13.10.14

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #11 MIALIANA.COM

Assalamualaikum. Jeng Jeng ! Segmen lagi. Mari join !
Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

SEGMEN BLOGLIST NOV14 BY ADELINE

Assalamualaikum..
hahahaa, jangan korang tanya kenapa asik blog cik belbel je dok naik kat dashboard korang.
Yelah iolss kan dah habis study nak tunggu kerja tu lambat.. sementara tu marilah kita join segmen ni dulu !! hehe
http://adelinelah.blogspot.com/2014/10/segmen-bloglist-november-2014-by-adeline.html

Ni segmen GA ketiga tau cik belbel join. harap harap adalah rezeki. kalau tak menang pun tak pe, kita boleh cari kawan baru. #muahciked

TERIMA KASIH EN NUFFNANG ! MUAH CIKED

Assalamualaikum. 
Ehem ehemm.. nak tengok something tak ?
ehemm ehemm..
Nuffnang bagi kita ni !!! 
terima kasih en nuffnang setelah penat kita menunggu awak !!
Kalau korang jumpa iklan iklan ni please klik.. muah ciked !


FIRST SEGMEN BERSAMA SARA LIYANA

Haaaa Assalamualaikum. Entry lepaas dah terobek teropong tertonggek tergolekkan. Entry ni pulak entry segmen cari publisiti uolss!!

http://azraalyana.blogspot.com/2014/10/first-segmen-sara-liyana.html

Anda blogger? Tak ada keja? Mari kita main segmen yang mudah senang dan menguntungkan. (Tak kretip? Hmm.. *nangis)

6.10.14

NAK KURUS? JOM KITA CUBA CARA DIET ATKINS!

Assalamualaikum..
Apa nak kurus???
Ehhh sama la kita.. rasa segan nak upload picture bebanyak bila dalam gambar tu kita nampak gemok kan?
Ok sister cik belbel ada story pasal diet.
Tapi bagi cik belbel kalau diet beriya tapi terbongkang depan tv macam buaya buat apa ye dakk. 

Cik belbel search punya search terjumpa lah satu diet yang tengah famous kot sekarang ni.
Korang tahu DIET ATKINS? 

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan  berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Untuk permulaan diet kita tak boleh la terus tak makan. Nak mati ke hapeee. Haha
Untuk diet atkins ni ada 4 stage yang korang kene lalui. Ehh korang??? Ok KITA. Haha

STAGE DIET ATKINS
  1. Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  1. Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan )
  1. Pre-maintenance
  1. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu ( paling kurang ) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda/ lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan ( atau kedua-duanya sekali ), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Apa??? Dua minggu je dah boleh susut?? Ye memang boleh kalau ikut pantang larang dia and BERSENAM.

JADUAL MAKANAN 2 MINGGU !!!
Haaa ni jadual makan untuk diet atkins. Nampak susah kan and mesti terfikir kenyang ke?? Nak kurus kene la korban..

HARAM MAKAN SELAMA 2 MINGGU!!!
  1. Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  2. Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  5. Minuman bergula, milo jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  7. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  8. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  9. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  10. SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  11. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  12. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  13. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)
  15. Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
MAKANAN BOLEH MAKAN !!
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Rumpai laut.
  11. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  12. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  13. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  14. Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
SYARAT SYARAT SEMASA TEMPOH 2 MINGGU !!!
  • Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda.  (Penting)
  • Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  • Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
  • Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
  • Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
  • Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
  • Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, kemungkinan ada gula dalam masakan.
  • Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
  • Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan..)
Nampak susah kan ? bak kata pepatah besusah susah dahulu bersenang senang kemudian kan. cik belbel pun nak try diet ni, jom sama sama !! 
apa yang cik belbel nampak dengan diet ni kan, selain  boleh kurus dia jugak boleh jimat duit !! 
Apa lagi.. jom sama sama kita berdiet dan jangan lupa bersenam !! :)
caiyokkkk !!

before tu jom kita like page diet atkins.

4.10.14

GIVEAWAY PERTAMA SITISAB

Assalamualaikum wbt...
Dub dab dub dab pestimee cik belbel join Giveaway uolss. Teringit pulak nak try. 
Ni haa Giveaway Pertama yang Sitisab buat

Giveaway Pertama Sitisabwww.sitisab.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html?m=0

Haaaa marilah kita sama sama support sesama blogger. Tak rugi apa pun kita join kan uolsss...
Cik belbel tag !!
Cik Aqilah
tengkubutang
eyraonlinediary
http://azyanramle.blogspot.com

Cik belbel dah join anda bila lagi.
*Kenyit mata sikit*






2.10.14

IKLAN DALAM BLOG SELAIN NUFFNANG

Assalamualaikum
Harini cik belbel nak share sikit pasal satu iklan selain dari iklan nuffnang ni
mana cik belbel dapat info ?
mamawanie79 punya blog la uolss
setelah cik bebel kaji punya kaji punya kaji,
ada yang mengatakan iklan HeartBeats ni tak kan menggugat kita punya Glitterity Nuffnang tu.
Kalau korang ada jumpa mana mana info yang kata BOLEH MENGGUGAT tolong info cik belbel ASAP tau !
Korang boleh review blog ni untuk kepasti bagi yang ragu ragu tu yee

Okeeyy bertenang cik belbel akan bagitahu rahsia macam mana nak register this iklan.

STEP 1 : Go through kat Iklan ni heartbeats
STEP 2 : Lepas dah klik iklan tu. Korang kene cari banner macam ni 
or

STEP 3 :  Korang jumpa macam pic kat bawah ni. korang klik dekat CREAT ACCOUNT.

STEP 4 : Macam biasa lah kene la isi form ni. then agree dengan syarat semua lepas tu continue
 

STEP 5 : Lepas account korang dah siap di register korang akan jumpa macam kotak CREAT ACCOUNT tadi tapi ni dia tulis HB AFFILIATE kalau tak salah laahh. Korang klik ilan tu dan isi lagi sekali form. hehe.

STEP 6 : After dah siap maka korang dah menjadi ahli HEARTBEAT ! yeayyyy  kite geng !

STEP 7 : Korang cari kotak tulis COPY CODE. Lepas dah copy koranng paste la kat html blog korang. dia boleh pilih sama ada nak vertical horizontal or korang tengok lah. haha

*OK apa macam ? berjaya? Kalau tak berjaya comment cik belbel dengan cepat. Selagi cik belbel ada wifi laju ni zupppp cik belbel akan terangkan kat korang. 
* selamat berjuang all blogger ! jyeahhhh 



1.10.14

SALAH SATU TEMPAT MENARIK DI JOHOR. MENARIK KE??

Hai Assalamualaikum.
Ok harini cik belbel nak kongsi tempat menarik kawasan johor ni. Mesti korang familiar kan dengan Gunung Ledang. Banyak dah mitos mitos yang kita dengar bila sebut gunung ledang. Before final start kiteorg satu group buat rombongan cik kiah pergi Gunung Ledang uolss!!! dah la cik belbel ni memang suka dengan mandi manda ni, bila orang offer ajak pergi gunung ledang apa lagi iolss terus packing barang je lahhh... hehehe
Nak pergi gunung ledang ni dari uitm segamat johor. Opsss!!! Tak lah jauh mana. Around 30 minit dah boleh sampai. Gunung Ledang ni masuk area tangkak tau. Bukan segamat ye kawan kawan. Dah macam belajar goe la pulakk. Anyway korang review la gambar memori ni
Amboi excitednya muka iolsss. Segan mak nakk. Almaklumlah iols kan hantu air.


Group mak jemah nak balik dari camping sekolah. Agagaga

Kitaorg tak panjat sampai atas gunung ledang ni sebab dah tak larat uolss. Kalau uolss pergi sini pergi la panjat sampai atas. Kawan cik belbel kata air dia sejuk bangat. 

Ni part kawasan gunung ledang

Ni lagi satu benda menarik kat gunung ledang ni. Ada ikan gigi kaki uolsss ! Nampak tak ikan gigit kaki tu? Tak nampak ? Takpelah.. haha

Cam ne nak panjat sampai atas kalau bawak barang macam nak pergi balik kampung😂
Kitaorg bawak makanan yang kiteorg masak sampai atas tu yang semput. 😍


Ni lahh rombongan cik kiah uolsss. 

Dah lama nak update entry ni tapi di sebabkan internet yang macam siput sedut kat kampus jadi baru harinilah korang dapat baca. Haha
Have fun guys!!😍😘😘

21.9.14

Tempat Menarik Di Melaka Dan ENT Sudah Habis !!

Assalamualaikum wbt
Ya Allah gembiranya hati ini kerana subjek yang paling memenatkan untuk semesta akhir diploma in banking ni telah berakhir. Subjek ENT ni bukan ka satu subjek yang susah, sesapa yang minat dengan business  tu kompom la enjoy bila buat subjek ni. Tapi bagi cik belbel subjek ni sangat memenatkan dan membazir duit! Nak print sana print sini. Anyway kepada sesiapa yang belum or akan menerima subjek ni especially dekat uitm harap dapat buat dengan baik. #pesancikbelbel masa present jangan takut, cobfident je apa korang present walaupun salah. Untuk part marketing dengan financial panel memang suka la attack ni. Market size tu kalau boleh explain betul. Tak payah takut lah sebab panel tu tatau pun apa yang korang buat.
Ok ni lagi satu story yang cik belbel nak share dengan engkorang. Entry before ni cik belbel ada cerita pasal vacation kelas cik belbel kat melaka kan.
Haaa ni diaaaaaa
Coconut shake pangkalan balak.
Sumpah sedap. Harga dia dalam rm3++.
Cik belbel ni jenis tekak susah nak terima air kelap tau,bila bila coconut shake teringat ingat je. Selain dari coconut shake klebang. Ni lagi salah satu tempat yg patut korang pergi.


2.7.14

T U T O R I A L : CARA NAK DOWNLOAD LAGU (MP3)

Bismilahirahmanirahim.
Yuhuuu selamat hari berpuasa yang ke 4. Sekejap je kan dah masuk ke 4.
Lagi 25 hari lagi kita akan berjumpa raya.
Kepada yang dah bekerja or dah berkawin tu siap siap lah sampul duit raya ye. HAHA
Entry siang siang ni tak boleh nak buat entry makan ye dak. Kang ada pulak yang terliur, dah makruh.
Ok, harini cik belbel nak kongsi sikit cara nak download lagu. Sebab ramai yang tanya cik belbel kat mana nak download lagu sebab selalu mesti ramai yang guna 4shared tu kan.
Tapi sekarang 4shared tu macam berhantu sikit. HAHA

Ok ni common cara yang cik belbel selalu gunakan untuk download lagu yang cik belbel suka lah ye.
CARA PERTAMA :
1. Pergi ke Youtube and cari lagu apa yang korang nak download.
2. Copy url yang dekat atas tu. Contoh url yang kat bawah ni.



3. Korang copy url tu dekat Youtube Converter .
4. Lepas dah copy paste korang convert lah and nanti dia keluar link download. SIAP !

 CARA KEDUA :
1. Korang follow macam cara 1 and 2 yang dekat atas tu.
2 . Korang paste kan dekat KeepVid and download terus.

NOTE : Dalam keepvid ni korang boleh download macam macam jenis format lagu. Bukan lagu je korang boleh download, Video pun boleh. Cik belbel rasa yang ni lebih better la.

CARA KETIGA :
 Korang pergi je link link yang memang khas untuk download lagu 

Selamat mendownload !!
- Kalau ada link link yang lagi best untuk download bagilah comment -




ABC OOOHHH ABC !

Assalamualaikum !!
Sorry lah dah lama tak update blog ni ( tak de lah lama mana pun)
Entry cik belbel harini adalah ABC OOOHHH ABC !
Sedap kan? Nak nak lagi tengok time puasa ni. Saje ke dengki dengan korang. HAHA
Sebenarnya, cik belbel rindu zaman belajar dekat Uitm Bandaraya Larkin. Mungkin tak ramai yang tahu ada wujud satu Uitm kampus kecik dekat situ. Start dari situ lah cik belbel berkenalan dengan ABC Kampung Majidee yang superb ni. Sumpah sedap gila !!
Sekarang ni rasa teringin sangat nak makan. Harga dia tak mahal mana pun 
Special = RM 3.00
Biasa = RM  2.50
Ok what harga dia, dengan coklat kacang, cincau jelly bebulat buah kabung dia semua harga dia sangat berpatutan. Dekat situ bukan ada ABC je ada lah lagi kedai kedai makan macam Rojak Asma, Kedai nasi ayam, Nasi campur. Sebab dia medan selera kan.
Kalau sesiapa nak rasa boleh la pergi cuba. Tak menyesal lah. 

 Ni alamat kalau korang nak pergi 
Medan Selera Kampung Melayu Majidee (Jalan Tebrau Lama), 81100 Johor BahruJohor, Malaysia
 MESTI CUBA !!!



Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu