21.9.15

ASAM PEDAS MELAKA KE NI ??

-Assalamualaikum-
 Good morning semua! semalam hari ahad yang lalu cik belbel ada jalan jalan dekat Bandaraya Melaka! Boleh tahan nak patah jugak lah kaki ni. Ok cik belbel bukan nak cerita pasal trip cik belbel ni dulu tapi cik belbel teruja nak cerita pasal satu tempat makan yang cik belbel sendiri dah makan dekat situ.


Kedai dia berdepan dengan menara taming sari. Asam Pedas JR.
Ok cerita dia macam ni, kitaorang sampai melaka dalam tengahari. So cari lah tmpat makan, dan sorang daripada kitaorg ni teringin nak makan ketam. Ok lah kitaorg pun nampak kedai ni. Masuk dan duduk. Makanan di kedai ni base dia asam pedas dan makanan laut sahaja.
Cik belbel and the geng order lah 

Nasi tiga pinggan
ketam goreng 3 ekor
udang galah 2 ekor
Telur ikan asam pedas ( cik belbel minta sikit je )
Ikan pari asam pedas ( sekelar )
Air teh o ais 2 air oren 1 dan air kosong 1.

Dan yang sampai...


Nasi tiga pinggan 
ketam goreng tiga ekor 
Udang galah 4 ekor
telur ikan asam pedas 4 ketul ( besar ) 
Ikan pari asam pedas 2 kelar
Air teh o ais air oren 1 dan air kosong dalam cawan yang orang biasa berniaga kat pasar.


udang dia memang besar besar. Tapi tak fresh, bila kita dah selalu makan seafood kita akan tahu sama ada udang tu udang baru atau lama. Daging dia dah lembik tu yang buat kitaorg tahu udang tu dah di simpan lama.

Dia dihidangkan dengan kuali sekali. Agak banyak untuk makan sorang. 
Dan rasa asam pedas dia tak power.
Bila dia cerita pasal makan ni susah nak describe sebab tekak orang lain lain kan. Ada yang suka pedas ada yang tak. 
Mungkin tekak cik belbel dah terbiasa makan asam pedas Johor jadi bila makan asam pedas melaka ni macam kurang kene dengan tekak.

Dan sebenarnya kitaorang tak expect harga dia makanan ni sampai RM 172.00! !!!
Hahahaha
ni first time cik belbel makan bertiga dengan harga RM 172! !!

Mungkin bagi yang dh biasa dengan makanan seafood kata 
"oklah tu harga dia dengan apa yang korang makan "
Apa komen korang?





No comments:

Post a Comment

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu