12.4.16

DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS, SIAPA IDRIS KHAN ?

-Assalamualaikum-
Holaaaa !
cik belbel kembali lagi untuk review drama terbaru terbitan TV3 iaitu Duda Terlajak Laris. Mesti korang tertanya tanya kenapa cik belbel suka review drama TV3 ni kan ? Best woi drama ni ! HAHA
Meh kita baca sinopsis drama :
Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda.
Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.
Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.
Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.
Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?
Credit sinopsis to : http://www.sayidahnapisah.com/
Terima kasih. saya copy ye sinopsis tu. Minta halal
HEHE


Cik belbel sebenarnya tak tengok on time drama Duda Terlajak Laris ni sebab time maghribkan. Kalau dekat kolej lagi lah tak sempat nak tengok sebab tv dekat bawah. Nak tengok online ? Sayang data hakak uolssss ! HAHA

Mengikut sinopsis yang cik belbel dapat dari sumber di atas, macam terlalu banyak watak yang akan keluar. Tapi siapa mereka semua ? Haaa ni salah satu trick untuk tarik ramai penonton untuk tengok drama ni. Cik belbel pun tertanya tanya ni. Kenapa dia ceraikan si Pehah tu.

Biasalah kan dalam drama yang banyak cik belbel review mesti ada Zara Zya ni. First Drama yang memang meletop kebabom !! Drama Tuan Anas Mikael and the second is Drama Zahira . Dan kalau cik belbel simpulkan drama yang Zara Zya belakon ni semua nya drama yang ada scene lawak, komedi and sweet sweet macam tu lah. Sebab dia memang bersahaja and cik belbel rasa in real life pun dia memang watak macam tu. *cik belbel tak penah jumpa dia *


Kalau tak salah ni gambar ni adalah gambar masa episod 1 drama Duda Terlajak Laris and drama ni dah trending kat Malaysia. Pengaruh besar drama ni nampaknya. Takpe kita tunggu episod 2 3 4 5 6 7 8 9 dan seterusnya nanti macam mana. Harap makin hangat ! Tahniah drama Duda Terlajak Laris dari cik belbel yawwww !!! 


Siapa kenal mamat ni ? Actually cik belbel tak berapa ingat drama apa yang dia berlakon, and mybe sebelum ni dia hanya bawak watak tambahan sahaja. Tapi untuk Drama Duda Terlajak Laris ni dia dah jadi Hero untuk drama ni. 
Tahniah ! Idris Khan. Haaa nama pun ada khan khan ni. Mesti kenal dengan Shahruk Khan dilwale ni. HAHA
*cik belbel pun suka kalau kena kawin dengan org handsome macam ni * haha

Biodata Hero Pelakon Duda Terlajak Laris Tv3 :
Nama : Idris Khan bin Abdul Ghaffar
Umur : 28 tahun ( 2016 ) * hmmm macam jodoh je *
Asal : Cheras Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 15 Disember 1988
Hobi : Pergi gym dan bina badan * hmmm lagi kuat rasa ni lah jodohnya

HAHA gila cik belbel ni, semua pelakon lelaki yang cik belbel review semua dia kata jodohnya. Haritu jodoh dengan Hafidz Roshdi ni dengan Idris Khan pulak. Hmm sabar je lah. Haha

Ok kalau korang nak usha gambar si pelakon badan ketak ketak ni boleh lah pergi :
Instagram : IDRIS KHAN

PS !! JANGAN TERPEDAYA DENGAN ACCOUNT FAKE INSTAGRAM IDRIS KHAN !
Btw, cik belbel terkejut tau semalam ada account idris khan ni nak follow cik belbel. Dalam hati dah agak dah mesti account fake ni, sebab tak kan lah artis nak follow cik belbel ni :( 
Tapi accept je lah buat tambah follower. Kahkahkah !

so korang dah tahu kan yang mana account fake and yang original Idris Khan ? Jangan lupa follow and tag cik belbel. HAHAHA *biar dia nampak cik belbel, mana tau dia terbuka hati nak follow jodoh tak jadi dia ni *

Dah jadi fan club pulak iolssss.
See next review yaaaa !


1 comment:

  1. Follow FBS Contest Demo Account
    Immediate Register Yourself in FBS

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu