14.1.16

TIPS DUIT GAJI CUKUP UNTUK SEBULAN

-Assalamualaikum-
Wow netry kali ni cik belbel nak share tips lah uolss. Pandai ke cik belbel nak share ni. Sebenarnya semua yang cik belbel tulis dalam blog ni semua yang pernah terjadi dengan diri cik belbel. Sebab tu cik belbel yakin untuk share dan ceritakan di dalam blog ni.



Apa tips duit gaji cukup untuk sebulan ?
Untuk pengetahuan korang cik belbel dah kerja hampir setahun dengan (biarlah rahsia) dan gaji kat sini memang tak cukup. Around gaji cik belbel dapat lepas tolak EPF dan SOCSO RM1000+. Mungkin bagi cik belbel yang duduk dengan family rumah dekat itu memadai. Tapi korang jangan lupa cik belbel ni perempuan yang kene banyak kelengkapan. Tak macam lelaki yang cuma perlu 2 3 barang je. Ok next entry cik belbel apa beza lelaki dengan perempuan bila membeli belah.

Bak kata menteri kita buatkan dua kerja untuk menampung kos sara hidup Semakin banyak kerja kena buat semakin kurang lah masa untuk bersama orang tersayang/ family. Betul tak ?

Ok bagi cik belbel setiap bulan dengan gaji RM1000+ boleh lah..


  1. Jangan lupa bagi duit untuk ibu bapa - benda ni memang perkara wajib yang cik belbel akan  buat bila cik belbel dapat gaji. Masa mula mula kerja memang agak berat. Yelah duit sendiri kot. Tapi mak cik belbel jenis akan minta. Sebab dia tahu anak dia bukan jenis menyimpan
  2. Belanja ibu bapa makan - Selain bagi duit cik belbel akan belanja diaorang makan. Mak cik belbel selalu pesan kalau kita ikhlas beri sedekah terutama kepada ibu bapa insyaAllah Allah akan cukup kan kita walaupun masa tu kita memang tak ada duit.
  3. Beli barang yang PERLU sahaja - kita ni orang perempuan macam macam nak beli, baju lah seluar lah tudung lah. Macam cik belbel ni tudung dah sekodi tapi tetap nak beli lagi. kalau boleh semua kaler kene ada. tak boleh mcm tu. tu nafsu semua tu.
  4. Elak kan diri dari berhutang - Cik belbel ni memang spesis manusia yang tak suka berhutang sebab cik belbel sendiri tak suka bagi hutang dnegan orang. Jadi tolong lah elak kan diri dari berhutang. cik belbel ni ada satu hutang iaitu PTPTN ! Tu pun dah rungsing kepala dok mikir cam ne nak bayar. 
Ok cik belbel share 4 Tips dulu. Sebab ni yang cik belbel amalkan setipa bulan. Macam cik belbel kata lah tak kisah lah gaji berapa asalkan guna untuk benda yang betul insyaAllah Allah akan cukupkan duit kita.

Macam satu masa haritu dah hujung bulan sebab cik belbel gaji awal bulan kan. Hujung bulan tu dalam bank cik belbel ada rm56.87 dan cik belbel ada masa seminggu lagi nak sampaikan gaji. Perit nya ya ampun. tapi dalam masa seminggu ni cik belbel rasa macam cukup je duit. duit makan cukup duit minyak cukup. tak rasa macam terbeban. tiba-tiba boss cik belbel bagi duit minyak sebab cik belbel ada pergi branch lain. HEHE
Mugkin sebab cik belbel sellau guna tips kat atas ? mungkin jugak lah kan. Siapa lah kita nak kira rezeki orang ni. Yang penting ibu bapa. Apa- apa dahulu kan ibu bapa.

Sekian cik belbel membebel. HHAHAHAHAHAHAH

3 comments:

  1. Good.. Sama la mcm kita ni. Stress gaji tak cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa takpe saving awak dah banyak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu