22.1.15

PRODUK KECANTIKAN OOHH PRODUK KECANTIKAN !

-Assalamualaikum-
Hyeee uolsss ! Waaahh tahun baru baru masuk 22 hari tapi entry cik belbel dah nak masuk 30+ rajin betul cik belbel bulan ni. Mentang Mentang CPUV tengah on going kan.
NAK DAPATKAN CPUV NUFFNANG 
Ok cik belbel nak cerita sikit tentang produk kecantikan. Cik belbel pun masih mencari sebenarnya produk apa yang sesuai dengan muka dan kulit cik belbel ni. Ok masalah cik belbel adalah jerawat dan kulit tak bermaya. Setiap pagi cik belbel akan bersin dan itu salah satu tanda resdung kan ? Berkemungkinan besar cik belbel ada resdung. Ditambah dengan kesan jerawat yang entah bila boleh hilang ni.

Kalau kita tengok sekarang memang banyak sangat produk kecantikan. Dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Korea lah apa lah. Yang ada SKMM sampailah yang memang takde bungkusan. Memang sangat sangat banyak ! Sampai cik belbel sendiri dah pening produk apa sebenarnya yang betul betul berkesan. 
Mungkin korang boleh syorkan sesuatu ???
Kulit cik belbel memang bermasalah. Sekarang cik belbel tengah pakai produk Safi Balqis. 
Tapi cik belbel rasa tak ada perubahan dan jerawat memang akan keluar dekat muka ni, jerawat kecik besar ke memang ada. 

Cik belbel ada pergi satu kedai ni cik belbel nak cari produk Dnars
cik belbel nak try produk ni. Sebab macam ramai yang pakai. Betul ke ?

Tapi orang kedai tu syorkan cik belbel pakai 
bedak sejuk jamu ratu. Produk ibu kepada pengasas D'herbs terlajakkk larisss.
orang kedai tu kata bedak sejuk ni boleh buat jerawat kecut. 

Dulu cik belbel pernah try produk pencuci muka D'herbs ni
Cik belbel pakai macam ok. Tapi bila cik belbel pakai sabun tu termasuk dalam lubang tandas terus cik belbel tak beli lagi. HAHAH

Jadi korang semua ada produk yang sesuai untuk syorkan kat cik belbel tak ? Jangan lah syorkan produk sebab nak lariskan barang korang. Syorkan sebab korang sendiri dah cuba dan hasil dia berkesan sebab cik belbel ni dah banyak sangat produk cuba tapi hasil still tak ada perubahan. Ditambah dengan macam macam produk yang muncul dekat Malaysia ni lagi lah bertambah pening.
Semoga dapat membantu :)

7 comments:

  1. Saya pun pernah try safi suatu ketika dahulu. Tapi takda perubahan. Boleh tengok entry kita yang ni. Serious talk taw hihihi http://inibelogceritaku.blogspot.com/2015/01/fantabulous-skincare-pilihan-saya.html

    ReplyDelete
  2. Ramai gak kata guna dynaz tu ok. tapi syaza guna A'laisyah sbb lain orang lain jenis mukanya kan. Syaza harap cik belbel dapat cari produk yang sesuai. ;)

    ReplyDelete
  3. @Syaza Syafeeqah
    terima kasih syafeeqah. cik belbel tengah pening niii

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cik belbel :)

    Sy nak suggest consume Ibu Putih Collagen Drink (IPCD) ^^ InsyaAllah masalah boleh selesai dengan izinNya. Ada kebaikan dalaman jugak macam stabilkan hormon, kurangkan berat badan bagi ideal & banyak lagi. InsyaAllah berkesan. Sy dah consume 3 bulan dan kesan nya takdak jerawat dah. hihi. Alhamdulillah :D kebanyakkan testimoni pun ramai yang berjaya. Cubalah. Harga pasaran RM70 untuk satu jar. Tapi sy beli kat puan lina, RM46 je free pos untuk semenanjung. Alhamdulillah original :) hehe.

    Ni number nye, Try la. hehe. Semoga berjaya cik belbel. :)

    Puan Lina : 0146433638
    Instagram : puan_lina

    ReplyDelete
  5. sy pakai pelembab safi hijau yang aloe vera tu je,yang safi biru memang xngam dgn kulit muka sy..rasa macam makin bnyk je jerawat membiak..selain tu makan vitamin c dengan evening primerose.hehe

    ReplyDelete
  6. Dynaz ok.. tapi kadang-kadang ikut kulit seseorang jugak. Maybe sesuai dengan orang lain, tapi tak sesuai dengan kita.

    ReplyDelete
  7. Anonymous07:27

    Kita nak suggest awak pakai ballerina produk. Bebas kimia dan sangat mesra pengguna. Mudah, simple, jimat, nak simpn n bwk p memna pon senang. Produk ni baru setahun. Sekarang tengah 50% diskaun sempena ulang tahun pertama. Tryla grab. Kite pon gune mmg best. Make up pon ad atau. Boleh cari kat fb https://m.facebook.com/Iqaballerina.

    ReplyDelete

tick Notify Me untuk tahu cik belbel balas apa :)
Terima kasih singgah yaa !

ALHAMDULILLAH SYUKUR...

lagu