13.11.14

DONUT GEBU GEBU CHEF BELBEL

-Assalamualaikum-
Ok ni cik belbel nak story tadi petang punya kerja.
Disebabkan cik belbel sudah menjadi "suri rumah" sepenuh masa jadi ini lah hasilnya.

Kalau buat sendiri rupa dia memang kurang menarik. HAHA


cara cara senang je nak buat. Cik belbel start buat dalam pukul 3 pukul 5 dah siap.

Bahan bahan 
1/2 kg tepung gandum
3 sudu mentega cair
3 sudu susu pekat
2 sudu gula pasir
1/2 peket yis
sebiji telur ayam
garam secukup rasa

Rasanya tu je kot bahan bahan dia. HAHA

Cara cara
Masuk kan susu dan gula dan campurkan air SUAM. Lepas gula dah larut masuk kan yis tadi dan kacau. Kita kena guna air suam sebab takut yes tu mati. Yelah yis ni macam benda hidup tau. Kalau kita letak air panas matilah yis tu kang. Kalau masuk air sejuk kang kejung pulak yis tu. Ok kita biarkan yis tu sampai dia berbuih. 

Dalam bekas yang lain ayak kan tepung gandum supaya dia ringan. Buatkan lubang di tengah tengah, dan masuk kan mentega yang telah cair. Gaul kan. Setelah sebati masuk kan telur. Gaul kan. Opss ! sebelum tu jangan lupa tambah garam tau. Kang terlupa pulak.

Ok selepas beberapa minit dah yis tu pun dah kembang, Masuk kan yis tu ke dalam adunan tepung tu. Doh tepung ni memang kene lembik sikit sebab nanti dia nak kembang. Lepas dah adun kan semua bahan dan bahan tu pun dah jadi doh boleh la biarkan sekejap bagi doh tu kembang kebabom !

Lepas doh kembang, sapukan tangan dengan tepung *takut tangan melekat* dah ulikan lagi. Lepas tu boleh la bentuk bentuk kan donut korang dan goreng !

OK? Lepas dah siap goreng korang boleh la buat topping dia, nk letak coklat ke gula ke tu semua terserah dehh. 

Dapat? Apa lagi selamat mencuba ! cayyokkkk!

PS ! Donut ni untuk kawan cik belbel yang tak penat singgah blog ni. Ehh jemput makan. HAHA

10 comments:

  1. Sedapnya. Yummy. Nak try buat la nanti. Selama ni asyik beli je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe good luck ! Nanti dah buat bagi cik belbel sikit

      Delete
  2. sedapnya. tak payah la beli kat big apple dah. buat sendiri ja.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bila lalu depan big apple mesti nak beli punya lah. haha

      Delete
  3. Nampak sedap. Xyah susah2 beli dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sebab topping dia coklat. hehe

      Delete
  4. wahh pandainye buat donut...

    btw salam perkenalan ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata pandai tu tak lah. sbb resepi google jgk haha. salam perkenalan jgk :)

      Delete
  5. Thanks cik belbel sudi klik iklan, kita balas balik dgn klik nuff dan heartbeat. btw donut tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  6. petang tadi baru makan donut. donut biasa laa... tak macam yg atas ni. topping berkacangg yer... huhuuuu

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu