31.8.17

APARTMENT YAYASAN MELAKA

-Assalamualaikum-
Entry kali ni cik belbel nak cerita sikit tentang Apartment Yayasan Melaka aka AYAM .
Entry ni Khas untuk Pelajar Uitm Bandaraya Melaka, KPTM Melaka, Micost Melaka, dan UTEM kampus bandar Melaka.
 Masa cik belbel mula mula nak jejak kan kaki dibumi Melaka ni cik belbel macam korang juga. Untuk pengetahuan korang yang baru singgah blog cik belbel ni, cik belbel adalah pelajar Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Mula-mula dapat berita cik belbel dapat sambung belajar di Uitm Kampus Bandaraya ni pehhh seronok ! Yelah bandar ni senang nak keluar menghabiskan duit HAHA, senang nak cari barang, senang nak buat assignment, kemudahan semua dekat. Kalau macam kampus induk tu jauh masuk ke dalam.
Jogging Sungai Melaka

Jambatan jongker walk


Ok, sambung cerita pasal Apartment Yayasan Melaka ni, benda yang merisaukan cik belbel bila dapat tahu cik belbel dapat sambung belajar kan bandaraya ni adalah NAK DUDUK MANA !!! sebab cik belbel pelajar dari diploma dan kiranya dah boleh berdikari untuk jadi Pelajar Non-Resident (duduk luar). Cik belbel risau sangat sampai cik belbel tanya senior yang dapat sambung belajar dekat bandaraya.
And mostly senior bagitahu yang tak perlu risau, kalau tak dapat kolej boleh duduk dekat Apartment Yayasan Melaka, sebab diaorang memang sentiasa open untuk kemasukan. Pehhh rasa lega dada cik belbel.

Jadi masa sampai di Bandaraya Melaka MPP uitm bandaraya melaka dan tunggu dekat depan, dan diaorang bagitahu kalau nak duduk kolej masih ada lagi kalau nak duduk kolej. Fuyoooo seronok !!

Untuk pengetahuan korang duduk dekat kolej ni harga dia separuh dari korang yang duduk AYAM ni, tapi biasalah kan bayar murah, kena lah hadap dengan semua peraturan dia.

................
Masuk semester ke2, cik belbel kena campak duduk luar sebab "rajin" sangat ikut aktiviti kolej. HAHAHA..
Jadi bermulalah hidup cik belbel di Apartment Yayasan Melaka.
cik belbel duduk AYAM ni dalam setahun juga. 1 rumah ada 5 bilik, dan 1 bilik ada 2 katil, jadi kenalah duduk 2 orang. Tapi best lah sebab bilik dia agak besar. Ada 2 bilik air, 2 bilik mandi. Setiap bilik ada 1 kisap dinding, 2 meja belajar dan 2 almari baju.

Sewa untuk Apartment Yayasan Melaka ni RM835 untuk satu semester. Semester cik belbel ada 5 bulan. Jadi sebulan dalam RM160.00

cara nak daftar ?
pergi je kaunter bawah blok B tu korang jumpa dengan staff tu bayar dah boleh dapat kunci, tapi kena lah sediakan IC dengan matrik kad.

Serius best duduk Melaka, Ada masa lapang je cik belbel pergi jogging river cruise, dapat lah cuci mata tengok mat saleh. hahahaha

Ada soalan? boleh komen...

8 comments:

  1. Pernah lalu kat jambatan melaka dan jambatan jongker walk tu. Huhuu paling sika view waktu malam. Cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah malam cantik and tak takut lalu sini sebab ramai orang

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Means hanya student je laa bole duduk situ? Klau student dri kolej lain nk praktikal? Agak2 bole duduk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kina,

      Dulu masa cik belbel duduk situ ada juga dari kolej lain. Macam misoct and Utem. And masa praktikal pun ada kawan tinggal situ. Boleh sewa berapa bulan nak.

      Delete
  4. Assalamulaikum cik.. saya nak tanya kiranya kalau tak dapat kolej kan? kiranya waktu pendataran tu saya boleh tanya dkt kaunter pendaftaran pasal kolej ka? mohon bantu.. terima asih

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cik, saya nak tanya boleh tak kalau saya nak daftar untuk tinggal di ayam secara individu? Atau saya kena cari and cukupkan 10 orang baru boleh mohon ?

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:50

    Campur ke laki permpuan? Satu aprtmnt

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu