-Assalamualaikum-Wahhh semakin hebat cik belbel sebab berani share Tips Cantik walaupun cik belbel tak
Ok cik belbel ada terbaca artikel ni dalam migguan wanita. 2 jenis buah yang sesuai kita makan untuk diet. Menarik juga artikel ni kan. Makan buah je boleh kurus ? Memang lah boleh kalau tak makan nasi setahun ! KAHKAH
Epal hijau
Dengan makan epal hijau atau minum jus epal ni sekurang kurang nya satu biji sehari selama satu minggu dapat membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah otot perut). Boleh menghakis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. Kebanyak kan gandum zaman sekarang mengandungi kimia. Bahan kimia itu lah yang menyebabkan warna asalnya kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser. Epal hijau ni kan masam jadi sesuai untuk memproses makanan yang terdapat di dalam perut.Nota : Kalau makan epal mentah, epal boleh dimakan bersama makanan lain. Tapi kalau jus tak boleh dimakan bersama dengan yang lain. Kalau nak juga makan yang lain kene tunggu selama 15-20 minit.
Lemon
Lemon ni sesuai dimakan semasa bangun pagi dan juga sebelum tidur untuk mendetoksifikasikan perut kita. Lemon ni khasiat ni sangat berbeza dengan limau yang lain. Kalau limau nipis sesuai juga kalau untuk kuruskan badan. Boleh dicampur untuk membuat air detok. Lemon ni masam dia lebih dari limau limau yang lain. Untuk mengurangkan masam lemon ni boleh lah ditambah dengan madu asli ye. Bukan madu tiruan sebab madu tiruan sekarang gula dia pehhhh tak hingat dunia.
Ok tak Tips Cantik kali ni ? Agak agak boleh amalkan tak bella ? *cakap dengan cermin* HAHA
Kurangkan makan nasi dan gantikan dengan buah macam epal hijau tu.
No comments:
Post a Comment
tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !