14.1.15

KACANG POOL LARKIN BOMBA

-Assalamualaikum- 
 Hyeee uolss ! Selamat petang semua. Harini cik belbel off dari kerja sebab ada hal nak selesaikan dengan tempat kerja lama. Selama dua bulan cik belbel kerja 3 tempat tanpa gaji. Kaw rasaa ? Harini cik belbel kutip hutang dengan mereka mereka semua. Untuk mereka yang baru habis belajar cik belbel ada idea macam mana korang nak mintak kerja dengan cara sopan dan berhemah dan pasti dapat. HAHA
Bukan tu yang cik belbel nak cerita, tapi cik belbel nak cerita pasal Kacang Pool Haji Larkin Bomba. Sapa pernah makan ?
Haa ni cara penyediaan kacang pool larkin.

Ada dua tempat setahu cik belbel kalau nak makan kacang pool haji ni
satu dekat Plaza Larkin area medan selera dia. 
satu lagi dekat Larkin bomba, kalau korang pernah tengok JJCM korang ada nampak Wan Maimunah dengan Tuan Haji Pool. Sebenarnya pernigaan ni dia asaskan oleh suami Wan Maimunah sendiri, dan makanan ni merupakan makanan yang famous di timur barat.
Cik belbel tadi sempat la merasa kacang pool haji harini. HEHE *jangan jeles*

Nampak sedap kan ? Walaupun dia nampak sikit tapi lepas dah habis makan kompom kenyang.


Bagi cik belbel kacang dia yang istimewa sebab rasa dia lain bila dicampur dengan daging kisar, bawang, lada besar dan limau serta telur mata cair. Pehhh sodaappp !

Sesiapa yang berada di area larkin boleh la makan ni petang petang. 
See yaaa next trip makan !


3 comments:

  1. Selalu baca orang up entri pasal kacang pool ni. Teringin nak makan.

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

PEMENANG COMEBACK GIVEAWAY 2017

lagu