4.10.14

GIVEAWAY PERTAMA SITISAB

Assalamualaikum wbt...
Dub dab dub dab pestimee cik belbel join Giveaway uolss. Teringit pulak nak try. 
Ni haa Giveaway Pertama yang Sitisab buat

Giveaway Pertama Sitisabwww.sitisab.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html?m=0

Haaaa marilah kita sama sama support sesama blogger. Tak rugi apa pun kita join kan uolsss...
Cik belbel tag !!
Cik Aqilah
tengkubutang
eyraonlinediary
http://azyanramle.blogspot.com

Cik belbel dah join anda bila lagi.
*Kenyit mata sikit*






2.10.14

IKLAN DALAM BLOG SELAIN NUFFNANG

Assalamualaikum
Harini cik belbel nak share sikit pasal satu iklan selain dari iklan nuffnang ni
mana cik belbel dapat info ?
mamawanie79 punya blog la uolss
setelah cik bebel kaji punya kaji punya kaji,
ada yang mengatakan iklan HeartBeats ni tak kan menggugat kita punya Glitterity Nuffnang tu.
Kalau korang ada jumpa mana mana info yang kata BOLEH MENGGUGAT tolong info cik belbel ASAP tau !
Korang boleh review blog ni untuk kepasti bagi yang ragu ragu tu yee

Okeeyy bertenang cik belbel akan bagitahu rahsia macam mana nak register this iklan.

STEP 1 : Go through kat Iklan ni heartbeats
STEP 2 : Lepas dah klik iklan tu. Korang kene cari banner macam ni 
or

STEP 3 :  Korang jumpa macam pic kat bawah ni. korang klik dekat CREAT ACCOUNT.

STEP 4 : Macam biasa lah kene la isi form ni. then agree dengan syarat semua lepas tu continue
 

STEP 5 : Lepas account korang dah siap di register korang akan jumpa macam kotak CREAT ACCOUNT tadi tapi ni dia tulis HB AFFILIATE kalau tak salah laahh. Korang klik ilan tu dan isi lagi sekali form. hehe.

STEP 6 : After dah siap maka korang dah menjadi ahli HEARTBEAT ! yeayyyy  kite geng !

STEP 7 : Korang cari kotak tulis COPY CODE. Lepas dah copy koranng paste la kat html blog korang. dia boleh pilih sama ada nak vertical horizontal or korang tengok lah. haha

*OK apa macam ? berjaya? Kalau tak berjaya comment cik belbel dengan cepat. Selagi cik belbel ada wifi laju ni zupppp cik belbel akan terangkan kat korang. 
* selamat berjuang all blogger ! jyeahhhh 



1.10.14

SALAH SATU TEMPAT MENARIK DI JOHOR. MENARIK KE??

Hai Assalamualaikum.
Ok harini cik belbel nak kongsi tempat menarik kawasan johor ni. Mesti korang familiar kan dengan Gunung Ledang. Banyak dah mitos mitos yang kita dengar bila sebut gunung ledang. Before final start kiteorg satu group buat rombongan cik kiah pergi Gunung Ledang uolss!!! dah la cik belbel ni memang suka dengan mandi manda ni, bila orang offer ajak pergi gunung ledang apa lagi iolss terus packing barang je lahhh... hehehe
Nak pergi gunung ledang ni dari uitm segamat johor. Opsss!!! Tak lah jauh mana. Around 30 minit dah boleh sampai. Gunung Ledang ni masuk area tangkak tau. Bukan segamat ye kawan kawan. Dah macam belajar goe la pulakk. Anyway korang review la gambar memori ni
Amboi excitednya muka iolsss. Segan mak nakk. Almaklumlah iols kan hantu air.


Group mak jemah nak balik dari camping sekolah. Agagaga

Kitaorg tak panjat sampai atas gunung ledang ni sebab dah tak larat uolss. Kalau uolss pergi sini pergi la panjat sampai atas. Kawan cik belbel kata air dia sejuk bangat. 

Ni part kawasan gunung ledang

Ni lagi satu benda menarik kat gunung ledang ni. Ada ikan gigi kaki uolsss ! Nampak tak ikan gigit kaki tu? Tak nampak ? Takpelah.. haha

Cam ne nak panjat sampai atas kalau bawak barang macam nak pergi balik kampung😂
Kitaorg bawak makanan yang kiteorg masak sampai atas tu yang semput. 😍


Ni lahh rombongan cik kiah uolsss. 

Dah lama nak update entry ni tapi di sebabkan internet yang macam siput sedut kat kampus jadi baru harinilah korang dapat baca. Haha
Have fun guys!!😍😘😘

21.9.14

Tempat Menarik Di Melaka Dan ENT Sudah Habis !!

Assalamualaikum wbt
Ya Allah gembiranya hati ini kerana subjek yang paling memenatkan untuk semesta akhir diploma in banking ni telah berakhir. Subjek ENT ni bukan ka satu subjek yang susah, sesapa yang minat dengan business  tu kompom la enjoy bila buat subjek ni. Tapi bagi cik belbel subjek ni sangat memenatkan dan membazir duit! Nak print sana print sini. Anyway kepada sesiapa yang belum or akan menerima subjek ni especially dekat uitm harap dapat buat dengan baik. #pesancikbelbel masa present jangan takut, cobfident je apa korang present walaupun salah. Untuk part marketing dengan financial panel memang suka la attack ni. Market size tu kalau boleh explain betul. Tak payah takut lah sebab panel tu tatau pun apa yang korang buat.
Ok ni lagi satu story yang cik belbel nak share dengan engkorang. Entry before ni cik belbel ada cerita pasal vacation kelas cik belbel kat melaka kan.
Haaa ni diaaaaaa
Coconut shake pangkalan balak.
Sumpah sedap. Harga dia dalam rm3++.
Cik belbel ni jenis tekak susah nak terima air kelap tau,bila bila coconut shake teringat ingat je. Selain dari coconut shake klebang. Ni lagi salah satu tempat yg patut korang pergi.


2.7.14

T U T O R I A L : CARA NAK DOWNLOAD LAGU (MP3)

Bismilahirahmanirahim.
Yuhuuu selamat hari berpuasa yang ke 4. Sekejap je kan dah masuk ke 4.
Lagi 25 hari lagi kita akan berjumpa raya.
Kepada yang dah bekerja or dah berkawin tu siap siap lah sampul duit raya ye. HAHA
Entry siang siang ni tak boleh nak buat entry makan ye dak. Kang ada pulak yang terliur, dah makruh.
Ok, harini cik belbel nak kongsi sikit cara nak download lagu. Sebab ramai yang tanya cik belbel kat mana nak download lagu sebab selalu mesti ramai yang guna 4shared tu kan.
Tapi sekarang 4shared tu macam berhantu sikit. HAHA

Ok ni common cara yang cik belbel selalu gunakan untuk download lagu yang cik belbel suka lah ye.
CARA PERTAMA :
1. Pergi ke Youtube and cari lagu apa yang korang nak download.
2. Copy url yang dekat atas tu. Contoh url yang kat bawah ni.



3. Korang copy url tu dekat Youtube Converter .
4. Lepas dah copy paste korang convert lah and nanti dia keluar link download. SIAP !

 CARA KEDUA :
1. Korang follow macam cara 1 and 2 yang dekat atas tu.
2 . Korang paste kan dekat KeepVid and download terus.

NOTE : Dalam keepvid ni korang boleh download macam macam jenis format lagu. Bukan lagu je korang boleh download, Video pun boleh. Cik belbel rasa yang ni lebih better la.

CARA KETIGA :
 Korang pergi je link link yang memang khas untuk download lagu 

Selamat mendownload !!
- Kalau ada link link yang lagi best untuk download bagilah comment -




ABC OOOHHH ABC !

Assalamualaikum !!
Sorry lah dah lama tak update blog ni ( tak de lah lama mana pun)
Entry cik belbel harini adalah ABC OOOHHH ABC !
Sedap kan? Nak nak lagi tengok time puasa ni. Saje ke dengki dengan korang. HAHA
Sebenarnya, cik belbel rindu zaman belajar dekat Uitm Bandaraya Larkin. Mungkin tak ramai yang tahu ada wujud satu Uitm kampus kecik dekat situ. Start dari situ lah cik belbel berkenalan dengan ABC Kampung Majidee yang superb ni. Sumpah sedap gila !!
Sekarang ni rasa teringin sangat nak makan. Harga dia tak mahal mana pun 
Special = RM 3.00
Biasa = RM  2.50
Ok what harga dia, dengan coklat kacang, cincau jelly bebulat buah kabung dia semua harga dia sangat berpatutan. Dekat situ bukan ada ABC je ada lah lagi kedai kedai makan macam Rojak Asma, Kedai nasi ayam, Nasi campur. Sebab dia medan selera kan.
Kalau sesiapa nak rasa boleh la pergi cuba. Tak menyesal lah. 

 Ni alamat kalau korang nak pergi 
Medan Selera Kampung Melayu Majidee (Jalan Tebrau Lama), 81100 Johor BahruJohor, Malaysia
 MESTI CUBA !!!



28.6.14

CERITA RAMADHAN KEMBALI LAGI.

29.06.2014 Di ishtiharkan jatuh tarikh berpuasa kerana mereka yang melihat anak bulan nampak.
Cik belbel yang tak ada teropong ni cuma teropong dekat tv rumah jelah.
Asalkan boleh ye dak ?
Dengan ini cik belbel nak ucapan selamat berpuasa dan menghadapi bulan ramadhan dengan penuh kesederhanaan. Jangan gelojoh sangat masa buka puasa tu. Alah yang nak kata orang cik belbel sendiri pun kalau dah lapar semua benda nak di telan. Yelah kan time puasa ni lah kita nak lawan nafsu kita. Kalau kita buat dosa, jangan nak salah kan syaitan pulak sebab syaitan Allah dah ikat. Jadi muhasabah lah. HAHA

Ok apa cerita Ramadhan korang kali ni ? Haa? Dah siap buat baju raya? pehhh. Semangat raya ke semangat puasa ni? Tak puasa tak boleh raya. HAHA
Kalau ada adik adik tu jangan lah puasa yang yang yok pulak. Kang kantoi dengan mak ayah dah nanti buka duduk dekat celah celah penjuru tak boleh makan dengan orang yang berpuasa.
Tapi ada lagi ke mak ayah yang buat macam tu ?
Yelah kan dulu zaman cik belbel kecil kecil pernah lah kena macam tu sebab curi curi makan.
Sapa kata cik belbel ni baik haa? HAHA. Cik belbel lah budak yang comel dan degil. *Werkk perasan*
Tapi sekarang mak ayah sporting tak puasa tak pe. Kecil lagi katanya. Zaman sekarang pepatah
 " Melentur buluh biarlah dari rebungnya" macam tak boleh guna dah.
Apa apa pun Cik belbel nak susun sepuluh jari nak mohon ampun dan maaf sepanjang blog ni berjalan ( blog walking) ada tersalah dan silap masa menaip. *Nangis*

Cik belbel mohon sepuluh jari ( kalau cukup). HAHA

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Selamat berpuasa semua blogger ! 

Jangan lupa niat nanti nak tidur. Takut terlajak sahur pulak

*Mari sama sama tambahkan pahala dengan menabung*


26.6.14

NUFFNANG BERWAJAH BARU !


Pehhhhh ! Nuffnang berwajah baru lah.
Cayalahhh, makin cantik.
To all blogger and nuffnangers mesti dah nampak kan nuffnang berwajah baru.
Harap harap dengan berwajah baru ni makin banyak lah income kita. haha

SPAGETI CARBONARA DARI CHEF CIK BELBEL ^^

Bismilahirahmanirahim.

Bukan suruh makan, tapi suruh tengok je. Haha
Ok entry malam ni pasal cik belbel peberet dish SPAGETI CARBONARA.  
Tekak cik belbel kan tekak omputih suka western je. Haha
Dah laa cik belbel mengidam nak makan ni tau. Al maklumlah dekat segamat tu apa je yang ada. Haihh.
Cara nak buat Spageti ni bukan lah susah sangat. Campak campak je siap lah.
Modal nak buat ni dalam RM 20. Boleh makan dalam 2 3 orang lah. 
Kalau makan dekat Secret Recipe tu RM 19 dapat makan sorang je.
 Ok semua mari kita ambik Apron !!

Bahan Bahan :
Lagi satu cik belbel terlupa snap ialah SUSU CREAM DUTCH LADY.
Actually susu ni bagi effect jugak lah. Mula mula cik belbel macam nak skip je dari letak susu sebab takut muak kan, tapi kalau tak ada susu ni lagi lah tak sedap.

Cara Memasak :
1. Mula mula cik belbel rebuskan daging kisar tu dengan air yang sedikit sebab kita tak guna pun air rebusan daging tu. Lagipun tadi cik belbel dah lapar sangat tu yang nak cepat masak cik belbel rebus je. HAHA

2. Panas kan or masak kan sos PREGO yang sedap lagi enak hingga menjilat jari. Masak dengan api yang kecil ye, jangan mendidih sangat. Sebenarnya rasa sos yang baru keluar dalam tin ni tak lah sedap sangat. Rasa loya je adalah. HAHA
  
3. Setelah sos tadi agak mendidih, masuk kan daging yang kita dah rebus tadi. Air rebusan tadi buang jelah. Lepas masuk gading kita campak lah sosej tu sekali. Terabur kan sekali garam dan lada hitam kalau nak pedas.

4. Sambil masak sos tadi petik api dapur sebelah dan panas air untuk rendam ke reneh ke tah apa nama dia. Biar sampai spageti tu lembut. Macam mana nak tahu dia dah elok untuk dihidang atau tak ? Amek sehelai, korang gigit lah. Kalau kena dengan tekak haa elok lah tu.

5. Setelah siap kedua dua bahan boleh lah korang hidang kan. Ada sesetengah orang suka campurkan spageti tu dalam sos tu sekali. Tapi cik belbel buat asing. Bila spageti dah masak baru letak kan sos atas dia.

Hasilnya seperti gambar dekat atas tu lah. Nampak sedap kan? Memang sedap pun. HAHA.
 Selamat mencuba semua.
Adios amigos. Wasalam.



25.6.14

KENANGAN KELAS PALING MENGANTUK

Assalamualaikum all blogger yang sedang berlegar legar di alam maya.
Seronok le kome online je, cik belbel tengah berhadapan dengan dugaan menahan mata dari tertutup.
Actually cik belbel dalam kelas ni, haa cmne cik belbel boleh online? Tu bukan isu besar, yang kita perlu adalah duduk dibelakang , bateri handphone yang penuh dan paling penting line internet yang laju macam turbo. Kalau setakat line macam siput cadburry, baik kita sumbat telinga dan tidur.
Kelas CTU aka islamic banking ni memang mencabar iman yang sedia nipis ni. Haha
Dengan kelas yang tak ada aircond memang rasa nak mengamuk je ni. Berrrereee
Ni amek setepek kenangan malam ni buat peneman korang blog working. Haha

coretan akibat terlalu fokus

might be a killer subject mybe.

Konon je khusyuk yang belakang tu. Puikkk

22.6.14

OPPO TU APA????

Assalamualaikum blog yang berhabuk bersawang labah labah.
Rasanya bukan labah labah je ada ni entah entah kutu dan sepupu sepapat dia pun ada.
"Oppo Tu Apa???" 
That the entry for this night. Actually uolss i dah change my phone ok.
And the best part is i change my phone to Oppo. Seriusly cik belbel tak tahu ke benda Oppo ni.
And ada ke manusia kat Malaysia pakai brand ni. Situasi ni mungkin sebab cik belbel kuno. Haha.

Majulah Oppo di Malaysia. haha
Ni lah brand Oppo tu. Mungkin sekarang kat Tv3 banyak dah iklan Oppo ni.
Yang cik belbel ada terbaca lah yang Oppo ni dari brand Korea and 2PM pernah sing lagu dia masa launching Oppo ni kat Thailand. Ni kalau tak salah lah, kalau salah maap lah! haha

So bila korang nak pakai Phone ni tak lah segan sangat. And sebenarnya kan design Oppo ni macam Sony juga. Dia takde lah pelik sangat. Dia masih dalam kategori Smartphone kan? hahaha.
Anyway oppo ni best and cik belbel bagi rate 9/10 lah. 



Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu