17.1.15

PERODUA MYVI BARU

-Assalamualaikum-
Hoyeahhhh ! cik belbel kembali lagi yee yee yee !
Dengar khabar Perodua Malaysia ada keluarkan Myvi baru betul ke ? Ke cik belbel yang ketinggalan tahu pasal berita ni ? Tolong jangan cakap ni berita lapuk pleaseee.

Kalau betul lah memang sesuai sangat sebab cik belbel sendiri pun minat Myvi tau, sebab dia kecil comel comel je. Cik belbel ni nama je ada lesen kereta tapi nak bawak tu hmm sabar je lah *tak berani woi* tah macam mana boleh lulus pun cik belbel tak tahu. Heloooo i tak main sogok sogok ok. Haraaaammmm !

Cik belbel usha usha web Perodua Malaysia ni memang betul lah ada Myvi baru, walaupun bentuk dia tak banyak beza tapi harga dia agak menarik la.
Jom kita cekedoutt !

Myvi ni dikeluarkan dengan 5 warna. Ada warna Biru, Merah, Kuning, Jingga, Putih solid dan Grey metallic.
Biru Metallic. Pada sesiapa yang tak tahu kaler Matallic ni kaler biru berkilat. Kalau solid maknanya biru biasa je.
perbezaan myvi lama dengan yang baru. Hmm mengundang kan ?

Dengan ruang yang lebih luas dan selesa. Yang menarik tu ada tempat letak kasut. Haaa lepas ni takde lah kasut bersepah kat dalam kereta tu. Ada yang cik belbel tengok kereta tu dah macam almari kasut., Penuhh je dengan kasut.

Ok ni senarai harga untuk kereta Perodua Myvi yang terbaru ni. bermula dengan RM 41,500. Agak menarik kan harga yang dia tawarkan. Tapi kalau cik belbel alamat tunggu berjambul pun hmm sabar je lah.
so kepada korang korang yang tengah cari kereta tu boleh la usha usha Myvi baru ni. 
Ok ? Seeee yaaaa !

2 comments:

  1. Suka tengok yang kuning tu..cantik. Kenapa tak drive kalau ada lesen..syg je tau. Memula je takut, kalau dah biasa mesti okay. Dulu sy pun macam tu, tapi selalu set dalam fikiran.."orang lain boleh takkan aku tak boleh". Hehehe

    ReplyDelete
  2. Kalau orang perempuan yang drive myvi memang nampak comel. Sebab kereta pun cute mute

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu