23.1.16

TIPS CANTIK : 6 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN

-Assalamualaikum-
Pehhwwww !! mentang mentang Qu Puteh ada masalah. Cik belbel terus buat Tips Cantik kan. Haha tips cantik ni cik belbel dapat idea bila sister cik belbel dok merungut dengan "double chin" dia. Sebenarnya cik belbel pun ada masalah double chin ni *hehehehe*

Tapi cik belbel tetap nak share dengan korang macam mana nak hilang kan double chin ni. And cik belbel juga akan praktik kan supaya double chin cik belbel ni hilang ! Shuuuhh shuhhh double chin !
Say no to double chin !

Hasil carian imej untuk double chin
Gambar sumber Google.com
Gambar sekadar hiasan
Cik belbel tak kenal dia lah ! 

  • Dilarang tidur waktu siang.
Kapa tak boleh tidur siang? Aktiviti tidur siang ni akan membuatkan muka kita jadi sembab dan lesu. Betul tak ? Dulu time sekolah or time study memang habit gila kot tidur siang ni. Especially lepas zohor tu. Pehhh setan menari nari je kat mata sebab baru lepas makan tengahari kan. Bila muka kita sembab atau "membengkak" itu akan membuatkan kita jadi makin berisi.



  • Pemakanan wajib dijaga 
Baca je cara kedua ni mesti ramai cakap " Eleehh memang lah kena jaga " Kalau memang jaga kenapa ada double chin ? Makanan kena lah seimbang. Elakan makanan berlemak. Macam yang kita tahu orang yang berbadan basar macam cik belbel ni  memang selalu ada masalah double chin ! (So bella behave ur food!!!)


  • Urutan wajah dan juga dagu
Urutan wajah ni seeloknya dilakukan setiap hari. Donggakan kepala kemudian urut secara perlahan lahan. Urut di bawah dagu. Lakukan dari leher menghala ke dagu. Teknik urutan ni pun boleh melancarkan darah.


  • Masker putih telur
Haaaa ni cik belbel selalu buat kalau hujung minggu. (Tu pun kalau rajin lah). Macam yang kita tahu bila ada double chin ni akan ada kulit yang berlebihan sebab saiz dah semakin besar. Jadi bila kita buat masket putih telur ni ia boleh menegangkan kulit wajah kita. Selalu cik belbel buat putih telur campur denga lemon. Lemon pun banyak khasiat untuk kulit kita. Bau putih telur agakkkkk boleh tahan lah. HAHAHA Nak cantik kan !!!!


  • Ketawa atau bercakap
Tak percaya ketawa boleh hilangkan double chin ? Cuba lah ketawa sebesar mulut buaya bila nak makan. Apa korang rasa bila mulut dah tenganga sebesar tu ? Rasa tegang kan. Tu pun merupakan tips untuk hilang kan double chin ni. Kira macam senama wajah lah kan. Sebab tu banyak perempuan suka bercakap/membebel sebab dia nak hilang kan double chin. Korang lelaki apa tau !!!


  • Bersenam
Yang ni tips yang paling clishe sekali. Selalu yang ada masalah double chin ni mesti ada masalah berat badan juga. Ada korang nampak orang kurus cekeding ada double chin ? Takde kan. Jadi bersenam adalah penting untuk hilangkan double chin. *Esok cik belbel nak pergi bersenam* HAHA.
Sejak dah kerja ni nak bersenam pun takde masa dan juga MALAS. HAHA

Ok tak tips cik belbel share kali ni ? Dah boleh tukar typo boleh ni jadi blog tips cantik cik belbel. Wahhh kerlas kau jah. Bersama sama lah kita menjayakan azam 2016 cik belbel untuk menjadi kurus seperti dulu kala ! KAHKAH.

Korang dah boleh kategorikan cik belbel macam mana kan ? *jelinggg*

8 comments:

  1. hhehehe this is so for me! <3
    thanks cik belbel :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, jom hilangkan double chin !

      Delete
  2. ciiss saya lah tu yang double chin! hahaha tetibe emosi. tapi lemon tu kekadang buat gak. dan telur putih! yeah same with me heheh

    btw thanks for the tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome ! Haha cekeding pun ada double chin jugak ? Hahahaa haishhh

      Delete
  3. thanks for the tips cik belbel ! Jie takde lagi double chin ni tapi sekarang rajin menternak lemak, risau jugak double chin dtg singgah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah takde :( pinjam dagu 24 jam boleh? Hahaa

      Delete
  4. cik belbel mcm tau2 je kita tengah cari cara2 hilangkan double chin ni.. T.T haha thnx.. :')

    ReplyDelete
  5. woohooo... terbaik... kne cuba ni!

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

Featured post

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

lagu