8.2.19

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Assalamualaikum
Hi, dah lama rasanya cik belbel tak join giveaway mana-mana blogger. Perasan juga sebenarnya ada blogger yang invite untuk join giveaway dekat komen or port sembang tu tapi cik belbel minta maaf sangat sangat sebab tak dapat nak join sebab kekangan masa.

So, harini cik belbel ada masa nak buat entry nak join giveaway dari Yaya Azura ni sempena bulan birthday dia. Happy Birthday Yaya Azura !


Boleh klik Banner untuk join Giveaway.

Cik belbel ucapkan Selamat Hari Lahir yang keberapa cik belbel tak tahu untuk blogger Yaya Azura ! Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah dan sentiasa sihat bersama keluarga tercinta. Amin... Happy Birthday !!
*****
Masih sempat lagi mana mana blogger yang nak join tu. Hadiah dia menarik wehhh. Boleh klik banner tu untuk tengok hadiah apa Yaya Azura nak bagi.
Selain boleh dapat hadiah, kita juga boleh tambah followe dengan blogwalking. see ya !


6.2.19

HOW TO BE A BLOGGER

Assalamualaikum
How to be a blogger or how to be a good blogger?
Siapa sebenarnya yang boleh jawab soalan ni?
Apa ciri-ciri dia adalah seorang blogger yang bagus atau blog dia sebenarnya bagus ?
Banyak soalan bila jadi seorang blogger ni.

Tapi apa yang cik belbel tahu nak jadi seorang blogger yang bagus, entry yang kita publish tu bukan entry yang copy paste dari blog orang lain atau cerita dari orang lain. Sebab apa? Sebab kalau kita copy paste entry or cerita orang lain automatik cerita kita tak original and google akan suspect blog kita sebagai blog yang tak ada originality. U got it?!

Actually cik belbel tak ingat cik belbel pernah cerita tak apa ciri-ciri blog yang bagus. Dalam memori kepala rasa macam ada, tapi bila nak taip entry ni rasa malas nak cari link entry yang lama tu. Sorry ya.

Baru-baru ni cik belbel ada tengok IG story cik epal. Siapa kenal Cik Epal? She one of the blogger melayu yang menjadi inspirasi cik belbel masa mula mula nak buat blog. Blog cik belbel ni actually dah lama wujud, tapi wujud dia bukan untuk commercial, maksud cik belbel dulu cik belbel buat blog ni just for fun, want to share story ( mostly story sedih la ), sebab cik belbel bukan seorang yang suka bercerita dengan orang apa yang cik belbel rasa, sebab tak semua orang suka dengar apa masalah kita. Kalau ada yang nak dengar pun maybe ada 2 possiblity. First sebab dia memang nak jadi pendengar or second dia suka bila kita ada masalah tu.

Ok back to IG story cik epal tadi, dalam IG cik epal ni mostly dia sangat suka share life dia dengan semua orang yang follow dia dalam IG. Share life dia as mother. as wife, and as daughter. Baru-baru ni dia ada share dia nak beli handbag DIOR, and dia update sekali dengan harga.

Ni lah post yang cik belbel bagitahu tu
Uolsss tengok lah harga bag dia. Menangis cik belbel tengok. Setahun kerja pun belum tentu cik belbel dapat saving macam tu and untuk beli bag tu. HAHA

Cik belbel tak bitter pun tengok apa yang Cik Epal tu update, tapi cik belbel rasa macam WOW ! How come dia boleh ada duit sebanyak tu. Cik belbel tahu Cik Epal buat blog memang dah lama, and blog dia bukan bashee bashee yee. Even content dalam blog dia tu cuma bahasa melayun tapi viewer dia bukan sikit-sikit. Im really proud as a blogger.

Actually cik belbel follow cik epal ni dari zaman cik belbel diploma lagi. Sebelum tu tak kenal pun cik belbel, tak tahu pun sebenarnya blog ni boleh buat income. Tapi one night kawan cik belbel tunjuk IG husband cik epal Jofliam. Semua post Jofliam dalam IG dia semua caption dia akan tag cik epal and all teh caption for cik epal. And malam tu juga cik belbel stalk Jofliam punya IG. HAHA, Omgggg single kot masa tu, so bila baca caption dia rasa tak lah lonely sangat. HAHAHAHA

Start from that, cik belbel tengok blog cik epal how they survive dari zaman diaorang belajar. Dari zaman cik epal and Jofliam gemok sampai lah jadi macam sekarang cik belbel follow ok.

So bila cik epal update tentang dia pergi bercuti, beli bag ribu riban cik belbel rasa wow amazingggg ! HAHA. Sebab cik belbel pun tahu cik epal bukan bergantung dengan blog sahaja income dia, dulu dia pun ada main forex, and Jofliam pun ada buka kelas untuk student forex dia. So bila diaorang boleh beli macam macam, pergi sana sini, cik belbel sangat tak sabar nak tengok IG story diaorang. Sebab diaorang pun akan bagi hadiah as giveaway untuk follower diaorang. Cik belbel pernah dapat 1 ! HAHA

As conclusion, kalau tak tahu cerita awal awal jangan lah menyampuk kata orang tu orang ini. Apa yang cik epal tunjuk tu cik belbel tak rasa pun dia cuba nak riak atau menunjuk. Kalau korang dapat travel sana sini pun korang akan update story kan. So cik epal pun sama lah manusia macam kita semua. Kita manusia tak kan lari dari sifat seperti tu. 

So nak jadi good blogger ?? Kenapa nak jadi blogger ?? HAHA

7.12.18

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

-Assalamualaikum-
Hi selamat pagi !!
Harini cik belbel nak update pasal ujian psikometrik sebab cik belbel pun ada dapat email untuk ujian psikometrik untuk Pertubuhan Peladang dengan kerjasama SPA.

Mula-mula dapat email tu cik belbel macam lost juga apa benda ujian psikometrik ni kan. Tapi sekali baca cik belbel rasa macam ujian psikologi kot. Haha. And cik belbel start lah google apa itu ujian Psikometrik ni. And YES ! ujian psikometrik ni memang spesis ujian spikologi sebab soalan dia semua bukan pasal pengetahuan am ke pasal negara ke, tapi more to diri sendiri.

Ujian Psikologi ni untuk mengesan korang punya personaliti, cara berkomunikasi, kebolehan bertoleransi, cara bertutur dan macam-macam lagi lah. Apa yang cik belbel baca ujian ni tak ada jawapan salah atau betul. Tapi jawapan itu hanya pilihan tentang diri korang je.

CONTOH SOALAN PSIKOMETRIK
 1. Apabila mendapat peluang, kita tidak lagi perlu berusaha
A .Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

2. Walaupun dimana saya berada, saya boleh menyesuaikan diri
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

3. Saya tidak perlu membalas budi rakan baik saya, kerana dia merupakan kawan baik saya
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti

3 jelah contoh yang cikbelbel boleh bagi sebab cik belbel pun dapat dari google tapi tak pasti sama ada soalan akan dikeluarkan untuk ujian kali ni atau tidak. Tapi kita diberi masa 60 min/1 jam untuk menjawab 90 soalan. HAHAHA gilaaa ahhh

So sesiapa yang akan menduduk ujian psikometrik ini cik belbel wish good luck and all the best semua. Semoga ada rezeki kita nanti.

22.11.18

MY GRADUATION DAY !

-Assalamualaikum-

Allahu.. Dah berapa tahun tak update blog ni kan. Harini tergerak hati nak update blog yang dah lama tersadai ni. Dan terima kasih juga kepada yang masih ada singgah dalam blog walaupun tak ada apa yang menarik dalam ni.

Bulan 10 2018 merupakan hari Graduation untuk cik belbel setelah 2 tahun setengah belajar di Melaka. Sesiapa pernah nampak cik belbel dekat Melaka? Sebab cik belbel rajin juga jogging area river cruise tu kalau petang petang (tu pun kalau mood rajin la). Sebelum ni pun cik belbel ada update tentang belajar dekat Melaka, Apartment Yayasan Melaka semua tu.

Ok cerita pasal Graduation ni, cik belbel sangat tak ada semangat nak graduate sebab my last day viva dekat uitm merupakan hari arwah abah cikbelbel pergi. And im really shock because of that. Tapi 3 hari sebelum sampai date graduation mak cik belbel dah tanya 

"Kau tak konvo ke?"
" Konvo mak, rabu ni"
" Mak kena minta cuti dengan cikgu cikgu ni " 
Disebabkan mak cik belbel dah tanya macam tu cik belbel pun kena lah graduation. Tapi serius untuk graduate cik belbel tak ada prepare apa-apa. Selalunya sebelum nak graduate student akan buat clearance kan? Tapi cik belbel tak buat pun. And yuran pun cik belbel bayar 2 hari sebelum konvo. And cik belbel kena minta ihsan kawan cik belbel untuk ambilkan jubah. Sebab apa cik belbel  kena minta ihsan kawan ? Sebab cik belbel susah nak dapat cuti !!! Hahahaha tak guna kan!

Setelah merayu dan merayu akhirnya dapat juga cuti ( ok merayu tu tipu sebab isi borang je pun). So berkonvo lah cik belbel dan rakan rakan. Tapi disebabkan cik belbel konvo sidang petang, so time nak bergambar tu sangat limited. masuk dewan pukul 2pm. Keluar nak dekat pukul 6. Mana yang nak amek gambar dengan family lagi. Masa sangat limited. Jadi lah graduation yang hambar !!

Sekarang ni cik belbel ada masalah, cik belbel dah graduate almost pass one month. Tapi cik belbel lupa nak call pasal gambar atas pentas tu. Anyone can help macam mana nak amek gambar tu??
Cik belbel graduate dekat Uitm Alor Gajah (Lendu) Melaka.

 
My back bone. Dua dua ni Mak. Haha


yeayyy im degree holder !!!

Now i graduate as Bachelor (Hons) Human Resources Management. Congrate to me !!!

10.10.17

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

-Assalamualaikum-
Cik belbel nak minta maaf sebab lambat umumkan pemenang Comeback Giveaway.
Haritu cikbelbel janji seminggu je kan lepas tarikh tamat. Sekarang dah 10 haribulan woiii !!!
HAHAHA

jengggggg.....


jenggggggg....


jenggggggg.....


Cikbelbel dah gunakan khidmat pakcik Random.org untuk pilih pemenang.

Cikbelbel ucapkan tahniah pada yang bertuah !

yang tak menang jangan sedih, doakan business cikbelbel berjalan lancar dan cik belbel akan buat giveaway lagi !!

Senarai pemenang :


9

8

7

6

5

4

3

2


1


Tahniah buat semua pemenang !!! 
nanti boleh selfie dengan hadiah cik belbel !
PS !!! kepada pemenang sila emialkan NAMA, ALAMAT, NO PHONE di email cikbelbel93@gmail.com 

VOKALIS XPOSE BAND - FURHAN

-Assalamualaikum-
Yehaaaa!! Comeback giveaway sudah tamat !!! HAHAHA

Bukan tu yang cikbelbel nak highlight kan, tapi cikbelbel tengah syok layan lagu Sandiwara dari Xpose Band ni. Syokkk wehh lagu dia!

Biodata Vokalis Xpose Band - Furhan
*Sumber instagram Furhan*
Nama : Furhan
Asal : Terengganu
Belajar : UTEM Melaka


Lirik lagu Sandiwara - Xpose Band 
Andai Aku diberikan waktu
Akan Ku putarkan masa kembali
Biarpun Mustahil diriku
Akan Bersamamu

Disaat Aku hanyut menjauh
Terkapai Jatuh dilautan pilu
Ku Agungkan tentang diriku
Buat Kau kecewa
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kesilapan Diriku
Kembali Kasih semula
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kembalilah Kasih
Kembalilah Kasih semula





Ada sesiapa yang menaruh hati furhan ni ke ? maaf lah furhan dah ada yang punyaaaaaa..
HAHAHAHA



semoga terus berjaya dalam industri musik ye furhan. Terus menghiburkan cik belbel !! HAHAHA


30.9.17

COMEBACK GIVEAWAY TAMAT

-Assalamualaikum-
Hyeeee uolsssss !
harini dah 30 september 2017. Lagi beberapa jam Comeback Giveaway akan tamat uolssss !
Semua dah join ke ?
Apa? BELUM !!!!!
its oke belum terlambat lagi sebab ada lagi beberapa jam ni. Sempat lagi kalau nak join.

Hadiah Comeback Giveaway
Alhamdulillah hadiah untuk semua pemenang cikbelbel dah selamat bungkus. Tinggal nak tulis alamat pemenang je.

Haritu cikbelbel janji 8 orang je kan pemenang ? Cikbelbel up lagi satu pemenang sebab sampul ada 9 !!! haha

Hadiah semua merupana tudung sama ada bawal atau shawl je. Kalau pemenang tu lelaki boleh lah bagi mak/isteri/adik/gf atau sapa sapa yang korang nak.

Kalau korang nak surprise bagi hadiah dekat orang tersayang pun boleh. Bagi alamat diaorang cikbelbel terus poskan ke rumah diaorg. Kalau nak buat wish maaf ye cikbelbel tak dapat nak tunaikan sebab cikbelel dah bungkus lekat gam !!! HAHAHAHA ampunnnn..

cantik?
Nampak gambar dekat atas ni. Ni gambar dari Alhumairah Contemporary website. Tempat pertama akan dapat shawl jenis ni. Cik belbel namakan shawl tu Shawl Nashijee. Cikbelbel ada jual.
Pemenang PERTAMA sahaja dapat shawl ni ye. Warna RAHSIA ! hahahaha

Shawl nashijee antara shawl pernah jadi top seller sebab warna dia ada dwi tone kalau kita tengok dari jarak dekat. Bila jauh sikit ada shining shining uolssssss..

Lain-lain hadiah ada shawl vintage, shawl bubble, shawl heavy chiffon, bawal satin abstrak, dan bawal satin corak.

Kepada pemenang-pemenang tu, nanti dah dapat tudung boleh la, tag cikbelbel di fb Bells Signature atau instagram Bells Signature. Nak review dalam blog pun cikbelbel lagiiiiiii suka ! hehe..

Senarai peserta cikbelbel dah update di SENARAI PESERTA COMEBACK GIVEAWAY

Dalam masa seminggu pemenang akan diumumkan dan hadiah akan di pos !!!
good luck semua.
Terima kasih join.

18.9.17

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

-Assalamualaikum-
Alhamduliilah syukurrrrrr..
HAHAHAH
gila kau tak bersyukur sebab Nuffnang CPUV dah dapat balik dalam blog cikbelbel.
Ni semua jasa korang yang rajin datang blog cikbelbel, and semua peserta COMEBACK GIVEAWAY   terima kasih banyak-banyak dengan korang semua.
muahhh ciked !


Nampak apa yang tengah on going tu ? hehe
walaupun visitor belum banyak tapi Tiguan Sustenance sudi juga bagi iklan dekat blog cikbelbel.
Korang yang ada nampak iklan ni jangan segan-segan ajak kawan singgah and klik ok.

BTW nak bagitahu COMEBACK GIVEAWAY masih berjalan dan tamat pada 30 SEPTEMBER.

So..
Wake me up when september end ! HAHA
xoxo, bel

6.9.17

COMEBACK GIVEAWAY !

-Assalamualaikum-
Alhamdulillah, seperti yang cik belbel janjikan dalam entry SINI, cik belbel akan buat satu giveaway yang dinamakan COMEBACK GIVEAWAY !

Giveaway ni sangat mudah dan senang.
Syarat-syarat nak join Giveaway cik belbel adalah.


Kalau korang tak nampak cik belbel taip kan semula syarat-syarat nak join COMEBACK GIVEAWAY ini

1. Buat entry mengenai "COMEBACK GIVEAWAY"
2. Tampalkan banner "COMEBACK GIVEAWAY"
3. Follow blog cikbelbel
4. Like Facebook Bells Signature dan Instagram Bells Signature (boleh search)
5. Tag 3 kawan fb/blog
6. Komen entry korang di komen.

Senang kan nak join COMEBACK GIVEAWAY ni?

Nak tahu nak apa hadiah yang korang akan dapat ?

Ni bawal bidang 45

Ni shawl 1.8 x 0.7

Dah nama pun hadiah kan? Cik belbel akan bagi FREE je dekat 8 orang pemenang COMEBACK GIVEAWAY ni.
Kalau lelaki yang menang nak bagi dekat girlfriend boleh, bagi alamat cik belbel poskan. hehe

Giveaway ni akan tamat pada 30 September 2017

5.9.17

LAUDYA CYNTHIA BELLA BAKAL BERNIKAH DENGAN ENGKU EMRAN

-Assalamualaikum-
Harini cikbelbel teringin nak buat entry pasal Laudya Cynthia Bella bila dia memuat naik gambar di instagram milik dia dengan busana pengantin yang berwarna ungu lavender.
Puas cik belbel scroll semua komen komen di laman social instagram milik Laudya Cynthia Bella ni nak tahu betul ke itu majlis pernikahan mereka?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Laudya Cynthia Bella bakal bernikah dengan bekas suami penyanyi dan pelakon dari Malaysia iaitu Erra Fazira, Engku Emran

Dan menurut sumber tersebut lagi mereka bakal melangsungkan pernikahan pada 09 September 2017 dan Laudya Cynthia Bella akan datang ke Malaysia.

busana yang dipergayakan oleh Bella



kasih seorang ayah pada anak nya




*sumber gambar instagram Laudya Cynthia Bella*

Majlis ini merupakan majlis doa selamat yang diadakan oleh keluarga Bella sempena bakal pernikahan Bella pada 09 september 2017 ini.

Congrate Bella ! MasyaAllah cantiknya Bella, semoga Engku Emran mampu menjaga wanita secantik Bella, dan Bella mampu menjadi isteri dan ibu yang baik untuk bakal anak-anak Engku Emran.

P/s: yang mana masih menyimpan donggeng buk Arini sila lah move on ye. Hahahahahah

31.8.17

APARTMENT YAYASAN MELAKA

-Assalamualaikum-
Entry kali ni cik belbel nak cerita sikit tentang Apartment Yayasan Melaka aka AYAM .
Entry ni Khas untuk Pelajar Uitm Bandaraya Melaka, KPTM Melaka, Micost Melaka, dan UTEM kampus bandar Melaka.
 Masa cik belbel mula mula nak jejak kan kaki dibumi Melaka ni cik belbel macam korang juga. Untuk pengetahuan korang yang baru singgah blog cik belbel ni, cik belbel adalah pelajar Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Mula-mula dapat berita cik belbel dapat sambung belajar di Uitm Kampus Bandaraya ni pehhh seronok ! Yelah bandar ni senang nak keluar menghabiskan duit HAHA, senang nak cari barang, senang nak buat assignment, kemudahan semua dekat. Kalau macam kampus induk tu jauh masuk ke dalam.
Jogging Sungai Melaka

Jambatan jongker walk


Ok, sambung cerita pasal Apartment Yayasan Melaka ni, benda yang merisaukan cik belbel bila dapat tahu cik belbel dapat sambung belajar kan bandaraya ni adalah NAK DUDUK MANA !!! sebab cik belbel pelajar dari diploma dan kiranya dah boleh berdikari untuk jadi Pelajar Non-Resident (duduk luar). Cik belbel risau sangat sampai cik belbel tanya senior yang dapat sambung belajar dekat bandaraya.
And mostly senior bagitahu yang tak perlu risau, kalau tak dapat kolej boleh duduk dekat Apartment Yayasan Melaka, sebab diaorang memang sentiasa open untuk kemasukan. Pehhh rasa lega dada cik belbel.

Jadi masa sampai di Bandaraya Melaka MPP uitm bandaraya melaka dan tunggu dekat depan, dan diaorang bagitahu kalau nak duduk kolej masih ada lagi kalau nak duduk kolej. Fuyoooo seronok !!

Untuk pengetahuan korang duduk dekat kolej ni harga dia separuh dari korang yang duduk AYAM ni, tapi biasalah kan bayar murah, kena lah hadap dengan semua peraturan dia.

................
Masuk semester ke2, cik belbel kena campak duduk luar sebab "rajin" sangat ikut aktiviti kolej. HAHAHA..
Jadi bermulalah hidup cik belbel di Apartment Yayasan Melaka.
cik belbel duduk AYAM ni dalam setahun juga. 1 rumah ada 5 bilik, dan 1 bilik ada 2 katil, jadi kenalah duduk 2 orang. Tapi best lah sebab bilik dia agak besar. Ada 2 bilik air, 2 bilik mandi. Setiap bilik ada 1 kisap dinding, 2 meja belajar dan 2 almari baju.

Sewa untuk Apartment Yayasan Melaka ni RM835 untuk satu semester. Semester cik belbel ada 5 bulan. Jadi sebulan dalam RM160.00

cara nak daftar ?
pergi je kaunter bawah blok B tu korang jumpa dengan staff tu bayar dah boleh dapat kunci, tapi kena lah sediakan IC dengan matrik kad.

Serius best duduk Melaka, Ada masa lapang je cik belbel pergi jogging river cruise, dapat lah cuci mata tengok mat saleh. hahahaha

Ada soalan? boleh komen...

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu