selalu cik belbel buat putih telur campur denga lemon. Lemon pun banyak khasiat untuk kulit kita. Bau putih telur agakkkkk boleh tahan lah. HAHAHA Nak cantik kan !!!!


  • Ketawa atau bercakap
Tak percaya ketawa boleh hilangkan double chin ? Cuba lah ketawa sebesar mulut buaya bila nak makan. Apa korang rasa bila mulut dah tenganga sebesar tu ? Rasa tegang kan. Tu pun merupakan tips untuk hilang kan double chin ni. Kira macam senama wajah lah kan. Sebab tu banyak perempuan suka bercakap/membebel sebab dia nak hilang kan double chin. Korang lelaki apa tau !!!


  • Bersenam
Yang ni tips yang paling clishe sekali. Selalu yang ada masalah double chin ni mesti ada masalah berat badan juga. Ada korang nampak orang kurus cekeding ada double chin ? Takde kan. Jadi bersenam adalah penting untuk hilangkan double chin. *Esok cik belbel nak pergi bersenam* HAHA.
Sejak dah kerja ni nak bersenam pun takde masa dan juga MALAS. HAHA

Ok tak tips cik belbel share kali ni ? Dah boleh tukar typo boleh ni jadi blog tips cantik cik belbel. Wahhh kerlas kau jah. Bersama sama lah kita menjayakan azam 2016 cik belbel untuk menjadi kurus seperti dulu kala ! KAHKAH.

Korang dah boleh kategorikan cik belbel macam mana kan ? *jelinggg*

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu