14.11.14

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER

-Assalamualaikum- 
 
Selamat pagi jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ada adalah rezeki kita join segmen ni. HEHE

Nama pena : Cik Belbel
Link blog : http://blogcikbelbel.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Johor Darul Takzim


Senang je kan segmen kali ni ? Apa lagi mari kita ramai kan lagi yang join :) 

13.11.14

DONUT GEBU GEBU CHEF BELBEL

-Assalamualaikum-
Ok ni cik belbel nak story tadi petang punya kerja.
Disebabkan cik belbel sudah menjadi "suri rumah" sepenuh masa jadi ini lah hasilnya.

Kalau buat sendiri rupa dia memang kurang menarik. HAHA


cara cara senang je nak buat. Cik belbel start buat dalam pukul 3 pukul 5 dah siap.

Bahan bahan 
1/2 kg tepung gandum
3 sudu mentega cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula pasir
1/2 peket yis
sebiji telur ayam
garam secukup rasa

Rasanya tu je kot bahan bahan dia. HAHA

Cara cara
Masuk kan susu dan gula dan campurkan air SUAM. Lepas gula dah larut masuk kan yis tadi dan kacau. Kita kena guna air suam sebab takut yes tu mati. Yelah yis ni macam benda hidup tau. Kalau kita letak air panas matilah yis tu kang. Kalau masuk air sejuk kang kejung pulak yis tu. Ok kita biarkan yis tu sampai dia berbuih. 

Dalam bekas yang lain ayak kan tepung gandum supaya dia ringan. Buatkan lubang di tengah tengah, dan masuk kan mentega yang telah cair. Gaul kan. Setelah sebati masuk kan telur. Gaul kan. Opss ! sebelum tu jangan lupa tambah garam tau. Kang terlupa pulak.

Ok selepas beberapa minit dah yis tu pun dah kembang, Masuk kan yis tu ke dalam adunan tepung tu. Doh tepung ni memang kene lembik sikit sebab nanti dia nak kembang. Lepas dah adun kan semua bahan dan bahan tu pun dah jadi doh boleh la biarkan sekejap bagi doh tu kembang kebabom !

Lepas doh kembang, sapukan tangan dengan tepung *takut tangan melekat* dah ulikan lagi. Lepas tu boleh la bentuk bentuk kan donut korang dan goreng !

OK? Lepas dah siap goreng korang boleh la buat topping dia, nk letak coklat ke gula ke tu semua terserah dehh. 

Dapat? Apa lagi selamat mencuba ! cayyokkkk!

PS ! Donut ni untuk kawan cik belbel yang tak penat singgah blog ni. Ehh jemput makan. HAHA

SARAWAK SHOPPING HAUL'S GIVEAWAY BY SITI YANG MENAIP

-Assalamualaikum-

Halooo haloo rasa macam dah lama tak join GA kan. Asyik entry pasal makan je cik belbel ni.
*klik banner untuk join*

GA kali ni pemenang dia ramai tau. Boleh lah kita reramai join sesama.
Nak tau apa hadiah dia? Ushaa blog cik siti kita.
Selamat bersegmen semua
#MajulahBloggerMalaysia

TAMAT 
16 NOVEMBER 2014

THURS-WORD

-Assalamualaikum-

Setiap hari Allah beri kita peluang untuk kita perbaiki diri. Jangan mengharapkan orang lain sebab belum tentu orang tu sendiri boleh surive untuk diri dia.


12.11.14

BUBUR SENTOSA DI JOHOR BAHRU

-Assalamualaikum-
Bismilah..
Lately cik belbel asyik buat entry pasal makan je kan. Entah kenapa pun tak tahu.
Minggu lepas cik belbel dengan sorang kawan ni pergi lah ronda ronda cari makan dekat kawasan bandar johor ni. 
Kawan : Pernah makan bubur sentosa?
Aku : Tak lagi, tapi macam pemes je.
Kawan : Nak pergi tak ?
Aku : *tengok jam* Ok boleh lah.

Cik belbel nak bagi alamat pun cik belbel bukan tahu sangat jalan dia. Tapi kalau korang waze korang cari je kawasan nama SENTOSA.

Dalam hati cik belbel " Biasa je bubur ni"
YES! Memang nampak biasa tau bubur ni, Tapi bila dah campur kan semua barang barang dia pehh.
Lepas tu kompem korang akan terkenang kenang makan dekat sini.


Kawan cik belbel pesan kerang bakar. Sedap boleh tahan. Kerang dia pun besar besar.
Cik belbel pesan sate tapi lupa pulak nak snap. HAHA

Sate dia not bad la, 10 cucuk harga around RM8 termasuk nasi, timun and bawang.

Kat rumah sebab rindu nak makan bubur ni. Try juga la masak bubur sendiri, rasa dia lain beb ! Haha
cik belbel minat dia punya sambal bilis tu. SODAPPP !

*Kalau datang Johor pergi lah makan dekat sini. Bukan cuma ada gerai Bubur je tau lebih 10 gerai pilihan ada dekat sini. kadang kadang ada juga band yang buat persembahan. Siokkk ahhh !*

11.11.14

JERUK PELAM ASAM BOI YANG SEHANGAT ASMARA

-Assalamualaikum-
Bismilah jemut tengok lagi.. Haha
Fenomena Jeruk Asam boi ni masih lagi hangat diceritakan. Jadi bagi mengikut perkembangan semasa cik belbel dan kakak telah cuba membuat nya.
Tapi silap la cik belbel suruh kakak cik belbel yang buat memang pedas dia masyaAllah...
Dah la cik belbel ni anti pedas, cili dua biji pun cik belbel kata pedas, dia kakak ni rilek je makan. Siot ahhh !
Sebenarnya kiteorang kompius malam tadi nak pakai asam putih ke asam merah ni. Jadinya cik belbel beli jelah asam kale merah ni, menariksikit dak kaler dia. *pewarna kuat woi*
Tamak haloba buat sampai 1 besen ni. Dah kata buat sikit je degilll.

Rasa nya bahan bahan dia tak payah cik belbel bagitahu kan. Mesti punya korang dah tau.
Apa lagi selamat mencuba lah :) 
*jangan makan banyak banyak kang sakit perut*
HEHE

9.11.14

PISANG GORENG CHEESE DAN NASI LEMAK HIJAU

-Assalamualaikum-


Bismilah..
Jemput tengok semua. Haha
LARKIN : *macam nak tulis berita pulak* Nasi lemak hijau dan pisang goreng cheese antara makanan pebret cik belbel bila cik belbel singgah larkin ni. Sebab dulu cik belbel pernah study dekat ara larkin so cik belbel tahu lah kat mana area makanan yang power power ni *sebenarnya tak tahu sangat*

Istimewanya nasi lemak hijau ni semesti nya warna dia yang hijau menawan tu kan. Selain tu rasa ayam dia yang berempah tu pehh ! ayam dia pun besar tau dengan sambal ikan bilis dia yang tak pedas dan tawar sangat tu memang sedap lah ! Harga dia pun berpatutan cuma RM 6.00

Fenomena pisang goreng cheese ni belum habis tau, pisang goreng cheese ni pun dekat je dengan gerai nasi lemak ni. Kira diaorang geng la. HAHA
Untuk pisang goreng cheese ni korang boleh minta nak harga RM 3 or RM 5. First beli cik belbel beli RM 3 dulu. Tak cukup. Second time beli time hujan hujan ni haa tamak haloba beli RM5 siap minta dia punya kerak kerak tepung dia tu. Memang special la dia bagi cik belbel kan. Last last tak larat nak habiskan. Tu lah tamak sangat. HAHA

Kalau korang singgah larkin korang boleh pergi kedai ni untuk makan. Selalu nya kedai diaorg ni bukak time petang ke malam macam tu.

Kedai dia berdepan dengan petronas Jalan Langkasuka. Dekat dekat dengan perindustrian larkin la kalau susah nak cari.

Ok? Selamat mencuba *macam aku resipi pulak*

Gottcha !

8.11.14

WHO IS JASMINE THOMPSON

-Assalamualaikum-
Siapakah Jasmine Thompson ni ?
Kenapa cik belbel buat entry pasal dia?
terkenal ke dia ni ?

Haaa ini la yang cik belbel nak jawab ni. Sabar Sabar !
Jasmine Thompson ni adalah seorang artis yang suka buat cover lagu lagu artis. Atau kat Malaysia ni kita panggil artis Youtube. Sebab semua lagu dia ada dekat Youtube. Cik belbel minat dekat dia sebab bila dia cover lagu semua ni pehhh thorbaikk !

Dalam blog cik belbel ni ada satu lagu yang dia cover. Kalau korang power yang mana lagu dia cover? Haha.

 Jasmine Thompson ni baru berumur 14 tahun tau. Yelahh sebab lahir 8 november 2000. Muda kan ? Dan yang pasti dia ni comel la. Nak kenal dia yang mana ?
Macam ada iras iras artis Malaysia kan muka dia?


Macam wawa zainal pun ada juga kan? Ke cik belbel salah pandang ?

Kalau korang perasan masa dia cover lagu Chandelier suara dia bertukar tukar. Memang teruja lah cik belbel dengar suara dia. Kalau korang nak tahu dia cover lagu apa lagi boleh la pergi youtube and search Jasmine Thompson 

Dah la cantik, mana tak nya dia ada mix chinese tau. Hailahh Jasmine

7.11.14

HOLIDAY GIVEAWAY BY SALLY SAMSAIMAN (PART 4)

-Assalamualaikum-
Cik Sally buat GA lagi. Harap kali ni bertuaa yee sebab hadiah dari korea ni. Geram !

Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

SONY XPERIA Z3 FOR CPUV !

-Assalamualaikum-
Nampak tak tu gambar apa? cpuv lagi Alhamdulliah. Terima kasih nuffnang. Walaupun cik belbel tengah busy ni nuffnang still bagi cpuv :)
ok cpuv kali ni memang mencabar sebab Sony Xperia Z3 Launch !
Phone yang cik belbel minat selepas iphon Kenapa? Sony adalah handphone yang camera dia superb beb.
Untuk Xperia Z3 ni dia ada 4 warna. cik belbel minat hitam dengan putih. Kalau lah Sony nak bagi sponser macam Samsung sponser Cik Epal tu bestnyaaa !!! 
Nipis je wei sony ni ! geramnyaaa...

Harga dia around RM 1300. Mak aii, 2 bulan punya gaji woi. Sabar jelahh..
Kalau korang nak tahu apa kelebihan dia
cekedouttt!

nampak iklan jangan lupa klik. hikhik

2.11.14

1ST SEGMEN : BLOGWALKING BERSAMA - SAMA BY KHAIRUNNISA HASSAN

-Assalamualaikum-
Petang petang ahad ni moh la kita main segmen sebelum bekerja ke sekolah ke pada hari esok *ok melalut*
*Klik Banner dan join bersama*

Jom sama- sama support !
 T A M A T
1 DEC 2014 
#MajulahBloggerMalaysia

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu