-Assalamualaikum-Selamat malam semua warga blog ! Harini cik belbel ada terbaca yang sibuk di viral kan di laman sosial terutamanya Twitter dan juga Facebook.
Qu Puteh Whitening Pro 9 dan juga Qu Puteh Whitening UV Block di sahkan mengandungi merkuri yang berbahaya dan tidak dibenarkan di jual di Brunei dan juga Malaysia berkuat kuasa pada 22 Januari 2016 !
Bagi mereka yang tak pernah atau tidak ambil pusing mengenai produk Qu Puteh yang di asaskan oleh Dato Sri Vida, cik belbel boleh kongsi kan produk yang dikhabarkan mengadungi merkuri itu.
Ni merupakan Qu Puteh Whitening Pro 9 |
Ni merupakan kenyataan Dr Anwar Fazal |
Bagi penggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block disarankan untuk menghentikan pemakaian produk tersebut.
Tetapi kat sini cik belbel nak bagitahu BUKAN SEMUA PRODUK QU PUTEH MEMPUNYAI MERKURI ! (haaa caps lock cik belbel bagi )
Mula mula baca berita ni satu benda yang terlintas di dalam otak cik belbel " ni mesti ada orang cuba jatuhkan Dato Sri Vida " ye lahh seperti yang kita sedia maklum Dato Sri Vida merupakan sorang penaja untuk Program Mentor Milenia, Pasukan Bola Sepak Kelantan dan macam macam lagi.
Manusia ni macam macam jenis ada, yang tak suka tengok kejayaan orang lain tu paling besar percent dia dalam dunia ni. Betul tak ?
Apa pun cik belbel mintak korang semua jangan nak obses cantik sangat, sampai sanggup beli produk yang ada merkuri semua ni. Kalau korang baca di laman web KKM, produk merkuri ni banyak kesan buruk dari kesan baik. Dan disebabkan tu Malaysia dan Brunei menghalang penjualan produk tersebut.
Orang dulu dulu cantik tanpa produk boleh je ? Ehhh..
Nanti cik belbel share tips macam mana nak cantik dengan produk orang dulu dulu yeee..
byk local product ada merkuri T_T
ReplyDeletetakbaik ohhhh haih.
kan. sekarang dah banyak sgt produk kat pasaran
Deleteterkejut aie baca entry ni.. serius ke? knpa dr mula lagi xbuat ujian kkm tu? knpa bila org tu dah femes bru nak cek blek? #takpahe
ReplyDeleteserius lah. lack of security mybe. tapi dah tahu ni kena berhati hati lah
Deletesalam, En. Peter, kena faham pemeriksaan rutin bahagian pengawalan farmasi kebangsaan melibatkan banyak produk dari banyak tempat. Kemungkinan product Dato Vida ni dalam waiting list untuk diuji, dan kebetulan produk meletup kerana ramai yang nak cerah putih melepak.
ReplyDeleteLagi satu ada banyak produk kosmetik yang dijual di pasaran sebenarmya OEM atau contract manufacturing. so ada kemungkinan formulasi diubah bagi memenuhi permintaan pasaran.
Sebagai orang Islam, kita kena percaya qada' dan qadar.. pada saya ia adalah ujian kepada Dato Vida, dia kena muhasabah diri, kekayaan miliknya adalah sebenar2nya kurniaan siapa, dan bagaimana cara dia menggunakan kekayanaanya di jalan Allah. Berpatah balik kepada jalan Allah insya Allah, selamat.