24.1.15

MR LONDON MS LANGKAWI

-Assalamualaikum-
 
Taraaaa nilah novel yang terbaru yang akan diadabtasi untuk menjadi drama. Sekali lagi Zul Ariffin akan menjadi Hero dalam Drama ini dan Izzara aisyah bakal menjadi Heroin. Wahhh tahniah Zul Ariffin.  Makin bertambah tambah lah rezeki abang sadoo ni. dah lah hansome. Hehe
Drama ni ada 13 Episod. Alahh Drama Zahira jugak lah. Tapiyang ganti Drama Zahira Drama Tabir Zulaikha

Sinopsis novel
Aidid Mukhlis - Berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Dari kecil sudah menetap di luar negara membuatkan jiwanya seakan hilang rasa cinta pada kampung halaman. Akhirnya kerana dipaksa, dia pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana - Dia hanya gadis biasa. SPM pun setakat cukup makan. Memang dia dalam kategori bukan pelajar cerdik tapi jiwanya besar. Cintanya pada tanah air cukup menebal. Bila bertemu, mereka sentiasa berlaga angin. Seorang serius bukan main. Yang seorang lagi, nakalnya√Ę€¦ Nauzubillah.
 "Macamlah bagus sangat Kota London dia tu," ejek Liyana penuh jengkel. "Memang bagus pun," jawab Aidid dengan nada yang menyakitkan hati. "Apa yang bagus sangat? Apa yang London ada, Malaysia tak ada? Cer cite....cer cite." Liyana melawan kata-kata Aidid. "Yang bagusnya, kat London tu tak ada mulut mak nenek macam kau!"Hmm....asyik bertekak sahaja Mr. London dan Ms. Langkawi ini. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?


*sumber gambar adalah google*
Bila masa nya cik belbel nak pergi site diaorang amek gambar kan.HEHE


Orang kata kalau tak serasi ni ada jodoh. Yelahh pasangan tu kena lah kontra kan. Hish tak sabar pulak nak tunggu drama ni keluar ada yang kata kat astro ada yang kata kat tv3. nanti cik belbel confirmkan semula ye. 
Selamat menonton !


5 comments:

  1. tak sabar gila kot nak tengok. hahah :D

    ReplyDelete
  2. wah, hihi lama tak tengok tv3. hahaha. XD

    ReplyDelete
  3. Drama ni kut ganti drama zahra tu..

    ReplyDelete
  4. saya dh baca novel ni... best...
    kena plak ngan zul berlakon..mst best

    ReplyDelete
  5. makin minat dengan heronya awhhh xD

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu