15.10.14

D I A R I : AL-FATIHAH






Al-Fatihah buat Arwah Badrul Salam b. Jamalludin

Assalamualaikum.
Al-fatihah buat mu sabahat yang sudah berada disisi Allah.
Sesungguhnya antara kita ramai ramai kau yang paling Allah sayang.
Sumpah berita yang aku dapat pagi tadi buat aku keluarkan air mata.
Time tu jugak aku teringat masa kita satu kelas tingkatan 4 & 5.
Kau salah sorang yang masuk kepala gila gila dengan aku.
Aku boleh borak apa je dengan kau, tak macam yang lain aku kekok sikit.
Kau suka kacau aku, aku suka marah kau. Aku minta maaf.
Dulu bila aku nak naik motor dengan kau mesti kau cakap " motor aku tak boleh bawa perempuan"
Haha.. aku tak kecik hati pun sebab motor kau tu lah makwe kau kan.
Kau selalu singgah rumah aku kalau kau nampak aku ada depan rumah.
Kau pernah jumpa mak ayah aku, nak minta izin bawa aku keluar pergi iftar dengan budak kelas, sebab mak ayah aku susah sikit nak bagi aku keluar time tu kan.
Aku doakan kau tenang dekat sana.
Kau tunggu aku di syurga ye. Tarik aku sekali masuk syurga dengan kau.
Assalamualaikum sahabat.

No comments:

Post a Comment

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu