9.11.14

PISANG GORENG CHEESE DAN NASI LEMAK HIJAU

-Assalamualaikum-


Bismilah..
Jemput tengok semua. Haha
LARKIN : *macam nak tulis berita pulak* Nasi lemak hijau dan pisang goreng cheese antara makanan pebret cik belbel bila cik belbel singgah larkin ni. Sebab dulu cik belbel pernah study dekat ara larkin so cik belbel tahu lah kat mana area makanan yang power power ni *sebenarnya tak tahu sangat*

Istimewanya nasi lemak hijau ni semesti nya warna dia yang hijau menawan tu kan. Selain tu rasa ayam dia yang berempah tu pehh ! ayam dia pun besar tau dengan sambal ikan bilis dia yang tak pedas dan tawar sangat tu memang sedap lah ! Harga dia pun berpatutan cuma RM 6.00

Fenomena pisang goreng cheese ni belum habis tau, pisang goreng cheese ni pun dekat je dengan gerai nasi lemak ni. Kira diaorang geng la. HAHA
Untuk pisang goreng cheese ni korang boleh minta nak harga RM 3 or RM 5. First beli cik belbel beli RM 3 dulu. Tak cukup. Second time beli time hujan hujan ni haa tamak haloba beli RM5 siap minta dia punya kerak kerak tepung dia tu. Memang special la dia bagi cik belbel kan. Last last tak larat nak habiskan. Tu lah tamak sangat. HAHA

Kalau korang singgah larkin korang boleh pergi kedai ni untuk makan. Selalu nya kedai diaorg ni bukak time petang ke malam macam tu.

Kedai dia berdepan dengan petronas Jalan Langkasuka. Dekat dekat dengan perindustrian larkin la kalau susah nak cari.

Ok? Selamat mencuba *macam aku resipi pulak*

Gottcha !

6 comments:

  1. sedapnya..terliur tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau time lapar semua nampak sedap kan? Haha

      Delete
  2. Nasik lemak hijau?..nie bru dengaq....sedap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama dia nasi lemak ja. Tapi kami pangil nasi lemak hijau. Hahaa, mai la jb

      Delete
  3. hijau..dah mcm kuih pulut hijau tu..tak tahu namanya..eheheh.. pisang cheese teringin jga nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih hijau yang bawah dia pulut tu ea? sedap tu. hehe..
      try la, sedap tau. letak coklat.

      Delete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu